Bab 14

3.6K 100 0
                                    

"Yey you are pregnant! I am so excited. I want to-"

Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan kami ke rumah agam Ariz. Aku tidak memberikan sebarang perhatian terhadap apa yang diomelkan oleh Alisa. Dia terlalu gembira. Gembira kerana bakal menjadi makcik. Gembira kerana akhirnya aku bakal menjadi seorang ibu.

Siapa sahaja yang tidak gembira menerima cahaya mata daripada Allah SWT? Aku yakin semua orang pasti akan berasa gembira dan berkongsi saat-saat gembira ini bersama orang tersayang.

Aku turut berasa gembira. Ini yang aku mahukan pada hari pertama aku bergelar isteri kepada seorang insan yang bernama Ariz Isaac. Perasaan gembira ini hanya dikongsikan bersama Alisa, rakan karib ketika aku di luar negara. Aku tidak memberitahu pada sesiapa aku sedang kandungkan anak Ariz. Min, Sarah, ibu, ayah dan Ariz juga tidak tahu akan hal ini. Biarlah ia menjadi suatu rahsia. Aku mahu memberitahu perkara ini kepada Ariz dengan sendiri apabila dia telah pulang ke rumah.

Alisa terlebih awal lagi sudah faham aku tidak mahu perkara ini dihebohkan.

**
"Where is your husband? I felt it has been a four months since he didn't come to home." kata Alisa sambil melipat telekungnya selepas kami selesai menunaikan solat fardhu subuh.

"I-I don't know. Maybe he got some works to do." jawab aku sambil memandang gambar perkahwinan kami yang terletak elok di sebelah katil. Aku masih ingat betapa gembiranya aku disaat aku telah sah menjadi isteri Ariz, lelaki yang aku cintai. Bukan cinta, tetapi suka.

"And don't have time to come home? At least to check on you wether you are okay or not? What type of husband is that? Did he know that you are pregnant?" soal Alisa dengan nada yang marah. Alisa ialah seorang wanita yang paling benci jika ada seorang suami yang lebih pentingkan kerja berbanding rumahtangganya. "And the weird thing is, four months? Wow I didn't know he is a workaholic."

Aku hanya menundukkan kepala lalu menggeleng. Aku cuba untuk menahan air jernih di tubir mata ini mengalir di pipi. Alisa yang perasan akan perubahan pada aku segera mendekati aku lalu berkata, "Oh Hana, I'm sorry if my words are hurting you. I didn't mean it. I'm really sorry." Dia mengusap belakang aku dengan perlahan.

"No, no, it's okay. I just being too emotional." kata aku sambil cuba untuk mengukir sebuah senyuman.

"Can I ask you something?" soal Alisa sambil memandang wajah aku dengan penuh belas kasihan. Aku hanya mengangguk. "Tell me the truth, what is actually happen to your marriage?" Aku hanya mendiamkan diri. "Look, I am not trying to busybody about your life but- ugh I just don't see your husband at this home. If I hadn't come and visited you, I'm sure you'll be alone. Right? Hana, just tell me the truth. Please."

Aku sudah menjangkakan akan hal ini. Alisa pasti akan bertanya di mana Ariz dan apa sebenarnya yang telah terjadi pada kami kerana sudah empat bulan Alisa tinggal di sini untuk menemani aku. Dia tidak mahu duduk bersama keluarganya yang telah tiba di Malaysia sehinggalah aku selamat bersalin. Keluarganya pula kadangkala akan melawat kami di sini.

Alisa tidak pernah melihat Ariz di rumah ini dan aku juga tidak pernah bercerita tentangnya. Patutkah aku beritahu hal yang sebenar? Aku tidak mahu membuka aib Ariz. Tetapi Alisa ada hak hendak mengetahui hal ini. Dia sahabat aku. Dia jugalah yang menjaga aku selama tiada siapa yang mahu mendekati aku. Ariz tidak pulang ke rumah, Sarah menghilangkan diri, Min langsung tidak menghubungi aku dan ibu dan ayah pula sentiasa sibuk dengan urusan kerja mereka walaupun aku yang tidak pernah cuba untuk merapatkan diri dengan mereka. Hanya pada Alisa dan keluarganya sahaja tempat untuk aku bergantung dan berteduh menumpang kasih sayang.

Subuh itu, aku menceritakan segalanya pada Alisa. Aku tidak meninggalkan sebarang cerita pun. Daripada A sehingga Z. Tipulah jika aku tidak menangis. Alisa hanya mengusap belakang aku dengan perlahan. Dia menyuruh supaya aku berhenti bercerita jika aku tidak mampu menahan semua ini tetapi aku tetap teruskan juga. Jika aku simpan lebih lama, aku takut jika aku gagal untuk mengawal diri sendiri.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now