Bab 22

3.9K 133 6
                                    

"Rayyan, tak sangka jumpa kau di sini!!" kata seorang lelaki yang aku mungkin kenal. Suara yang sering aku dengar suatu ketika dahulu.

"Bro! Kau buat apa di sini?" soal Rayyan dengan teruja sambil mereka bersalaman.

Aku menundukkan kepala, tidak berani hendak memandang ke arah lain.

"Aku baru je nak breakfast. Eh boleh aku join kau dengan...." kata lelaki itu, seperti memberi isyarat kepada Rayyan supaya memperkenalkan aku padanya.

"Marilah. Aku pun sedang sarapan ni." kata Rayyan sambil menarik sedikit kerusi di sebelahnya. Lelaki itu tanpa membuang masa mengambil tempat di sebelah Rayyan. "Kenalkan, ni Mawar Hana. Dan Hana, ini Ariz Isaac, kawan baik aku." sambung Rayyan.

Ariz Isaac.

Dadaku kini berombak dengan kencang. Tolonglah katakan ini Ariz Isaac yang lain. Perlahan-lahan aku mengangkat wajahku dan melihat wajah lelaki yang berada di sebelah Rayyan.

Mataku sedikit terbeliak. Wajahku pastinya pucat. Orang yang aku paling tidak mahu berjumpa kini berada di hadapanku. Ariz juga menunjukkan ekspresi wajah yang sama. Tetapi eksperi wajah itu kemudian digantikan dengan senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan. Rayyan pula kelihatan sangat bingung melihat keadaan aku dan Ariz. Dia berdehem.

"Lama tak jumpa." kata Ariz sambil tersenyum.

Aku hanya mengangguk.

"Wait. Kauorang kenal antara satu sama lain?" Rayyan menyoal sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah aku dan Ariz.

Ariz mengangguk lalu berkata, "Yeah, she's my—"

"Long lost friend." Aku memotong percakapan Ariz. Aku tidak tahu mengapa aku tidak mahu Rayyan tahu bahawa Ariz ialah bekas suami aku. Aku mahu menyimpan perkara ini sehingga aku telah bersedia hendak memberitahunya.

Ariz memandang aku. Dahinya berkerut seribu. Mungkin pelik kerana aku tidak memberitahu perkara yang sebenar.

"Wow tak sangka. So boleh dikatakan yang hari ni kau bertuah sebab dapat jumpa dua orang kawan kau yang dah sekian lama tak jumpa." kata Rayyan sambil tersenyum manis memandang wajah Ariz.

"Boleh lah jugak." kata Ariz. Pandangan matanya masih lagi tertumpu kepada aku. "Dan aku ada banyak benda yang nak dibualkan." sambungnya dengan senyuman sinis di bibir.

Rayyan dan Ariz berborak sesama mereka tentang banyak perkara. Kerja, kawan, keluarga dan hal lain. Manakala aku tenggelam di dalam lamunan sendiri. Aku terfikir, bagaimana agaknya dengan keadaan Sarah? Dia merindui aku seperti aku merindui dia atau tidak? Adakah dia sihat seperti biasa? Adakah dia makin cantik? Agaknya dia sudah mengandung atau belum? Dia sudah memaafkan aku atau belum? Mahukah dia mengaku aku sahabatnya seperti aku masih lagi mengaku dia ialah sahabat dunia akhiratku?

"Bagaimana dengan isteri kau?"

Lamunanku terhenti tatkala terdengar pertanyaan Rayyan. Aku memandang wajah Ariz, mahu mendengar jawapannya. Aku mahu tahu bagaimana dengan rumahtangga mereka kerana jauh di sudut hati ini aku masih dan sentiasa mengambil berat tentang mereka kerana Sarah ialah sahabatku dan Ariz bekas suamiku.

"Masih lagi seperti hari tu." jawab Ariz. Masih lagi seperti hari tu? Bagaimana? Seperti apa?

"Gaduh lagi?" soal Rayyan, menjawab pertanyaan yang bermain di mindaku.

Ariz mengangguk lalu berkata, "Salah dia juga kerana menjadi punca utama aku bercerai dengan bekas isteri aku." Matanya serta-merta memandang aku.

Ariz sudah tahu Sarah menjadi punca utama mengapa kami bercerai?

Cinta MawarWhere stories live. Discover now