Bab 28

4K 124 13
                                    

"Mawar, ada orang mahu berjumpa di depan sana." kata Aisyah, pekerja baharu kedai bunga kak Hartini.

Aku menggaru kepalaku yang langsung tidak gatal. Siapa pula yang mahu berjumpa pada waktu begini? Tidak mungkin pula Rayyan kerana dia pasti akan menghubungi aku dahulu jika mahu berjumpa.

Aku segera meletakkan bunga mawar yang baru sahaja hendak digubah oleh aku lalu segera bergerak di bahagian hadapan kedai. Tiba sahaja di sana, aku dapat melihat susuk tubuh lelaki yang agak familiar sedang menunggu ketibaanku di ruang para pelanggan biasa menunggu.

"Encik mahu berjumpa dengan saya?" sapa aku dengan nada yang lembut sambil mengukirkan sebuah senyuman. Jika mahu menegur orang haruslah gunakan suara yang lembut.

"Yep." kata lelaki itu lalu menoleh ke arah aku. Riak wajahku terus berubah setelah mengetahui siapakah lelaki di hadapan ku ini. Tiada lagi senyuman di bibir seperti tadi. Yang tinggal hanyalah riak wajah yang terkejut. "Hai Mawar." katanya lagi dengan senyuman yang pernah menjadi kesukaan aku suatu ketika dahulu.

"Apa you buat di sini?" soalku dengan nada yang keras.

Dia tersenyum menyeringai. "Mahu jumpa my lovely ex-wife pun salah ke?"

Aku hanya memandang lelaki di hadapan aku dengan pandangan yang jijik. Lovely ex-wife? Lawak apakah yang Ariz sedang cuba sampaikan?

"Mawar, we need to talk." kata Ariz dengan nada yang serius.

"Nak talk-talk apa lagi? Kita dah bercerai so please, baliklah ke pangkuan isteri you yang you cintakan sangat tu. Tak pasal pasal nanti I kena serang lagi dengan 'bestfriend' I." jawab aku dengan nada yang geram lalu menyilangkan tangan di dada.

Geram? Ya aku sangat geram! Geram kerana baru sekarang Ariz mahu mencari aku.

"I dah tak ada apa-apa dengan Sarah."

"What? Dah tak ada apa-apa?" soal aku kembali. Tak mungkin Ariz akan melepaskan Sarah begitu sahaja. Sarah juga tidak mungkin akan membiarkan Ariz buat begitu.

"Yep. I dah lama lepaskan dia." jawab Ariz dengan bersahaja.

"I tak percaya. Sorry, I ada banyak lagi kerja so please balik sekarang. Bye." kata aku.

Belum sempat lagi aku beredar dari situ, Ariz memegang lenganku lalu menarik aku keluar dari kedai bunga kak Hartini.

"Lepaskanlah!" Aku cuba melepaskan lenganku dari pegangan Ariz namun tidak berjaya kerana dia sangat kuat. "You nak bawa I pergi mana?! Lepaskan!"

Kami berdua semakin hampir dengan kereta Ariz. Ariz memakirkan keretanya di lorong-lorong tepi kedai. Aku semakin tidak sedap hati. Ke mana pula dia mahu bawa aku?

"Masuk dalam kereta I. Now!" arah Ariz.

Aku mengerutkan wajahku dan langsung tidak bergerak. "Jangan harap. You fikir I akan masuk? No way!"

"Oh tak mahu masuk?"

Ariz menghadiahkan sebuah senyuman kepada aku sebelum menekup hidung dan mulutku dengan menggunakan kain yang mempunyai bau yang sangat tidak menarik. Mataku terbeliak dan dadaku berombak dengan kencang. Tidak sampai lima saat, duniaku telah menjadi hitam.

**********
(RAYYAN)

"Mana pula si Hana ni? Marah lagi ke?"

Telah beribu kali aku cuba menghubungi Hana namun tidak dapat. Ke mana pula dia pergi? Hana tidak mungkin tak akan menjawab panggilan aku. Tak mungkin dia masih marah.

Ketika aku pergi ke kedai kak Hartini, aku hanya nampak keretanya sahaja yg terpakir di depan kedai. Tetapi pemiliknya tidak tahu pula ke mana.

"Assalamualaikum kak. Hana ada tak?" soalku setelah masuk ke dalam kedai tersebut.

"Eh Rayyan, waalaikumussalam. Entahlah. Akak ni pun dari tadi lagi tak nampak kelibat dia." jawab Kak Hartini lalu melihat di sekitar kedai. "Tak mungkin dia dah balik sebab beg tangan dia masih lagi di sini." sambung kak Hartini sambil mengangkat beg tangan kepunyaan Mawar Hana.

Aku mengerutkan dahi. Kemana pula dia pergi?

Tiba-tiba muncul pelbagai benda yang negatif di fikiranku. Bagaimana jika Hana diculik? Ish, siapa pula yang nak menculik dia?

"Tak apalah kak. Beg dia biar saya pegangkan dulu. Kalau dia ada datang ke sini semula, suruh dia call saya, ya?" kata aku lalu mengambil beg tangan Hana.

Kak Hartini yang pada mulanya mengerutkan dahi kini tersenyum. Mungkin memahami mengapa aku mahu mengambil beg Hana.

Pertama, kerana ia boleh dijadikan sebagai alasan untuk Hana menghubungi aku.
Kedua, boleh juga dijadikan sebagai alasan untuk Hana berjumpa dengan aku.
Dan yang terakhir kerana aku ni kan bakal suami dia mestilah kena menjaga barang dia.

Baru sahaja hendak masuk ke dalam perut kereta, tiba-tiba telefon milik Hana berbunyi.

Patut ke aku angkat?

Telefonnya berbunyi sekali lagi.

Mungkin aku patut jawab. Mana tahu jika ada kecemasan.

Di skrin telefon tertera satu nombor yang tidak dikenali dan tidak disimpan. Tanpa membuang masa aku segera menjawab panggilan tersebut.

"Hello?" sapa aku.

Tiada siapa yang menjawab.

"Hello?" sapa aku sekali lagi.

"To-tolong saya---" balas orang di hujung talian lalu kedengaran ada bunyi tangisan. "Tolong" katanya lagi sambil menangis teresak-esak.

Beberapa saat kemudian barulah aku dapat menangkap suara si pemilik di hujung talian.

"Hana awak di mana?!"

**********
a/n: so hello huhu sorry lambat update sebab sekarang ni tengah sibuk kerja part time dekat vivo jusco bukit indah *silalah visit ye* ada masa lagi kita akan update lagi eheh sorry bab ni tak menarik u.u jangan lupa vote!;)

Cinta MawarWhere stories live. Discover now