Bab 35

395 31 0
                                    

Don't lie to an over thinker, it never ends well.

Sedar tak sedar percutian mereka sudah pun berada pada hari yang terakhir. Hari ini Arian, Ayra dan Farraz mengikut opah ke kebun. Kata opah nak petik beberapa hasil tanamannya buat buah tangan untuk Umi.

Ayra tersenyum riang sambil berjalan. Jemarinya pula bersulam erat dengan jemari Arian. Farraz yang berjalan di belakang pasangan itu sudah pasang wajah jengkel. Berkepit je lah! Aku tolak masuk gaung kang!

"Dah dah lah tu pengantin lama." Farraz menjeling tajam.

"Elok lah tu pengantin lama. Kamu tu budak single, jangan nak meroyan sangat."

Tudia! Opah ni kalau dah buka mulut pergh! Menusuk kalbu.

Farraz memuncung. Tak nak kawan opah! Dah lah sepanjang dia berada di sini semua aktivitinya terhad. Tiap kali Arian dan Ayra hendak keluar berdua dan dia ingin turut serta, opah akan serta merta menghalang. Macam macam alasan. Urutkan kaki lah, basuh pinggan, mengaji, kait rambutan, cabut serai dekat kebun dan macam macam lagi. Lagi teruk bila opah arahkan dia untuk bersihkan gigi palsu. Meroyan Farraz dibuatnya! Nak tak nak dia lari ke rumah Mak Ngah. Tebalkan muka saja bila Mak Ngah tanya dia macam macam soalan.

"Opah tu pun apa kurangnya. Single juga."

"Aku dah pernah kahwin. Hanya dipisahkan dengan kematian. Kamu tu jangan katakan pernah kahwin, pernah ada girlfriend pun haram tak pernah!" Sembur Opah. Parang ditangannya bergerak gerak sambil mulutnya sibuk berleter.

Sudahnya Farraz kunci bibir. Malas nak melayan opah. Buat sakit kepala saja.

"Farraz! Kamu pergi ambil buah betik dekat belakang pondok tu. Ambil lah dua biji buat balik KL."

Serentak itu Farraz mengangguk. Ikutkan saja jikalau tak mahu telinga kalian berdarah. Kakinya terus melangkah ke arah yang opah katakan. Lagi cepat dia selesaikan tugasan itu, lagi cepat mereka boleh pulang. Tak kuasa dia nak buat amal jariah derma darah dekat kebun opah ni.

Ayra pula sudah bersedia hendak mengikut langkah opah. Tautan tangannya dengan Arian dilepaskan. Belum sempat dia melangkah, lengannya sudah kembali di paut Arian. Kepalanya terus saja menoleh. Wajahnya berkerut tak mengerti.

Arian masukkan tangan ke dalam kocek seluar. Arian keluarkan beberap keping...

Sticker?

"Meh, abang nak pasangkan." Arian rapatkan jarak mereka.

Ayra terkebil kebil namun dia turutkan jua. Dia lihat Arian cabut sekeping sticker bercorak lebah dari kertas. Kemudian sticker tersebut di lekatkan ke bahu Ayra.

"Ni untuk apa? Kenapa awak lekat dekat baju saya? Nak tanda saya ke? Takut saya hilang?" Bertubi tubi soalan keluar dari bibir Ayra. Matanya masih terkebil kebil tak mengerti apa yang sedang berlaku.

"Ni nama dia anti mosquito repellent. Benda ni untuk kurangkan gigitan nyamuk. Kebun opah ni banyak nyamuk. Abang tak nak lah awak luka luka kena gigit nyamuk." Balas Arian. Tangannya masih lincah mencabut beberapa lagi keping patch dan di tampalkan secara berselerak pada pakaian Ayra.

"Satu cukup kot. Gigi nyamuk tu bukannya tajam macam gigi harimau." Ayra tergelak kecil. Rasanya dah lebih 10 keping Arian tampal pada tubuhnya. Sesekali tubuhnya dipusingkan.

"Ikutkan hati abang nak awak pakai kelambu." Kali ini Arian jatuhkan sebelah lutut. Kaki Ayra ditarik sebelum 4 keping sticker ditampal pada kedua dua belah kaki. Kemudian dia kembali berdiri. Tubuh Ayra ditilik seketika. Senyuman kepuasan akhirnya terbit di bibir.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now