Alhamdulillah for the flaws that keep us humble and the sins that keep us repenting.
"Abang..."
"Aku tak sangka kau sekeji ni." Arian menggeleng kesal. Sepupu dia sendiri yang bunuh Farraz. Langgar Farraz. Sampai lelaki itu mati!
"Abang, Citra..." Segera Citra capai lengan Arian. Tak! Kepercayaan lelaki itu kunci segalanya!
"Lepas lah!" Tangan Citra ditepis kasar.
"Sampai hati kau bunuh Farraz!" Arian menjerkah kuat. Bergema seisi bilik dengan suara lantangnya.
"Kau bunuh dia!"
"Tak cukup dengan tu, kau fitnah pula dia!"
"Kau memang tak guna!"
Citra terundur beberapa tapak ke belakang mendengar jerkahan demi jerkahan yang keluar dari mulut Arian. Seketika bibirnya naik mengukir senyuman sinis. Matanya menyinis dengan riak puas.
"Memang..." Citra pegang kepala sendiri. Sesekali dia menggeleng kecil.
"Memang aku bunuh dia!"
Arian kepal penumbuk mendengar pengakuan itu.
"Kenapa?"
"Sebab dia tu menyibuk sangat urusan aku!" Citra tergelak kecil.
"Dia stalk aku! Kau nak tahu sebab apa? Sebab dia tahu aku datang sini, minta kerja dekat sini dengan niat lain! Aku nak kan kau! Aku... Aku tak suka tengok kau bahagia dengan Ayra! Perempuan tu... Perempuan tu rampas kau dari aku!" Suara Citra nyaring memekik tanpa perasaan. Wajahnya kosong tanpa emosi.
"Aku sanggup bermain dengan nyawa manusia hanya untuk dapatkan kau, Arian." Kali ini ada air mata mengalir lesu di pipi Citra.
"Dan aku sanggup mati untuk orang yang aku sayang." Arian menatap wajah itu. Tajam. Pandangannya seakan menyiat nyiat tubuh itu.
"Aku sendiri akan sumbat kau dalam penjara." Arian berpaling, bersedia untuk keluar dari ruangan itu. Cukuplah. Semuanya sudah tersinggkap. Dia sudah akhiri segalanya. Bahkan... Punca kemalangan Farraz juga dia sudah temui.
"Abang nak tinggalkan Citra dan baby?"
Terhenti tingkah Arian yang hendak memulas tombol pintu. Suara Citra kedengaran sayu.
"Abang tak kesiankan kami?" Sekali lagi Citra menyoal buatkan Arian kembali berpaling.
"Kau dah gila! Budak tu bukan sesiapa untuk aku! Tu tanggungjawab kau!"
"Abang nak tinggalkan kami?"
"Yes!"
"Abang akan menyesal..." Bibir Citra naik mengukir senyuman sinis. Tangannya galak mengusap perut sendiri dengan senyuman tak lekang di bibir.
"Tak." Selamba Arian membalas. Malas hendak berlama terus saja pintu di buka.
"Abang nak tahu macam mana isteri kesayangan abang boleh kemalangan?"
Langkah Arian terhenti. Perlahan tubuhnya kembali berpaling memandang Citra. Jantungnya berdebar tak henti menerima kenyataan itu.
"Kau..."
"Boleh tahan liat juga nyawa dia." Citra membelek kuku sambil mengangguk. Sesekali ada gelak kecil terlepas dari bibirnya.
Arian ketap bibir. Perlahan kakinya melangkah mendekati Citra. Sakit hati. Marah. Dendam. Semuanya seakan bercampur baur.
Pang!
Terteleng kepala Citra ke kiri. Berpinar pipinya.
Nafas Arian naik turun menahan amarah yang hampir meletup.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
Roman d'amourCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...