Bab 1

2K 134 10
                                    

Memories are the reason why forgetting is hard.

Termengah mengah dia mengatur rentak nafas sendiri. Sesekali tudung di kepala dibetulkan sedikit bila tiupan angin meroskkan kedudukan asal tudungnya. Senyumannya melebar bila kornea matanya menangkap susuk tubuh yang sedang duduk di dalam restoran.

Langkahnya dipercepatkan. Rindu sudah menebal di dada buatkan dia tidak sabar sabar untuk bertemu empat mata dengan lelaki itu. Belum sempat di hendak ,enyapa batang tubuh itu sudah berpaling memandangnya dengan senyuman di bibir.

"Saya baru nak kejutkan awak." Dia mengomel dengan wajah masam.

"Tak perlu. Bunyi kasut awak tu pun saya dah cam."

"Amboi! Berlagaknya dia ni." Ayra tarik gelas di hadapannya. Yakin lelaki itu sediakan untuknya.

"Ramainya customer awak hari ni. Banyaklah untung awak." Ayra mengusik bersahaja.

"Alhamdulillah, rezeki hari ni." Lelaki itu ukir senyuman nipis. Rasa bersyukur dengan limpah kurnia Ilahi.

'Awak nak jumpa saya sebab apa? Saya tak boleh lama ni. Saya kena ambil ayah dekat hospital." Ayra tilik jam di pergelangan tangannya. Bila tiada respon yang dia terima segera matanya beralih arah. Terkelip matanya menanti lelaki itu membuka mulut.

"Taufik?" Ya, Taufik Zulkarnain.

"Saya nak bagi awak ni." Taufik tolak sekeping kad ke arah Ayra.

Membulat teruja Ayra. Kad itu di belek. Warna hitam di hiasi bunga lili di sekeliling muka depan kad itu buatkan kad tersebut kelihatan lebih eksklusif. Terpegun seketika Ayra terhadap kad tersebut. Di telek dalam kad itu namaun tidak pula dia membuka lipatannya untuk melihat kadungan di dalam kad tersebut.

"Kak Tania dah nak kahwin ke?" Ayra menyoal teruja. Tania adalah kakak Taufik. Mereka akrab kerana Tania sering kali mengikuti mereka selama ini.

Namun tidak pula Taufik membalas. Dia sekadar menghulur senyuman pahit.

"Buka lah."

"Sampai hati Kak Tania tak bagi kad ni sendiri kat sa-" Membulat mata Ayra bila kad itu sudah selamat dibuka. Bagai hilang roh dalam tubuh. Berterbangan semangat yang ada tadi. Matanya naik memandang Taufik yang jelas kelihatan resah gelisah.

"Apa semua ni, Taufik?" Nada Ayra sekadar mendatar. Di tahan amarah yang kian memuncak. Ikutkan hati sudah lama gelas minuman di hadapannnya itu melayang ke kepala Taufik!

"Saya minta maaf, Ayra. Saya tak berniat."

"Minta maaf? Awak ingat dengan maaf awak tu mampu ubah semuanya ke? Dengan maaf awak tu mampu jelaskan dekat saya apa semua ni? Huh!" Kad undangan itu di campak kasar ke lantai.

Taufik tertunduk menerima amarah Ayra. Sudah dia jangka respon Ayra sebegini.

"Tak berniat? Mudahnya awak cakap awak tak berniat. Kalau awak tak berniat nama awak tak akan ada atas kad tu!" Melengking kuat suara Ayra. Sungguh, dadanya rasa hendak meletup di hentak gelodak kemarahan.

"Ibu tak restu hubungan kita, Ayra. Apa lagi yang boleh saya buat?"

"I am not an option! Either choose me or lose me! The choice is yours!" Ayra sudah bangkit dari duduknya. Kemarahannya kian tidak terkawal. Kuat bunyi seretan kerusi buatkan semua mata memandang mereka.

Tersentak Taufik. Sepanjang hubungan mereka terjalin tidak pernah walau sekali pun Ayra sekasar ini. Jelas gadis itu sangat terluka dengan semua ini.

"Ayra, awak boleh lakukan apa saja pada saya. Hukum lah saya. Pukul lah saya kalau itu yang boleh redakan kemarahan awak."

"Perlu ke? Orang macam awak biasanya akan hancur dengan diri sendiri." Ayra capai beg tangannya. Tidak betah bertahan lebih lama di situ. Hancurnya sebuah harapan. Lumatnya kepercayaan.

"Ayra, I can explain."

"Explain apa lagi Taufik? Apa lagi yang awak nak? Awak nak tengok saya melutut merayu dekat kaki awak ke? Sorry but you will never see me begging again. I am done on it. I will just let you go and even care anymore!" Suara Ayra yang naik seoktaf sekaligus menarik perhatian orang ramai. Pelanggan di situ dilihat sudah mula berbisik sesama sendiri. Bagi Ayra tidak ada apa yang perlu di jelaskan saat ini. Cukup sekadar dia tahu dan sematkan dalam otak bahawa he pray for a good women and im not it. Katakan padanya hati mana yang betah bertahan menangung segala kesakitan sebegini.

"Ayra..." Nada Taufik kedengaran seperti memujuk. Cuba meredakan api kemarahan dalam diri Ayra.

Ayra cengkam erat beg tangannya. Ini lah padahnya bila kamu terlalu berharap terhadap manusia berbanding Allah.

"We can fix this."

"Fix apa? Awak tu dah nak kahwin lah! Maybe going silent and distancing will make it better, Taufik."

"Ayra, saya tak boleh kehilangan awak. Saya sayangkan awak. Ini semua bukan kehendak saya." Taufik cuba bela diri sendiri.

"Mungkin takdir kita hanya sekadar mengenali. Bukan bersama. Terima lah Taufik. Kalau awak sayangkan saya, awak akan pertahankan hubungan kita. Ya, saya tahu dan saya faham awak kena patuh pada syurga awak. Tapi tu tak bermakna yang awak kena gadaikan masa depan dan perasaan awak. Yang nak kahwin dan hidup bersama tu awak. Bukan ibu awak."

"Tapi-"

"Awak terlalu beralasan Taufik. Sifat ni lah yang rosakkan hubungan kita. Ni bukan drama. Ni bukan novel. Saya ni manusia biasa. Cukup cukup lah tu Taufik. Kad undangan pun dah siap. Tak ada benda yang mampu awak ubah lagi."

Tipulah jikalau Ayra kata dia tak terluka dengan semua ini. Ini hati bukan batu.

"Saya minta maaf."

Ya, hanya itu sebelum kelibat Taufik hilang dari kornea matanya.

Already told you, all men are same. Just different ways of hurting.

Ayra buka langkah pergi dari restoran milik Taufik. Membawa segala luka yang ditinggalkan oleh lelaki itu. Hakikatnya, hidup tak seringkali di sulami keindahan dan kebahagiaan. Suram malam tak berbintang itulah lukisan alam seperti aturan tuhan. Ayra pandang langit yang kian menggelap seolah olah berkongsi rasa yang sama dengannya.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now