Bab 12

4.2K 136 2
                                    

(DUA TAHUN KEMUDIAN)
(MAWAR)

Sebaik sahaja terlihat kelibat Min dan Sarah, aku terus berlari anak ke arah mereka kemudian memeluk mereka dengan erat. Aku tidak peduli lagi apa orang sekeliling akan fikir.

"Mawar! Kenapa ni?" soal Min sambil mengusap belakangku.

"Ya Allah, Mawar! Kenapa dengan engkau?" soal Sarah pula yang telah melepaskan pelukan lalu membelai kepalaku.

Tanpa disedari, air mataku laju mengalir. Aku tidak dapat menahan ia daripada keluar. Air mata yang sering mengalir, air mata yang tidak dapat ditahan di tubir mata, air mata yang sering menjadi penemanku dikala duniaku haru biru dan air mata yang sering menjadi saksi segala derita di dalam hidupku. Aku tidak pernah menunjuk apa yang aku rasa di hadapan khalayak ramai termasuklah Sarah, Min serta ibu dan ayah. Aku tidak mahu dikatakan seorang wanita yang sering inginkan perhatian. Jadi kerana itulah aku selalu pendam. Pendam sehingga aku mampu. Hanya seorang insan yang tidak berhati perut pernah dan sering melihat air mata ini mengalir. Siapa lagi jika bukan Ariz? Dan hari ini aku tidak mampu lagi hendak memendam semua rasa di hati. Aku ingin meluahkan segalanya pada Min dan Sarah. Dua orang sahabat yang aku sangat percaya.

Min dan Sarah membawa aku duduk di bangku yang terdapat di taman yang menjadi tumpuan orang ramai. Aku mengelap pipi aku yang dibasahi dengan air mata. Mujur aku tidak memakai sebarang alat solek ketika hendak keluar dari rumah tadi. Jika tidak, pasti muka aku kelihatan sangat comot!

"Aku minta maaf sebab dah rosakkan pakaian kau dengan air mata aku ni." ujar aku lalu menunjuk kesan-kesan basah di baju Min.

"Tak apa, aku tidak kisah. Kalau kau nak basahkan seluruh baju aku ni dengan air mata kau pun tak apa, janji kau rasa lega dan ok." jawab Min dengan senyumannya yang bisa membuat hati para lelaki cair.

"Sebab inilah aku sayang kau sangat-sangat!" aku terus memeluk Min dengan erat. Sarah berdehem lalu berkata, "Min je? Aku?" aku tersenyum lalu menarik Sarah untuk memeluknya juga. "Sayang juga."

"So, what happened? Kenapa kau menangis tadi?" soal Sarah sebaik sahaja pelukan kami tadi dilepaskan.

"Aku tak tahu hendak mula dari mana. Semua cerita yang aku hendak kongsi macam sedang bercelaru di fikiran aku." kata aku sambil bermain dengan jari jemari aku sendiri.

"Perlahan-lahan okay? Kami tidak paksa kalau kau tidak mampu nak luahkan." kata Min lalu menepuk bahu aku dengan perlahan.

"Kau mula je dari mana-mana. Nanti pandai-pandailah kitaorang fikir." kata Sarah pula.

Aku tersenyum lalu menarik nafas sebelum memulakan cerita yang panjang. "Perkahwinan yang aku harapkan bahagia selamanya tidak seperti apa yang aku inginkan." Min yang berada di sebelah kananku dan Sarah yang berada di sebelah kiriku mengerutkan dahi mereka. Aku menahan diri supaya tidak lagi menangis. Aku menceritakan apa yang telah terjadi kepada mereka berdua.

*****

Aku menyediakan sarapan seperti biasa pada pagi itu. Aku melihat Ariz baru sahaja menuruni anak tangga sambil memicit kepalanya.

"Sayang, jom breakfast." ujar aku sambil menuang air kopi ke dalam cawan.

"I tak lapar." kata Ariz lalu menuju ke ruang tamu. Ariz melabuhkan punggungnya di atas sofa. Aku mengikut Ariz sambil membawa secawan kopi untuknya.

"Kenapa ni? You selalunya makan pagi. Nanti you sakit perut lagi macam mana?" soal aku dengan suara yang penuh dengan kerisauan.

"I kata I tak nak. Tak faham ke?" kata Ariz dengan nada suara yang marah. Aku terdiam sebentar. Suara Ariz tidak pernah begini dengan aku.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now