Bab 3

6.9K 188 0
                                    

      Niat di hati hendak mengikut mereka mengelilingi Kuala Lumpur terpaksa dilupakan. Ini semua gara-gara jet lag. Selama tiga hari berturut aku seperti zombi. Bangun sahaja daripada tidur yang lena, aku terus melihat wajah aku di cermin yang terletak bersebelahan dengan katil bersaiz sederhana aku.

      Peh! Mengalahkan hantu. Eyebag dan lingkaran gelap di bawah mata aku ni boleh tahan juga teruknya. Habis lari semua lelaki bila lihat wajah aku. Dengan langkah yang malas aku terus mengatur langkah menuju ke kamar mandi. Nak mandi pun malas? Apalah nak jadi.

      Ah, terasa nyaman sungguh apabila air itu mengalir di seluruh tubuh aku. Kenapa macam dah lama sangat tak mandi ni? Selesai sahaja membersihkan diri, aku menyarungkan skinny jeans berwarna hitam dan tank top berwarna putih. Rambut yang panjang melepasi dada aku ikat menjadi sanggul. Aku menyemburkan sedikit minyak wangi. Kaca mata hitam yang terletak elok di atas meja aku capai lalu memakainya. Dah siap! Simplekan? Tapi rasa macam bimbo pun ada sekarang ni.

     "Babe, dah siap ke bel- OMG LAWANYA!" ujar Min yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan pintu bilik aku.

     "Lawa? Buta ke? Kau tu yang pakai dress bagai, lagi lawa." balas aku sambil berjalan ke arah Min.

     "Weh jealousnya aku. Bila nak cantik macam kau ni? Ish"

     "Bersyukurlah kak. Dah lah jom, dah lambat kan? Bising nanti si Sarah tu."

Ramai pelanggan yang keluar masuk di butik ni. Pandai dua orang sahabat aku menguruskan butik Imagination&Joy ni. Well, pelanggan boleh tempah atau sketch baju yang diaorang suka dengan sendiri. Di samping itu, ada pelbagai jenis kain dan baju yang menarik untuk dipakai. Semua jenis pakaian ada dijual di sini. Aku hanya memerhati gelagat pelanggan di sini dan membantu apa yang aku mampu. Alah, setakat tunjuk baju yang itu di mana, yang ini di mana boleh lah. Maklumlah, first time datangkan? Itu pun kadangkala aku minta pertolongan Min atau Sarah.

          "Hello,miss?"

     Aku terus menoleh ke belakang apabila mendengar ada suara yang menyapa. Astaghfirullahaladzim, subhanallah, indahnya ciptaanMU. "Y-y-yes?" soal aku. Ha kau, sampai tergagap aku ni.

     "I was looking for this tuxedo. But I can't find it because this place is too crowded. Can you help me?" ujar lelaki di hadapan aku sambil menunjukkan gambar di dalam telefonnya.

    Alahai kenapa mamat ni nak berspeaking bagai ni? "Y-y-yeah sure. Come,follow me." Mawar, kau ni dah gila ke?!!! Benda tu dekat mana pun aku taktau! Kau sedar tak ni first day kau datang sini? Okay, cari Min.

     Mujur aku nampak kelibat Min yang baru sahaja keluar dari officenya. Aku terus meluru ke arah Min tanpa menghiraukan lelaki yang sedari tadi mengikut aku di belakang. "Min, I need your help."  Min memandang wajah aku, memberi isyarat supaya aku meneruskan ayat aku. "Mamat ni nak cari tuxedo and he can't find it. Aku taktau dekat mana benda tu. Kau bolehkan tunjuk? Ala, ownerkan?"

     "Okay. So hi sir. What types of tuxedo do you like?"  Min terus menyoal lelaki itu dengan senyuman yang manis.

     "Woah wait, she can speak in malay?" soal lelaki itu sambil menunjuk ke arah aku. Mata aku terbeliak. Apa hal mamat ni?

      "Yep, why?" soal Min lalu melihat ke arah aku.

     "Of course I can. I am Malaysian." kata aku dengan riak wajah yang pelik.

     "I thought you can't. Well, your face doesn't looks like you're Malaysian." ujar lelaki itu.

      Dah agak dah.

         

Aku menghempaskan tubuhku di atas katil setelah selesai membersihkan diri. Leganya. Nyamannya. Bila terfikir esok ada kerja lagi, hilang segala rasa nyaman dan lega. Yang tinggal hanya rasa penat.

Apabila penat macam ni, fikiran aku terus teringat kepada ummi. Kalau penat ummi mesti urutkan kaki... sambil membebel. Rumah anak yatim ummi tak ramai penghuni. Sekitar 40 orang termasuk semua tenaga pekerja. Sikit, bukan? Sebab itulah ummi boleh membahagikan kasih sayang kepada kami semua sama rata. Tapi itu bilangan sebelum aku pergi dari rumah tu. Sekarang ni mungkin dah bertambah.

Aku masih lagi ingat, ada seorang kakak ni sangat cemburu dengan kemesraan ummi dekat aku. Katanya ummi lebih ambil berat tentang aku berbanding anak-anak jagaan yang lain. Apabila aku tanya ummi, ummi kata dia tidak pernah pilih kasih atau lebihkan sesiapa. Ummi sentiasa ambil berat tentang aku kerana dia tak mahu aku rasa tersisih sebab latar belakang keluarga aku. Min dan Sarah pun pernah cemburu, hahahaha.

Tanpa disedari, air mata mengalir dipipiku. Rindunya ummi! Bila aku nak melawat ummi? Bila aku ada waktu lapang yang sangat lapang.

          "Mawar?"

     "Apa?" soal aku sebaik sahaja melihat Sarah yang tercegat di pintu bilik aku.

      "Kau ni memang tak reti kunci pintu ke?"

     "Hee, malaslah awak. Nak apa?"

     "Tak, aku nak tanya ni. Kau betul-betul nak kerja dengan kitaorang ke?"

     Aku mengerutkan dahi. Apa maksud Sarah? "Yelah. Kenapa?"

     "Kalau macam tu, aku letak kau dekat bahagian designers boleh? Bahagian tu ada dua orang tapi sebab kau pun pandai melukis ni apa salahnya kan?" ujar Sarah sambil membetulkan kaca matanya.

     "Okay, tak kisah pun. Dah lah, aku nak tidur. Sambung esok jelah. Goodnight. Jangan lupa tutup pintu dan lampu" arah aku lalu menyelimut tubuhku. Belajar pandai-pandai sampai luar negara sebab nak jadi fashion designer akhirnya jadi designer untuk butik kawan. Tak apalah, bermula dari bawah.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now