Bab 36

4.1K 95 1
                                    

SEMOGA NUR AIN NABILAH BINTI ZUL HAFIDZ LULUS TRIAL SPM. AMIN.

Aku hanya termenung sambil memerhatikan di luar jendela. Ya Allah apalah nasib yang bakal menimpa ke atas diriku ini? Aku tidak tahu apa yang bakal Ariz lakukan lagi. Aku tak mampu lagi hendak menanggung semua penderitaan ini. Aku juga mahukan kebahagiaan seperti orang lain.

"Sayang, makanlah.." kata Rayyan yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.

Aku hanya menggelengkan kepala lalu air mataku berguguran sekali lagi. Rayyan hanya mengeluh dari jauh. Telah lima hari Rayyan berada di rumah. Setelah kejadian pada hari itu, Rayyan tidak pernah meninggalkan aku seorang diri. Ke mana sahaja aku pergi, pasti berteman. Katanya takut jika penjahat itu muncul lagi dan menyerangku. Namun dia tidak tahu, penjahat itu ialah rakan baiknya sendiri, Ariz.

Entah sampai bila aku akan merahsiakan tentang hal ini. Aku berasa takut. Aku takut jika Rayyan tahu pelaku segala kejahatan ini ialah Ariz, dia akan menyerang Ariz. Kemudian Ariz pula akan menyerang aku kerana berasa tidak puas hati. Selalu sangat cerita Melayu jadi seperti itu. Aku benar-benar buntu dan tidak tahu apa yang harus aku lakukan.

"Sejak abang balik, sayang tak pernah makan. Kenapa ni?" kata Rayyan lalu melabuhkan punggungnya di sebelahku. Tangannya memeluk aku dari belakang.

"Tak ada apa-apa." balasku lalu menyeka air mata.

"Still fikir pasal kejadian hari tu? Kan abang dah pasang bodyguard untuk sayang. Ketika abang ada, abang jadi bodyguard sayang. Tapi bila abang tak ada, Alisa pula yang akan jaga sayang. Nak risau apa lagi?"

"Abang dan Alisa tak akan selamanya ada untuk jaga saya. Bila-bila salah seorang akan pergi juga." kata aku sambil menundukkan kepala.

Rayyan memegang tanganku lalu berkata, "Yes itu betul. But sementara masih ada, abang janji akan jaga sayang selagi abang bernyawa. No one can hurt my princess. Okay?" Rayyan memegang daguku agar mata kami bertentangan.

Aku hanya mengukirkan sebuah senyuman. Pandai betul dia berkata-kata walaupun ayat sangat hambar.

Aku tidak menaruh harapan yang tinggi untuk Rayyan terus berada di sisi aku. Manusia hanyalah pinjaman daripada Allah SWT. Bila-bila sahaja Allah akan memanggil kita untuk pergi meninggalkan dunia yang penuh dengan pancaroba ini. Sejak kecil lagi, begitu ramai hamba Allah yang mengatakan mereka akan sentiasa berada di sisiku. Namun hakikatnya? Setengah daripada mereka telah pun pergi. Aku tahu, aku harus berdikari dan berhadapan dengan makhluk seperti Ariz seorang diri. Aku tidak boleh mengharapkan bantuan daripada sesiapa kerana tiada siapa yang dapat menolong.

Rayyan?
Rayyan tidak akan mampu menolong kerana Ariz merupakan sahabat baiknya. Siapa sahaja yang sanggup menyakiti sahabat baik mereka? Hanya golongan yang suka tikam belakang kawan je gemar buat begitu. Tak fikir langsung tentang perasaan kawan.

Alisa?
Alisa tidak kenal lagi dengan perangai Ariz yang sebenar, bagaimana dia mahu menolong? Dia juga ada kehidupan sendiri bersama orang tersayang. Takkan pula mahu menghabiskan masa tersebut dengan menjaga orang seperti aku?

Sarah?
Sarah juga tidak akan dapat membantu kerana dia jugalah yang mencipta Ariz nenjadi seperti ini. Tambahan pula, Sarah sekarang berada di pusat pemulihan akhlak wanita.

Aku---

"Hey, termenung apa tu?" sergah Rayyan.

Di tangannya terdapat pinggan yang berisi nasi dan lauk ikan. Di sebelah tangan lain pula ada segelas air sirap. Aku hanya memandang Rayyan dengan pelik. Tadi dah makan pun masih mahu makan lagi?

