Bab 19

3.6K 133 3
                                    

Sudah dua bulan aku menetap di rumah Rayyan. Ini semua kerana permintaan umi yang tidak mahu berjauhan dengan aku. Katanya mahu membantu aku kembali semula ke jalan yang benar dan melindungi aku. Rayyan pula semakin jarang kelihatan di rumah ini. Seminggu hanya tiga kali dia berada di rumah. Tapi bagus juga.. Tak ada lah aku rasa kekok sangat kerana perlu berhadapan dengan dia tiap hari dan fitnah-fitnah juga tidak akan berlaku. Atau mungkin memang dah berlaku cuma belum sampai kepada aku.

Aku duduk di rumah Rayyan secara percuma? Tak mungkin! Rayyan ialah manusia paling kedekut pernah aku jumpa. Dia memberi amaran jika aku tidak mampu membayar sewa rumah, aku dialu-alukan untuk keluar dari rumah ini. Huh!

Aku bekerja separuh masa di kedai bunga yang berdekatan seminggu tiga kali. Bermakna ketika Rayyan berada di rumah, aku akan keluar bekerja. Aku mahu bekerja di syarikat yang besar kerana dengan kelulusan aku yang belajar di luar negara memang boleh sangat! Tetapi hasrat itu harus dibatalkan kerana jika aku bekerja sepenuh masa, siapa yang mahu menjaga umi selama Rayyan tiada di rumah itu? Keluarga Alisa juga ada mengajak aku bekerja di syarikat mereka kerana masih bersimpati dengan nasib aku tetapi aku menolak.

"Ambil duit ni." kata Rayyan sambil menghulur beberapa keping wang ringgit.

Aku mengerutkan dahi. "Untuk apa?" Aku masih tidak mengambil duit tersebut.

"Untuk belanja di rumah ni, takkan bagi kau pula." ujar Rayyan dengan nada yang keras.

Aku segera mengambil wang di tangannya lalu menyimpan wang itu di dalam laci. Ketika Rayyan baru sahaja mahu keluar dari bilikku, aku berkata "Duit sewa saya dah letak di dalam bilik awak."

Rayyan segera memalingkan mukanya ke arah aku. Wajahnya kelihatan seperti marah. "Kau masuk dalam bilik aku?" soalnya dalam nada separuh menengking.

"S-saya dah tunggu awak lama di rumah jadi sebelum berangkat pergi kerja saya bercadang nak tinggalkan dalam bilik awak je." terang aku sambil bermain dengan jari-jemariku.

"Apa lagi yang kau buat selain letak duit? Baik kau jujur!" Rayyan menyoal. Memang nasib aku agaknya sering ditengking oleh kaum lelaki.

"Sumpah saya hanya letak duit kemudian keluar dari bilik awak. Saya tak ada buat perkara lain."

"Kalau aku dapat tahu ada benda lain yang kau buat, nahas kau!"

Rayyan segera keluar dari bilik ini. Mujur umi tiada di rumah sekarang ini kerana mengunjungi Mak Mah. Jika tidak, memang sia-sia Rayyan dimarahi oleh umi kerana menengking aku. Masuk dalam bilik dia pun salah ke?! Huh, aku agak mungkin Rayyan ada menyimpan bahan yang tidak senonoh kerana itu dia tidak mahu aku masuk ke dalam biliknya. Dasar lelaki semuanya sama!

Aku membetulkan tudung bawal di kepala lalu terus keluar dari rumah dan memandu menuju ke tempat kerja.

(RAYYAN)

Selepas keluar dari bilik umi, aku bergegas ke bilik aku yang terletak di sebelah bilik umi. Di dalam hati aku berdoa agar Hana tidak jumpa apa-apa barang 'peribadi' aku di dalam bilik itu. Aku segera membuka laci di meja kecil sebelah katilku dengan harapan barang tersebut masih ada.

Aku berasa lega apabila melihat barang tersebut masih ada. Fuh, jika tidak pasti aku akan dibahan oleh Hana.

Aku teringat perbualanku dengan umi pada malam tadi. Pelbagai persoalan yang muncul di fikiran. Mengapa umi hendak melakukan perkara itu?

"Rayyan.." panggil umi ketika aku baru sahaja hendak masuk tidur.

"Ya? Umi mahu apa-apa?" soalku dengan sopan. Mungkin umi mahu makan.

Umi melabuhkan punggungnya di atas katilku. "Umi mahu cakap sikit dengan kamu." kata umi sambil mengukirkan senyuman. Aku hanya mengangguk. "Umi tak lama lagi dah tak ada di bumi ni. Bila-bila masa umi boleh pergi."

Cinta MawarWhere stories live. Discover now