Bab 17

953 77 3
                                    

Honesty is a very expensive gift, don't expect it from cheap people.

Arian sandarkan tubuh pada motosikal miliknya. Matanya tunak memerhati gerak geri seseorang. Jam di tangan sesekali ditilik.

6.30 petang.

Mujur dia sempat tiba sebelum Ayra pulang. Arian senyum sendiri. Tadi dia ada singgah ke rumah keluarga Ayra. Mengirimkan 'hadiah' buat tunangnya itu. Semoga Ayra suka.

Sekejap lagi pasti Ayra akan keluar dari cafe untuk pulang ke rumah. Beberapa hari ini dia tambah skop kerja untuk jadi 'stalker' tak bergaji. Dan sepanjang tempoh itu juga dia dapat tahu yang setiap hari Ayra akan pulang dengan menaiki grab dan kadang kala Encik Khalid sendiri yang akan menjemputnya.

"Mana agaknya kereta dia ya?" Bukan apa, Arian cuma pelik. Ayra, gadis yang punya kerjaya sendiri. Miliki cafe sendiri. Nak kata perniagaan Ayra tak mengaut untung, dia lihat cafe itu sentiasa punyai pengunjung. Dengan keunikan pada cafe itu pasti ramai yang berminat untuk makan dan habiskan masa di sana.

Arian segera betulkan helmet di atas kepala bila kelibat Ayra keluar dari cafe sudah kelihatan. Visor helmet ditutup melindungi wajahnya. Segera dia naik ke atas motorsikal Yamaha R15M miliknya. Telefon bimbit di keluarkan, buat buat sedang tengok telefon. Namun, di sebalik visor matanya tekun memerhati setiap langkah Ayra. Cuba memastikan keselamatan gadis itu. Lihat saja ada kereta menghampiri Ayra, terus Arian tegakkan tubuh. Dia pasti itu grab dan bukannya Encik Khalid.

Arian hidupkan enjin motor bila kereta itu mula bergerak. Mengekori kereta yang di naiki Ayra. Jarak di antara motor miliknya dan kereta tersebut di jaga sebaik mungkin. Dia tak mahu Ayra curiga.

Ayra hulurkan duit pada pemandu tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayra hulurkan duit pada pemandu tersebut. Sesudah lafaz terima kasih dilafazkan segera dia turun dari kereta tersebut. Matanya melirik ke arah motor yang berada selang lima rumah dari situ. Keningnya berkerut hebat.

"Ayra?"

Ayra segera menoleh. Dia tersenyum sedikit. Tangan Encik Khalid di salam kemudian lengan lelaki itu dipaut lembut. Di bawah menuju ke laman rumah.

"Sampai bila lah agaknya kamu nak susahkan diri sendiri?"

"Huh?" Ayra kerukan kening bila otaknya seakan tepu tak mengerti bicara ayahnya.

"Semua ni... Kereta kamu tu elok lagi. Kenapa nak susahkan diri naik grab setiap hari?"

"Tak susah pun, ayah."

"Kamu tahu tu bukan jawapan yang ayah nak kan?"

Ayra lepaskan keluhan panjang.

"Ayra dah tak suka kereta tu."

"Huh?" Terus tegak tubuh tua Encik Khalid. Terkejut bukan kepalang.

"Tu kan kereta pertama Ayra. Macam mana boleh tak suka pula ni?"

Kerana CintaWhere stories live. Discover now