"Apa pandang-pandang? Ni untuk awaklah bukan untuk kita." kata Rayyan sambil mengajuk suara budak kecil. "Nah, makan ni. Tak makan...... siap kita kerjakan awak!" sambungnya lalu menghulurkan pinggan dan gelas tersebut. Aku mengambil kedua barang itu lalu meletakkan di atas pehaku. Aku hanya melihat makanan tersebut. Seleraku benar-benar telah hilang sejak kebelakangan ini. Bukannya aku sengaja tidak mahu makan, tapi memang kerana tidak ada selera! Di tambah pula dengan kepala yang pening...

"Hello, makanan tu bukan untuk ditenung. Haih, nak orang suap lah tu." Rayyan segera mengambil pinggan itu. "Buka mulut, aaaaaaaa" kata Rayyan lalu menyuapkan aku nasi seperti budak kecil. Aku hanya tersenyum. Sudah lama tidak menjadi budak kecil.

Beberapa saat setelah aku menelan nasi tersebut, tekak ku terasa sangat mual. Seperti ada benda yang mahu keluar dari mulutku. Tiba-tiba, pantas kakiku berlari mencari bilik air. Setelah tiba di bilik air, segera aku memuntahkan balik segala isi kandungan yang terdapat di dalam perut. Rayyan yang baru tiba di bilik air mengurut belakang badanku dengan perlahan. Dia mengatakan sesuatu tetapi tidak begitu jelas kerana aku begitu fokus dengan diri aku sahaja.

Setelah selesai, Rayyan memapahku untuk baring di atas katil. Dia segera menyuruhku minum air masak dengan banyak.

"Itulah, orang suruh makan sebelum ni tak nak. Kan sudah masuk angin perut tu. Ish dia ni. Dah besar tu cubalah jangan degil sangat. Umur dah 30 an tapi perangai macam 3 tahun je. Tak faham betul lah. Ni dah sakit siapa yang susah? Abang juga. Lain kali----"

Bebelan Rayyan semakin lama menjadi semakin samar-samar di telingaku. Bukannya taknak, tapi memang tidak ada selera... Mataku pula semakin tertutup rapat ketika Rayyan mengurut dahiku dengan penuh kasih sayang.

********************
Pada malam itu lagi sekali aku berlari ulang alik ke bilik air kerana sering muntah. Tidak makan pun muntah juga. Pelik. Rayyan pula menjadi semakin risau.

Rayyan mengambil keputusan untuk membawa aku ke klinik yang berdekatan kerana amat risau jika ada benda buruk yang berlaku. Tak sanggup kehilangan kita lah tu. Sepanjang perjalanan, Rayyan asyik membebel tentang betapa pentingnya untuk kita makan! Kemudian dia merengek seperti budak kecil kerana takut ada benda buruk yang berlaku. Kemudian dia membebel pula tentang perut masuk angin. Hm, barangkali suami aku mempunyai penyakit dua identiti tu.

Setelah tiba di klinik, kami sangat beruntung kerana tidak ramai orang pada waktu itu. Selesai sahaja doktor melihat keadaan perutku, dia menyuruh aku duduk di kerusi pula. Hati aku menjadi tidak sedap. Aku seperti teringat akan kejadian seperti ini. Cuma kurang jelas di ingatan.

"Macam mana dengan isteri saya doktor? Dia ada penyakit yang berbahaya ke?" soal Rayyan dengan riak wajah yang risau.

Doktor yang berada di depan kami hanya tersenyum. "Jangan risau, isteri encik tidak ada apa-apa perkara buruk yang berlaku ke atas dirinya. Cuma---"

Tiba-tiba aku teringat akan kejadian ini. Aku ingat! Aku pernah melalui situasi ini cuma dengan orang dan tempat yang berlainan.

"--tahniah, encik bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi." ujar doktor itu dengan sebuah senyuman gembira di wajahnya.

Rayyan juga turut tersenyum gembira. "Alhamdulillah, Ya Allah. Sayang, kita bakal dapat baby!" Rayyan terus memeluk ku dengan teruja sekali.

Dan aku, hanya mampu menunjukkan ekspresi wajah yang takut.

Takut untuk mengandung.

Takut jika perkara yang lama berulang kembali.

****************************
a/n; hi! sorry sebab lambat sangat update. alasan pertama, study sebab dah nak trial spm. alasan kedua, kena study sebab sekarang dah trial!!!! daripada semalam (14/8) dah start actually, ni pun curi-curi update and idea ni datang tadi k haha well, wish me luck guys!💕 xoxo jangan lupa untuk vote!;)

Cinta MawarWhere stories live. Discover now