Bab 48

373 31 3
                                    

Don't mess up something good by just looking for something better. Always appreciate even the tiniest positive things you're getting from life.

Usai solat subuh secara berjemaah, Arian dan Encik Khalid tak terus keluar dari ruangan solat. Ayra pula terlebih dahulu beransur keluar meninggalkan mereka berdua.

Encik Khalid menghela nafas. Matanya memandang tunak ke arah Arian yang menunduk di hadapannya.

"Kenapa buat anak ayah macam tu Arian?" Sayu saja nada tuanya bertanya.

Serentak itu Arian mendonggak memandang Encik Khalid. Ada nada kecewa terbias di mata itu. "Arian..."

"Ayra kembali ke rumah ni. Seperti mana yang dia pernah cakap dekat ayah. Dia akan kembali semula ke pangkuan ayah andai kata lelaki yang hadir kali ini melukakan dia lagi. Awalnya ayah terkejut. Ayah tak sangka. Lepas tu ayah kecewa. Nak tahu apa ayat pertama yang keluar dari mulut puteri ayah bila ayah buka pintu?"

"Semua orang benci akan kehilangan tapi tak semua orang mampu menghargai kehadiran. I'm back, ayah. Your princess is back... With a heart that broken into a piece."

Arian terkelu. Dadanya sesak dengan rasa sebak. Dia lihat mata Encik Khalid juga sudah memerah menahan rasa. Mungkin saja lelaki itu turut terluka atas perbuatannya ke atas Ayra. Menyakiti wanita yang bergelar isteri. Mungkin tak pernah terlintas di benaknya sebelum ini. Walaupun semua yang dia lakukan bersebab namun dia tahu itu semua tidak menjadi layak untuk di jadikan alasan atas perbuatannya menyakiti hati isteri sendiri.

"Nak tahu ayah kata apa?" Encik Khalid menyoal lagi. Arian sekadar diam mendengar kerana dia tahu soalan itu tak memerlukan jawapan darinya. Encik Khalid sekadar mengimbau apa yang telah terjadi sebelum ini. Apa yang terjadi pada anak gadis yang dia tatang sejak kecil itu.

"Jangan bersedih atas kehilangan seseorang mungkin saja jika kamu memilikinya kesedihan mu akan menjadi lebih besar." Encik Khalid ukir senyuman tipis. Kali ini matanya kembali fokus memandang Arian. Seolah olah menanti sesuatu dari lelaki itu.

"Arian minta maaf, ayah..." Sama ada dengar atau tak dengar. Suara Arian memberat dengan rasa sebak yang berpusu pusu menghentak jiwa. Matanya hilang fokus. Tangisannya seakan akan memberat di dalam minda. Kepalanya terasa sesak dengan perasaan serba salah.

"Bukan pada ayah. Memang ayah terluka. Ayah kecewa dengan sikap Arian. Ayah sakit hati bila Arian perlakukan anak ayah macam tu. Arian sepatutnya minta maaf pada Ayra. Dia dah banyak terluka tapi dia tak pernah membenci. Buktinya, sepanjang malam dia tidur dekat ruang tamu semata mata nak pastikan kamu okay dekat luar tu. Ayah tahu dia boleh saja panggil kamu masuk ke dalam sejak awal kamu tiba tapi dia tahankan semua tu. Dia padamkan kehendak hati. Sebab dia tak mahu kamu terus terusan pijak maruah dia sebagai isteri."

"Tak... Arian tak pernah bermaksud nak pijak maruah Ayra sebagai isteri..."

"Ya, kamu tak bermaksud. Tapi tindakan kamu buktikan segalanya. Kamu sentiasa beritahu Ayra yang dia adalah isteri yang terbaik. Isteri yang sempurna. Bahkan isteri yang taat. Tapi pada akhirnya kamu duakan dia. Kamu abaikan dia tanpa sebab yang dia sendiri tak pernah tahu. Kamu biarkan dia terkontang kanting sendirian di rumah. Kamu khianat kata kata kamu sendiri, Arian. Kamu sedar tak?" Suara Encik Khalid sedikit keras pada penghujung katanya. Membuktikan bahawa dia benar benar dihambat amarah dan kecewa tika itu.

"Kamu seolah olah permainkan hati dan perasaan Ayra... Kamu buatkan dia keliru sama ada kamu benar benar tulus cintakan dia atau sekadar mempermainkan perasaannya." Encik Khalid suda bangkit dari duduknya. Sejadah di lipat sebelum di sangkut. Kemudian dia berdiri di hadapan satu jendela sederhana besar. Langsir di selak.

"Tengok langit kat luar. Langit dah cerah walhal semalam langit tu gelap sangat dek hujan. Jangankan bulan, bintang pun kita tak nampak semalam. Bila dah cerah, pelangi yang kita nantikan tak pula kunjung tiba..." Kali ini Encik Khalid berpaling memandang Arian.

"Nampak tak sebenarnya tak semua benda tu berakhir dengan keindahan. Kadang kala kita tak tahu apa pengakhirannya. Ayra selalu pesan pada diri dia that when she feel unwanted, she distance herself. Bukan sebab nak tunjuk perasaan. Bukan juga sebabkan ego..."

"But because she love herselft." Dalam diam Arian menyambung buatkan Encik Khalid mengangguk sedikit.

"Betul, because some people will hate you but can't name one thing you did to them. Just like what you did to my daughter."

"Tak, Arian tak-"

"Prove it, young man. Or you don't deserve my forgiveness for hurting my one and only daughter."

Kali ini Arian mengangguk. Ya, dia akan buktikan.

"Remember, sorry isn't a verb so don't expect it to fix things to you." Kali ini nada Encik Khalid seolah olah meletakkan satu amaran buatnya.

"Ayra tu jiwa dia rapuh. Kamu perlakukan dia seolah olah dia terlahir dengan logam 2 tan." Encik Khalid menggeleng perlahan. Masih jelas terpancar riak terkilan di wajah itu.

Arian berdiri dari duduknya. Melangkah ke hadapan Encik Khalid sebelum dia menunduk mencapai tangan tua itu. Di salam lama dengan perasaan yang kian memberat.

"Arian akan selesaikan semuanya. Dan bila semuanya sudah pulih, Arian akan kembali untuk perbaiki hubungan yang retak ni. Arian janji."

"Tak perlu berjanji, Arian. Janji tu tak bermakna bila terlalu kerap dilafazkan."

"Respect all, trust none. You are never truly alone even on your loneliest day, Allah is closer to you than your jugular vein."

Arian mengangguk bersetuju. Seketika dia berpaling memandang ke arah pintu. Mata terpejam buat seketika.

Ya Allah, mudahkan urusan ini.

Lapangkan dada ini.

Lancarkan perjalanan ini.

Semoga pada akhirnya, ada pelangi yang menanti kami walau pada penghujung senja.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now