Lama kelamaan kamu akan sedar bahawa hati terluka itu akan sembuh dengan hati terbuka. Penerimaan kepada takdirNya menjadikan hatimu baik - baik saja.
Jelas kedengaran riuh gelak tawa mengisi setiap pelusuk rumah. Ayra ukir senyuman pada set niiap tetamu yang hadir. Akhirnya, majlis cukur jambul cahaya mata pertama mereka berjalan dengan lancar. Ayra kemaskan tubuh dalam dukungannya sesekali dia tersenyum bila bayi dalam dukungannya tidur dengan lena. Mata yang bulat itu sudah terpejam rapat. Bibir mungkil itu sudah terkatup. Ayra tunduk sebelum mengucup dahi anak kecil itu. Perlahan jemarinya bergerak mengusik bibir kecil itu.
"Baik betul Hayla ni. Rumah ni punyalah riuh dengan tetamu dia boleh tidur lena macam tak ada apa apa." Suara Arian dari belakangnya buatkan Ayra berpaling dengan senyuman.
Arian bawa jari telunjuknya mengusap pipi gebu bayi itu. Kemudian anak matanya beralih memandang wajah isterinya. Seketika ada senyuman tergaris di bibir milik Arian.
"Hayla, sayang. Bangunlah. Tak elok lah tidur masa tetamu datang."
"Ish dia ni!" Tertahan tahan jeritan Ayra sambil menepis lembut jemari Arian yang bermain di pipi anaknya itu.
"Amboi, dah berani ish ish kan abang sekarang. Berani ya kamu." Arian peluk tubuh sendiri. Matanya menyipi tajam tubuh Ayra di hadapannya.
"Abang tu..." Ayra muncungkan bibir ke arah Arian. Nak marah kita pula? Dia yang salah! Kita pula yang nak di marah!
"Abang apa?" Arian jongket kening sendiri. Bibirnya sudah mengukir senyuman lucu.
"Mari." Sepatah Arian keluarkan arahan sebelum tangannya merangkul erat bahu Ayra.
"Ke mana?" Ayra kerut kening. Kan ada tetamu ni. Tak kan nak tinggal.
"Don't worry. Sekejap je."
Ayra sekadar mengangguk. Langkah Arian dituruti saja tanpa banyak soal sebelum keningnya berkerut hebat. Kolam renang? Buat apa kat sini? Nak berenang ke?
"Tak kita tak datang nak berenang. Entah lah, abang rasa nak spend time dengan sayang. Heart to heart? Maybe." Arian ukir senyum janggal. Dia sendiri pelik. Hatinya yang membawanya ke sini. Janggal. Pelik.
"2 Jun."
"Huh?"
"Hari ni 2 Jun. Ingat tak 2 Jun tu tarikh kita jumpa? Tarikh abang kena cop perompak." Arian tergelak kecil sambil mengimbau memori tersebut.
"Orang tengah patah hati masa tu!"
Meletus tawa Arian buatkan Hayla dalam dukungan bergerak gerak. Terus Arian tekup mulut menahan tawa sendiri.
"What will make you cry?" Ayra soal Arian sambil keningnya di angkat beberapa kali. Tiba tiba soalan itu terlintas dalam kotak fikiran Ayra.
"Nothing can makes me cry." Arian hulur senyum sumbing. Saja nak mengusik.
Ayra? Jelingan padu lah apa lagi. Nak membohong pun beragak lah cik abang oi! Hari tu masa dia sakit nak bersalin, Arian lah orang yang sakan menangis. Kalah kalah orang yang nak beranak!
“Lelaki juga boleh menangis. Tak salah. Lelaki dan perempuan... Semua orang perlu menangis. Bukan sebab menangis itu keperluan tapi untuk pastikan diri kita hidup. Jiwa kita hidup...” Ayra menggumam kecil buatkan Arian ukir senyuman.
"I love everything about you." Ucap Arian tiba tiba. Ayra sudah hendak tergelak. Ni dah kenapa ni? Ucapan Arian tersangatlah tiba tiba. Entah hendak terharu atau tergelak.
"Kecuali..."
"Kecuali?"
"Pemergian sayang."
Ayra tahan air mata sendiri. Oh, Arian. Sekeras keras hati lelaki pasti ada lembutnya juga.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...