Bab 21

975 75 5
                                    

Lonely is not being alone, its the feeling that no one cares.

Bunyi tirai langsir ditarik buatkan Arian buka sedikit kelopak matanya. Tak terlalu lama sebelum dia katup kembali. Silau!

Tangan bergerak menyentuh tempat di sebelahnya. Kosong. Akalnya pantas meneka bahawa Ayra lah gerangan yang terlebih rajin untuk buka tirai langsir seawal pagi itu.

"Arian, bangun. Tak elok lah tidur lepas subuh." Ayra cuit sedikit hujung kaki Arian.

"Penat." Serak suara itu membalas buatkan Ayra ukir senyuman. Mengerti.

"Bangun lah. Nanti rezeki susah nak masuk." Ayra tarik sedikit selimut yang membalut tubuh itu.

"Hm, lima minit." Arian angkat sebelah tangan. Dia tarik semula selimut hingga ke paras leher. Selesanya!

Ayra gelengkan kepala. Liat sungguh.

"Arian, awak tak kerja ke? Sekarang dah pukul 8 tahu tak?" Ayra menyoal lagi dengan harapan agar Arian lekas bangun.

"Saya cuti." Dengan mata masih terkatup rapat selamba Arian membalas.

"Oh, berapa hari?" Ayra soal lagi. Kali ini dia sudah duduk bersimpuh di sebelah Arian.

"Seminggu dua. Kot."

"Kot?" Pantas Ayra tarik selimut Arian. Berharap agar lelaki itu lebih fokus akan topik perbualan mereka.

Arian sekadar mengangguk. Mata masih terpejam rapat. Ya Allah, wahai isteriku tolong lah fahami bahawa suami mu ini sedang mengantuk.

"Bos awak tak marah ke?" Ayra pelik sendiri. Tak kan lah Arian sesuka hati tentukan cuti sendiri? Bukan dia kena buat surat cuti untuk maklumkan pada bos ke? Hey! Ayra tahu lah dia ni bos juga tau!

Jeda. Hampa. Arian dah hanyut dalam alam mimpi buatkan Ayra hela nafas berat. Haih! Satu fakta tentang Arian, bila lelaki itu sudah hanyut ke alam mimpi jangan haraplah dia akan temui jalan pulang dengan mudah.

Malas membuang masa, Ayra terus bergerak ingin bangkit dari katil. Belum sempat kakinya mencecah lantai tubuhnya sudah kembali terdorong ke belakang.

"Eh!" Terkejut Ayra jadinya bila ada tangan melingkar erat di pinggangnya. Serentak itu tubuhnya terdorong ke belakang.

"Nak ke mana?" Suara serak basah tiba tiba bertanya.

Mata Ayra membulat. Terkejut! Dengan tangan yang menyentuh tubuhnya. Suara serak. Ya Allah!

"Hm?" Suara Arian kembali bergema bila Ayra senyap tak membalas.

Sumpah! Kaki Ayra serasa seperti jeli. "S... Saya nak turun bawah. Nak jenguk ayah." Gagap Ayra membalas. Sungguh darah gemuruhnya serasa berpusu pusu menghentam diri.

Arian angguk. "Bos saya tak marah."

Ayra pantas kalihkan wajah. Cuba memandang wajah Arian yang kini melekap sepenuhnya di belakang pinggang.

"Awak cuti panjang, bos awak tak marah?" Ayra usap hujung dagu. Naik pelik dia.

"Tak, lifeline." Arian geleng sedikit.

"Pelik."

"Nak pelik apa? Saya bos, siapa yang nak marah bos?" Perlahan hujung bibir Arian naik menyenget. Teruja nak lihat reaksi isterinya.

"Huh?" Sumpah Ayra rasa nak saja dia pergi korek telinga bagi bersih sampai dasar!

"Saya bos, my lifeline."

"Sejak bila?" Naik seoktaf nada Ayra akibat terkejut. Apa ni?

"Sejak dulu, sayang." Arian bangkit dari baringannya. Matanya kuyu memandang Ayra yang kini duduk berhadapannya.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now