Bab 18

3.6K 130 2
                                    

"Awak tahu di mana terdapat rumah sewa yang berdekatan dengan rumah ini?" soalku ketika melihat Rayyan yang baru sahaja keluar dari bilik umi. Setelah berfikir panjang, niat untuk tinggal di hotel terpaksa dibatalkan kerana kekurangan wang dan terlalu mahal.

"Tak." jawab Rayyan sepatah lalu ke dapur.

Aku mencebik. Bagaimana agaknya lelaki ini melayan umi? Tidak mesra langsung! Aku berjalan menuju ke bilik umi. Kelihatan umi sedang menonton televisyen yang terdapat di dalam bilik dengan khusyuk sehingga tidak sedar akan kehadiran aku. Baru sahaja aku hendak mendekati umi, wanita itu terbatuk-batuk. Aku mengusap belakang umi dengan perlahan. Pada mulanya, ia seperti batuk biasa tetapi lama-kelamaan semakin teruk. Umi tidak henti dari batuk. Aku mula risau. "Umi? Umi okey atau tidak?" soalku. Umi hanya mngangguk kepala.

Daripada risau bertukar kepada cemas apabila aku melihat ada beberapa titisan darah yang mengalir di mulut umi. "Umi! Darah!" teriak aku. Segera aku mencapai beberapa helai tisu lalu beri kepada umi. Batuk umi semakin teruk. "Rayyan! Tolong!" teriak aku lagi sekali dengan nada yang cemas.

Dalam masa beberapa saat Rayyan muncul di bilik itu. Wajahnya turut cemas apabila melihat keadaan umi. Rayyan mengambil segelas air mineral lalu beri kepada umi bersama dengan beberapa biji pil. Umi menelan pil tersebut dan meminum air. Kemudian barulah keadaan umi kembali seperti biasa.

"Umi berehat dulu, ya?" kata Rayyan lalu menarik selimut sehingga ke paras pinggang umi.

Belum sempat aku bersuara, Rayyan memberi aku pandangan supaya jangan bercakap dengan umi buat masa ini. Aku mengeluh. Aku membuntuti Rayyan keluar daripada bilik tersebut. "Apa yang dah terjadi pada umi? Mengapa umi batuk berdarah?" soal aku. Langkah kaki Rayyan terhenti ketika mendengar soalanku.

"Tak ada apa-apa." jawabnya lalu melabuhkan punggung di atas sofa.

"Tak ada? Awak buat lawak apa ni?" soal aku dengan nada sarkastik. Mahu menipu pun buatlah ketika aku tiada di rumah ini lagi. Tanganku disilangkan di dada.

Rayyan hanya menjeling aku lalu pandangannya terpaku ke arah skrin televisyen di ruang tamu rumah itu. "Encik Rayyan, saya tak buta lagi! Saya nampak umi batuk berdarah jadi boleh awak beritahu saya apa sebenarnya yang terjadi?" soalku dengan geram.

"It's none of your business." katanya dengan nada yang tidak berperasaan.

"It is my business because she is my mom!" kata aku dengan tegas.

Rayyan berdiri menghadap aku selepas mendengar kata-kataku. "Excuse me? Boleh tolong ulang ayat yang terakhir?" soal Rayyan.

"She is my mom."

"Untuk pengetahuan kau, umi hanya ada seorang anak dan anak itu ialah aku. Kau hanyalah orang asing dalam hidup umi!"

"Tapi umi jaga saya lebih lama dari umi jaga awak!"

Wajah Rayyan berubah selepas mendengar kata-kata aku. Alamak! Baru aku teringat, Rayyan dipisahkan dengan umi sewaktu dia masih lagi kecil. Astaghfirullahaladzim Mawar! Apa yang aku dah lakukan ni? "Ma-maafkan saya. Saya tak sengaja dan tak bermaksud--"

"Diam." kata Rayyan sambil matanya merenung tajam tepat ke mataku. Dia terus beredar dan masuk ke dalam bilik di sebelah bilik umi.

Aku dah sakiti hati dia kah?

Mulutku di tampar dengan perlahan banyak kali. 'Kenapa aku tidak menjaga percakapan aku?' soalku banyak kali. Aku melabuhkan punggung ke atas sofa yang tidak seempuk sofa di kediaman Ariz dan bekas mertuaku. Mereka tu orang kaya memang patut pun ada perabot atau barang yang diimport dari luar negara. Melihat keadaan rumah Rayyan je dah boleh agak dia hanya orang biasa.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now