Bab 6

4.5K 121 0
                                    

Aku memandang wajah lelaki di sebelah aku dengan pelik. Kami berada di dalam sebuah kereta. Siapakah dia? Bagaimana aku boleh bersama lelaki yang aku tidak kenal di dalam satu kereta? Apa yang telah terjadi? Lelaki di sebelah aku seperti sedang berkata-kata tetapi aku tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dituturkan. Semuanya seperti samar-samar. Ke mana dia ingin membawa aku pergi? Pelik, aku langsung tidak boleh bersuara. Suara aku tidak mampu untuk keluar. Ia seperti tersangkut. Tetapi aku pasti lelaki di sebelah aku sedang bercakap dengan aku.

Tiba-tiba ada cahaya yang sangat terang semakin lama semakin menghampiri ke arah kami. Aku tidak pasti cahaya apakah itu. Tidak lama kemudian, aku terasa seperti di rempuh di belah kanan. Aku pasti itu datangnya daripada cahaya yang aku nampak sebentar tadi. Semuanya kelihatan berpusing. Aku dengar jeritan tetapi aku tidak tahu dari arah mana dan siapa yang menjerit. Seluruh tubuhku terasa sakit. Aku dapat lihat beberapa serpihan kaca terpacak di peha dan tanganku. Darah mengalir dengan banyak. Aku yakin kepalaku juga mengalami pendarahan yang teruk kerana aku dapat melihat beberapa titisan darah mengalir. Mungkin terdapat lebih banyak cuma aku sahaja yang tidak boleh melihat. Tetapi aku bingung. Aku bingung mengapa aku tidak merasa sakit. Langsung.

Aku menoleh ke sebelah kiri untuk melihat keadaan lelaki yang tidak dikenali itu. Keadaannya sangat teruk. Kepalanya berada di stereng kereta. Badannya pula terhimpit dengan kerusi dan dipenuhi dengan darah yang banyak. Matanya tertutup rapat.

Apa yang terjadi? Aku cuba untuk keluar daridapa kenderaan yang telah remuk ini tetapi tidak berjaya. Badanku semakin lama seperti semakin lemah. Penglihatan aku pula semakin lama semakin kabur. Aku tidak boleh melihat dengan jelas. Kepala aku terasa pening. Sangat-sangat pening sehinggalah aku tidak nampak apa-apa. Semuanya gelap.

"Mawar," aku terus terjaga daripada tidur yang tidak seberapa lena kerana dikejut oleh Min. Aku bermimpi rupanya. Tapi kenapa macam benar-bebar terjadi?

"Weh, kau okay tak?" soal Min lalu duduk di sisi katil aku. "Kau mengigau tadi." sambungnya.

"Aku mengigau apa?" soal aku sambil berkerut dahi. Setahu aku, sudah lama aku tidak mengigau ni.

"Entah, kau macam menjerit marah seseorang tapi aku tak pasti siapa dan apa yang kau cakap pun tak beberapa jelas. Suara kau boleh dengar sampai ke bilik aku. Risau aku tau. Aku fikir siapalah yang ganggu kau atau ada pencuri ke. Bila aku sampai je tengok kau menangis walaupun dalam tidur lepastu macam sesak nafas." kata Min.

"Kau tak dengar langsung ke aku cakap apa?" soal aku.

"Tak sangat. Kenapa? Kau mimpi apa?"

"Entah, lupa. Tak jelas apa yang aku mimpi tu." balas aku acuh tidak acuh.

"Hm, yalah. Aku balik ke bilik aku semula tau? Bye,"

Aku memejamkan mata, cuba untuk kembali tidur semula. Namun tidak berjaya kerana ingatan aku masih lagi segar dengan mimpi tadi. Berkali-kali aku cuba untuk tidur tetap juga tidak berjaya. Aku hairan.

Aku bingkas bangun dan turun dari katil lalu menuju ke kamar mandi. Aku mencuci mukaku lalu melihat wajah aku di cermin. Kenapa mimpi sebentar tadi terasa seperti benar-benar terjadi? Siapa lelaki itu? Bagaimana aku boleh bersama dia? Bagaimana kami boleh terlibat di dalam kemalangan jalan raya?

Merepek. Itu hanya mimpi. Mainan syaitan. Astaghfirullahaladzim. Sejak bila aku peduli dengan mimpi aku?

"Cik Mawar, tadi ada seseorang minta saya berikan bunga ni kepada cik Mawar." ujar Ashraf ketika aku baru sahaja hendak masuk ke dalam bilik aku.

Aku mengerutkan dahi lalu mengambil sejambak bunga mawar itu. "Siapa yang beri?" soal aku.

"Entah, dia tak ada pula kata siapa nama dia. Peminat cik Mawar agaknya." kata Ashraf sambil tersenyum.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now