Bab 29

4.1K 132 4
                                    

(MAWAR)

Aku membuka mataku secara perlahan-lahan. Penglihatanku masih lagi kabur.

Di mana aku berada?

Bagaimana aku boleh berada di sini?

Siapa yang membawa aku ke sini?

Persoalan itulah yang bermain di minda ku ketika melihat sekeliling.

Aku berada di dalam bilik yang kotor. Warna cat di dinding sudah semakin pudar. Tingkap pula hanya ada tingkap yang kecil.

Oh tidak. Aku kena culik ke?

Aku mula cemas. Syukur tangan dan kakiku tidak di ikat. Lega kerana sekurang-kurangnya aku boleh mencari jalan untuk keluar dari tempat ini dan jika si penculik itu masuk, aku boleh memukul dia. Bodoh sungguh si penculik itu kerana tidak mengikat kedua-dua tangan dan kakiku.

Tapi, alamak! Aku lupa skill silat aku!

Jantung aku mula berdegup dengan laju.

Apakah motif si penculik itu mahu menculik aku?

Mahu wang tebusan? Sayangnya aku sudah tiada sesiapa di dunia ini maka dengan siapa lagi dia mahu meminta wang tebusan?

Mahu mengambil organku? Ya Allah, ambil sahajalah.. Aku ikhlas menderma. Huhu.

Atau.... mahu dijadikan sebagai pelacur di luar negara?

Ya Allah, Mawar Hana! Waktu begini pun mahu berfikir benda mengarut ke? Patutnya aku berfikir siapa yang menculik aku dan di manakah aku berada kali terakhir tadi.

Setelah berfikir beberapa saat, baru lah aku mula ingat di mana aku berada sebentar tadi.

Tiba-tiba pintu bilik tersebut di buka oleh seseorang yang aku sangat kenal!

"Ariz!"

"Hello sayang, dah bangun?" soal Ariz dengan senyuman yang paling menyampah aku lihat di muka bumi ini. Dia mengatur langkah menuju ke arah aku.

Aku terus berdiri lalu berkata, "I nak balik."

"Balik? You dah balik lah ni sayang." jawab Ariz sambil tersenyum menyeringai. "Rumah I, rumah you juga. I miss you." sambungnya.

Mataku terbeliak mendengar kata-katanya. Dah gila ke??!! "Apa yang you merepek ni? Rumah I bukan di sini. I nak balik!!"

Riak wajah Ariz masih lagi tenang seperti tadi. Sikit pun tidak berubah. "I rindu isteri yang paling I sayang." katanya lalu mendepakan tangan seolah-olah mahu memeluk aku.

Aku mula melangkah ke belakang perlahan-lahan. "You ni dah gila! Kita dah lama bercerai! Tolonglah sedar."

"Siapa kata kita dah bercerai?! Kita tak pernah bercerai!! You are mine and forever mine!!!" teriak Ariz. Wajahnya kini sudah bertukar menjadi warna merah. Ariz yang sedang berdiri di hadapan aku sangat berlainan dengan Ariz yang pernah aku kenali pada waktu dahulu.

"Aku bukan isteri kau!" balas aku yang juga sedang marah.

Tiba-tiba tapak tangan Ariz melekap di wajahku sehingga membuat kepalaku pening. Dia menampar wajahku dengan kuat sehingga pipiku terasa pijar. Aku yang tidak bersedia dengan tamparan itu berasa terkejut lalu jatuh terduduk. Api kemarahan di dalam diri aku semakin membuak apabila Ariz menyakiti aku sekali lagi.

"Kau memang sial! Jantan tak guna!!" marah aku sambil memegang pipiku. Air mataku laju mengalir di pipi.

"I buat semua ni demi kebahagiaan kita! Kenapa you tak pernah sedar!? Kenapa you tak pernah hargai??!! I sayang you! Tapi kenapa you buat I begini? Kenapa?" soal Ariz yang kini melutut di hadapan aku.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now