Bab 39

8.1K 110 6
                                    

Aku tidak sedar yang aku telah ditembak sehinggalah aku melihat wajah Rayyan yang terpana dengan kejadian itu. Tapi aku dapat merasakan kesakitan di pinggangku yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Aku melihat ke bawah dan melihat banyak darah yang mengalir keluar. Kepalaku menjadi pening dengan keadaan itu.

Aku cuba untuk bernafas tetapi saluran pernafasanku tidak mahu memberi pertolongan pada waktu ini. Ia seperti sedang mengkhianati aku. Di mana saluran pernafasan yang sentiasa ada bersama dengan aku pada waktu sebelum ini? Mengapa pada saat ini baru dia hendak mengkhianati aku?

Ketika itu juga aku rebah jatuh ke muka bumi.

Badanku menjadi kebas. Aku tidak dapat merasa sebarang kesakitan lagi. Akhirnya, Allah memakbulkan doa hambaNya yang tidak mahu merasa kesakitan lagi.

Penglihatanku menjadi semakin kabur. Suara orang-orang disekeliling yang menjerit pula hanya samar-samar di pendengaranku. Aku tidak tahu apa yang mereka katakan.

Aku dapat mendengar seseorang menjerit memanggil namaku dan berlari ke arahku. Tapi siapakah orang itu?

Aku cuba untuk melihat dengan jelas. Oh, orang itu ialah suamiku sendiri, Rayyan. Aku dapat merasakan dia memangku kepalaku di pehanya. Ah, akhirnya aku dapat baring di peha Rayyan setelah sekian lama tidak buat begini.

Aku dapat melihat ketakutan di matanya dan air matanya yang mengalir. Dia menggenggam tanganku dengan kuat dan mula menjerit tetapi aku tidak pasti apa yang dia jerit. Adakah Rayyan takut kehilanganku?

Aku mula berasa seperti mengantuk. Suara Rayyan pula semakin lama terasa seperti semakin jauh di pendengaran telingaku. Kelopak mataku pula seperti memaksa untuk menutup dan aku hanya membiarkan perkara itu berlaku. Aku tidak mampu hendak melawan. Aku juga tidak mampu hendak buat apa-apa. Aku redha dengan ketentuan Allah jika aku harus pergi selama-lamanya dari muka bumi ini. Aku cuma berharap anak di dalam kandungan ini dapat diselamatkan.

***********
(RAYYAN)

Aku mula mengatur langkah hendak menuju ke kereta ku setelah membeli sedikit barang di kedai. Bila berjauhan dengan isteri semakin susah pula hidup aku.

Isteri? Layakkah orang seperti aku ada isteri? Atau layakkah orang yang bergelar isteri itu digelar isteri?

Semasa dalam perjalanan, aku terlalu khusyuk melihat telefonku sehingga tidak sedar aku terpijak suatu benda di atas jalan. Aku melihat ke bawah dan barulah aku perasan rupanya aku terpijak telefon orang. Aku mengerutkan dahi. Telefon siapa pula yang kena tinggal ni? Maybe terjatuh kot.

Aku mengangkat telefon itu. Kenapa aku macam kenal telefon ini? Aku membelek telefon tersebut dan apa yang membuatkan aku terkejut ialah ketika aku melihat di skrin telefon tersebut. Gambar di skrin itu ialah gambar aku dan Hana.

Bagaimana telefon Hana boleh berada di sini? Ketika itu juga tiba-tiba telefon Hana berdering dan nama yang tertera di situ ialah nama Alisa. Aku segera mengangkat.

"Hello?" sapaku.

"Hi, who is this? Please help me! My friend are in---"

"Hey Alisa, relax. This is Rayyan. What happened?" kata aku yang memotong percakapan Alisa di hujung talian. Suaranya jelas menunjukkan yang dia sedang cemas.

"Please go call the police! Hana is in danger! Please! Hurry up!" kata Alisa dengan cemas.

Ketika itu juga aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. "What do you mean? What has happen to her? Why the hell her phone are in the street?! Where have she been?" soal aku dengan bertubi-tubi. Apa yang telah terjadi pada Hana? Mataku melilau mencari kelibat Hana di sekeliling. Mungkin aku akan ternampak Hana. Perasaan aku pada waktu itu tidak dapat digambarkan. Aku menjadi risau jika ada sesuatu yang berlaku kepada Hana.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now