Bab 13

1K 83 6
                                    

remember this, hurting people back will not heal your pain.

Sudahnya, Arian tak ke mana pun. Sekadar duduk di dalam kereta yang di parking berdekatan dengan café milik Ayra. Niat asalnya tadi adalah hendak bertanya empat mata dengan gadis itu berkenaan hubungan mereka. Namun, mengingatkan syarat yang telah ditetapkan dia batalkan saja niat itu. Dia hormati pendirian gadis itu. Dia juga mengerti mengapa syarat itu ditetapkan sebegitu. Tak mengapalah, saat ini biar dia saja yang mengenali tanpa perlu dikenali.

Sesekali mata Arian menangkap kelibat Ayra yang melayan pelanggan. Bila bibir itu menguntum senyum automatik Arian akan tersenyum sama. Ya! Katakan lah dia gila bayang! Sasau! Tak peduli! Hatinya bagaikan jatuh tergolek dengan surat itu.

"Tak boleh jadi. Aku kena juga tahu serba serbi dia. Aku kena tahu apa dia suka dan apa dia tak suka. Tapi... Macam mana?" Arian soal diri sendiri. Dia garu hujung dagu. Adoi! Runsing jadinya! Matanya bergerak tak menentu cuba menjari idea bernas untuk dijadikan alasan. Kemudian, matanya menangkap beberapa kertas kerja di atas kerusi penumpang.

Dan..

Ting!

Bagaikan ada mentol menyala di atas kepala Arian.

"Huh! Bijak rupanya aku ni." Dia tabik dada sendiri. Ni Nampak dek Farraz mahu dia dijadikan bahan sepanjang hidup.

Laju laju tangannya mencapai kertas tersebut. Dimatikan enjin kereta kemudian dia berjalan santai menuju ke café.

Buka saja pintu café, Arian sudah nampak meja kosong. Langsung tak lepas peluang, dia orak langkah menuju ke situ.

"Encik nak pesan apa?"

Arian toleh ke sisi. Laju benar service dekat sini. Dia tak sempat panas punggung lagi dah ada pelayan datang.

"Flat white coffee and..." Mata Arian melilau ke sekeliling. Tak nampak pula bayang Ayra. Dia kalih mata memandang pelayan di hadapannya semula. Nak tanya ke tak? Hish! Tanya sajalah! Lelaki macho macam dia ni yang minum coffee mestilah berani. Hm. Kot.

"Ayra ada?"

"Huh?" Bulat mata gadis itu. Bagaikan tak percaya pun ada. Matanya menilik semula tubuh di hadapannya itu. Macam kenal. Eh! Ni lelaki hari tu. Yang datang melepak macam tak reti balik.

"Ya, dia... Bos korang kan?"

Laju gadis itu mengangguk. Dia toleh ke belakang. Tak samapi sesaat dia pandang semula wajah di hadapannya itu.

"Ya, hm... Cik Ayra ada... Nanti saya panggilkan." Dia tunduk kemudian berpaling menyampaikan pesanan tadi pada pekerja yang berdiri di pantri coffee machine.

Arian pandang saja gerak geri gadis itu. Dia lihat gadis itu cakapkan sesuatu pada Ayra buatkan Ayra yang baru melangkah keluar dari kitchen menoleh ke arahnya. Arian hulur senyum kekok, dua batang jari diangkat naik. Peace! Dia tayang wajah tak bersalah.

Ayra kerut kening. Buang tebiat agaknya lelaki ni. Dia capai cawan di sebelahnya. Yakin, itu pesanan milik Arian. Di bawa dengan langkah tenang menghampiri meja Arian.

"Jemput minum."

"Jemputan diterima."

"Awak buat apa dekat sini?" Ayra terus ajukan soalan. Matanya menangkap beberapa helaian kertas yang masih tersusun rapi.

"Lah... Tak boleh ke aku datang sini? Tak apa lah kalau gitu. Aku... Aku balik dulu lah." Arian kemaskan barang miliknya. Terus dia bangun dari duduk. Hm! Punah hati!

"Eh! Saya tanya je. Duduk lah. Kopi ni siapa nak habiskan. Tak elok tau membazir lebih lebih lagi benda tu orang belanja."

"Hm..." Arian duduk kembali. Sumpah dia rasa nak ketuk kepala sendiri. Ew! Sejak bila kau jadi macam ni?

"Aku saja datang. Akua suka vibe café kau. Tenang. Mudah aku nak buat kerja." Bohong! Dia tak pernah suka tempat yang menjadi tumpuan orang. Dia lebih suka terperuk dalam bilik kerja dia. Tanpa gangguan! Tanpa ada orang lain!

"Lagi pun... Tak salah kan aku datang claim coffee dekat sini." Lagi sekali, bohong! Arian mana pernah tergilakan tawaran orang.

Ayra angguk. Oh. Matanya di larikan memandang pergelangan tangan lelaki itu.

"So... How?"

"How?"

"That..." Ayra tunding jari ke arah tangan Arian.

Arian ukir senyuman. Oh... Mengapa dia tak pernah sedar hal ini. Jiwa Ayra lembut. Ayra sentiasa ambil tahu keadaan orang sekelilingnya. Hai hati... Jangan macam ni... Aku pun penat dup dap dup dap!

"Clean as you wish." Arian tayang wajah bangga. Selamba lengan bajunya ditarik.

Ayra senyum. Puas hati. Tak kata apa, hanya senyuman dia hulurkan. Syukur lah.

"Malang sekali... "

"Malang?" Ayra kerut kening tak mengerti.

"Ya., malang. Kau kena beri hadiah atas kejayaan aku ni." Arian sandar badanya ke kerusi. Keningnya diangkat berkali kali.

"Hadiah? Kenapa pula? Ni bukan pertandingan." Ayra masih blur. Tak faham lah!

"Memang lah bukan. Tapi aku buat semua ni sebab kau."

"So?"

"So kau tanya aku? Hei! Hello! Budak tadika sambung garisan putus putus pun dapat hadiah tau." Geram!

"Tapi awak bukan budak tadika kan?" Oh, Ayra. Dia masih dalam dunia sendiri ke?

Arian ketap gigi. Geramnya aku! Sabar... Sabar... Bakal bini... Sabar... Hati dah jatuh suka...

Jeda. Arian pandang saja Ayra di hadapannya. Ayra pula sedang fikir, cantum dan susun semua ayat Arian agar dia mengerti.

Oh, faham. Ayra sengih kerang busuk.

"Jadi... Awak nak saya beri sesuatu atau awak nak minta sesuatu?"

"Aku. Minta. Sesuatu." Arian tekan setiap perkataan buatkan Ayra pegun di tempatnya. Ya Allah. Janganlah Arian minta yang bukan bukan. Dia sudah tayang wajah cuak. Seram! Kalau macam ni lah gayanya.... Baik dia tak ada kawan....

Arian gelak pandang wajah cuak Ayra.

"Kau fikir apa? Aku ni tak sekeji tu lah. Permintaan aku cuma satu..."

"A-apa?"

"Jadi kawan aku selamanya."

Oh, tak guna! Ayra dah salah sangka.

"Permintaan yang mudah. Saya suka ada kawan. So... Why not?" Ayra senyum lagi.

Arian pula kelu tak membalas.

Sun is rising,
Rain is falling,
When i see you smilling,
Damn, i'm falling!







Double update kan? Nah short short chapter! Boleh lah ni buat rasa rasa



Kerana CintaWhere stories live. Discover now