Bab 7

3.8K 118 3
                                    

Aku memerhatikan gelagat dua beranak di hadapan aku ini. Ariz tidak berhenti menerangkan segalanya tentang kami tetapi Puan Suzana sering memotong lalu memarahi puteranya kerana tidak memperkenalkan aku kepada ahli keluarga yang lain.

"Ibu, percayalah yang—"

"Ibu tetap tidak akan percaya! Hubungan kamu dengan Alya ketika kamu di universiti pun kamu rahsiakan. Guna ayat yang sama." kata Puan Suzana.

Alya? Siapa pula wanita itu? Mengapa Puan Suzana hendak mengaitkan wanita yang bernama Alya dengan hal ini?

"Please jangan sebut nama dia lagi. Dia lain."

"Apa yang lain? Kali ini ibu nak kamu bawa Mawar berjumpa dengan semua keluarga kita. Jangan tahu bawa ke rumah sendiri je."

Mata aku terbeliak disaat aku terdengar kata-kata Puan Suzana. Amboi, teruk sangat ke aku ni?

"Ibu, kami—"

"Esok bawa Mawar ke majlis doa selamat ibu. Jika tiada, kamu tunggu nasib kamu." Kata Puan Suzana, memberi amaran kepada satu-satunya putera tunggal keluarga Abdullah Isaac. Wanita tua itu mengatur langkah menghampiri aku yang sedari tadi hanya memerhatikan mereka di atas sofa yang sangat empuk ini.

"Ibu minta maaf  ya kerana kamu terpaksa melihat pergaduhan kecil kami." ujar Puan Suzana sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Dia mengusap kepala aku persis seorang ibu yang selalu melakukan perkara itu kepada anaknya. Seperti umi juga.

"Tidak mengapa. Salah Mawar juga. Jika Mawar tidak pergi ke rumah Ariz, mungkin perkara ini tidak akan terjadi." kata aku dengan nada suara yang sopan. Aduh, ini bukan Mawar jika bercakap dengan nada seperti itu. Fake!

"Janganlah kata begitu. Ini bukan salah Mawar. Hm, esok jangan lupa datang ke majlis doa selamat ibu ya? Ibu yakin Ariz tidak memberitahu kamu tentang hal ini." Aku dapat lihat wajah Ariz yang mencuka sewaktu ibunya berkata seperti itu. "Ibu pulang dulu ya? Ada banyak benda lagi hendak diuruskan. Esok lusa jika ada waktu lapang kita berborak lagi, ok?"

Aku hanya mengangguk lalu menyambut huluran tangan Puan Suzana. Aku mencium tangan itu. Entah mengapa pada ketika itu ada suatu perasaan yang aneh terbit di sudut hati aku yang paling dalam. Perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Sudah lama aku tidak mencium tangan wanita yang bergelar ibu. Semasa aku berada di negara orang, aku tidak pernah melakukan perkara ini. Sekali pun tidak. Aku hanya mencium pipi keluarga angkat aku. Aku sering melakukan perkara ini ketika aku masih lagi di bawah jagaan umi. Rindunya pada umi. Bila aku hendak melawat umi? Umi pasti rindu aku.

Aku melihat Puan Suzana keluar dari rumah agam ini. Aku mula mengemas segala barang aku. Tak kuasa hendak duduk di sini lama-lama.

"Eh, dah nak balik? Kita belum bincang—"

"Nanti I suruh Ashraf yang handle. I nak rest." kata aku yang tidak memberi peluang kepada Ariz untuk menghabiskan ayatnya.

"Okay, tapi you tunggu sebentar boleh? I ada hal nak bincang dengan you. Tapi bukan di sini."

Aku hanya mengangguk kepala. Kemudian Ariz berlari anak menaiki anak tangga menuju ke atas. Barangkali hendak ke biliknya.


"You gila ke?!" teriak aku lalu sepantas kilat aku menutup mulut aku kerana baru tersedar kami berada di sebuah kafe.

"Please. I merayu sangat. Tolonglah I." Ariz sebaik mungkin cuba membuat mimik muka minta simpati.

"I tak nak. Kita boleh je terangkan pada ibu you bahawa hubungan kita ni hanyalah kawan atau lebih tepat you ni pelanggan di butik kawan I and then I ni pekerja yang harus menguruskan urusan you tu dan pagi tadi kita secara tidak sengaja terbuat aksi tadi. Senangkan? Tak perlulah sampai I ni kena menyamar jadi girlfriend you. Euw, please lah." kata aku sambil mengerutkan dahi. Walaupun aku suka pada Ariz, tidak pernah lagi terlintas di benak fikiran aku mahu menjadi kekasih hati dia. Dia ni PLAYBOY! Mahu hancur hati aku setiap kali memikirkan dia yang sedang menggatal dengan wanita lain. Tak sanggup! Jika boleh, biarlah aku sahaja yang berada di dalam fikirannya bukan 'bitches' yang lain.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now