If my existence is just a burden to them, may my dead be the reason everyone get their happiness.
Ayra yang sedang menonton televisyen di sebelah opah mengerling ke arah Farraz. Amboi! Masamnya muka.
Kepala Ayra menoleh memandang opah bila lengannya rasa dikuis. Ayra jongketkan kening.
"Dah kenapa budak single tu?" Opah berbisik perlahan. Cukup hanya mereka berdua yang mendengar.
Ayra tergelak kecil. "Arian minta Farraz masuk office esok."
Opah mengangguk. Patutlah wajah cucunya yang sorang ni masam semacam! Kena paksa balik rupanya. Alahai! Kasihan sungguh! "Dia nak balik naik apa?"
Ayra menggeleng. Dia pun tak tahu. Yelah, sewaktu datang ke kampung Farraz naik kereta sekali dengan mereka. Kereta lelaki itu pula ditinggalkan di kawasan perumahan Encik Khalid.
"Arian!"
Terhinggut sedikit bahu Ayra bila tiba tiba opah menjerit melaung nama suaminya. Dah kenapa? Tak sampai seminit kelibat Arian sudah muncul di ruang tamu. Langkahnya santai saja langsung tak terkesan dengan pandangan tajam Farraz.
"Tengok aku macam tu kenapa? Nak makan penampar?" Tudia! Mulut Arian ni kadang kala memang menyakitkan hati.
Farraz menjeling tajam. Terus dia bangkit dari duduk. Kakinya melangkah sedikit kasar untuk masuk ke bilik. Sempat bahu Arian dirempuh kasar. Balas dendam! Hati ni tengah sakit tahu tak?
Arian dah tayang muka nak beri penyepak. Mamat ni kang kalau tampar sia sia je koma kat hospital! Bukannya dia tak tahu Farraz tengah lancarkan perang mogok dekat dia. Tak lain tak bukan sebab dia keluarkan arahan agar lelaki itu masuk office esok. Ingat Arian nak pujuk? Jangan harap dia nak pujuk! Baik dia menempel dengan isteri. Lagi banyak manfaat daripada pujuk Farraz tiga suku tu.
"Arian." Suara opah sekali lagi bergema. Namun, kali ini suara itu lebih kepada berbisik.
"Ya, opah." Arian labuhkan duduk di kerusi bila tangan opah tak henti henti mengamitnya agar mendekat. Dalam kepala Arian dah susun ayat cun punya kalau kalau opah tanya dia bukan bukan. Bukan apa, tu kan opah... Tak pelik kalau tanya soalan pelik pelik. Tengok je cucu dia sorang tu. Farraz. Rosak! Fius otak dah banyak tercabut!
"Kamu suruh Farraz tu balik KL ke?"
Arian angguk. Tak ada reaksi terpancar di wajahnya. Janganlah opah pujuk dia bagi pihak Farraz.
"Haih!" Opah mengeluh panjang. Kepalanya tergeleng sedikit.
"Biar je lah dia dekat sini." Opah bersuara lagi najn kali ini nadanya dilembutkan.
Kan dah kata!
"Opah, kalau kami berdua dekat sini. Siapa nak handle kerja dekat office tu?" Arian turut sama mengeluh. Aduh! Kalau opah dah campur tangan, hujung hujung nanti dia kena beralah jua.
"Mesti kamu dah siapkan banyak kerja sebelum cuti kan?"
Nak tak nak Arian mengangguk. Masalah!
"Dah tu? Biar je lah budak tu bercuti dekat sini sekali. Mesti dia stress hadap kerja dekat office tu."
Ayra tayang wajah buat buat tak kisah perbualan dua orang itu. Matanya fokus memandang televisyen. Walhal, telinganya menangkap setiap perbualan.
Arian kerling isterinya yang santai bergerak untuk berbaring di riba opah. Siap peluk lengan opah! Amboi! Dah dapat title cucu menantu kesayangan ni siap baring dekat riba. Hey! Dia ni dulu baring dekat lantai je tau!
YOU ARE READING
Kerana Cinta
Lãng mạnCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...