Bab 30

4.7K 117 20
                                    

a/n; HIIIII I'M BACCKKKK!!!! huhuhu sorry lambat updateeeee T^T nah bacalah cerita yang penuh dengan kesalahan tatabahasa. btw, HAPPY HOLIDAY SEMUAA :*

*******************
Sudah seminggu aku dirawat di rumah Suhana. Ini semua kerana Rayyan. Walaupun kecederaan yang dialami oleh aku tidak begitu teruk, aku tetap mendapat layanan seperti seorang anak raja. Setiap hari Rayyan akan melawat aku di sini untuk bertanya khabar dan membantu apa yang patut. Suhana pula akan sentiasa berada di sisi. Itu juga salah satu arahan daripada Rayyan.

"Pastikan Hana breakfast setiap pagi. Jangan bagi dia terlepas makan. Pastikan dia dirawat dengan baik. Kalau tak, aku saman kau! Jangan tinggalkan dia seorang diri." --dan banyak lagi. Itulah antara arahan yang diberikan oleh Rayyan kepada Suhana hampir setiap kali jika dia datang ke sini.

"Rayyan ni dah macam suami Hana pula asyik pot pet pot pet suruh kita buat itu ini. Haih, pening Su nak dengar kata dia tu." omel Suhana sambil mencuci pinggan mangkuk yang kotor di singki.

Aku tersenyum lalu berkata, "Tak perlulah dengar apa yang dia suruh buat. Hana boleh buat semua dengan sendiri."

"Eh bahaya kalau Su biarkan Hana buat dengan sendiri. Nanti kalau buah hati Hana tu dapat tahu, silap silap esok lusa badan Su dikerat 18 oleh dia."

"Eh siapa pula buah hati Hana?" soal aku dengan bingung sekali. Bila masa pula aku ada buah hati ni?

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Si Rayyan tulah siapa lagi?" usik Suhana sambil mencuit bahu aku. "Rayyan tu betul-betul ambil berat tentang Hana. Kalau Su tak beritahu dia info tentang Hana, dia mesti akan membebel atau call Su tanpa henti. Hana sangat beruntung dapat lelaki yang macam Rayyan. Bukan senang zaman sekarang ni nak jumpa lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk perempuan yang dia sayang."

Aku hanya terdiam. Aku beruntung dapat lelaki seperti Rayyan, tetapi adakah Rayyan juga beruntung dapat wanita seperti aku?

Masa silam aku sangat teruk. Aku tak sanggup hendak memberitahu Rayyan dari awal kisah hidup aku sehingga aku bertemu dengan Rayyan. Mawar Hana yang sekarang bukanlah Mawar Hana yang dahulu. Aku yakin Rayyan pasti akan tinggalkan aku juga jika dia tahu siapa diri aku yang sebenar.

Suhana melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Tangannya memegang tanganku dengan erat kemudian berkata, "Su tahu tentang Rayyan yang selalu berkata nak jadikan Hana sebagai isteri dia. Bagi Hana, mungkin itu hanyalah gurauan semata-mata. Tapi bagi Rayyan tak. Dia memang akan maksudkan apa yang dia cakap. Hana cubalah untuk terima dia perlahan-lahan dalam hidup Hana. Kalian berdua sama-sama memerlukan kasih sayang daripada seseorang. Walaupun Su baru sahaja kenal Hana tapi Su tahu Hana juga mesti ada menyimpan sedikit perasaan buat Rayyan. Yalah, siapa je tidak suka pada lelaki yang sangat bertanggungjawab seperti Rayyan tu?"

Aku mengeluh dengan panjang. Bukannya tidak mahu terima cuma aku tidak bersedia. Apa yang pernah terjadi kepada perkahwinan yang lama masih menghantui diriku. Bagaimana jika Rayyan sama seperti Ariz?

"Entahlah Su. Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni. Bukan senang nak percaya pada orang yang baru sahaja kita kenal. Lagipun, cara Rayyan tidak menunjukkan pun yang dia mahu saya menjadi isteri dia. Jadi, lebih baik kalau saya diam dan tidak buat apa-apa." kata aku dengan lembut sekali. Aku menguntumkan sebuah senyuman untuk Suhana. Semoga dia faham dengan apa yang dimaksudkan olehku.

*******************
Setelah kejadian yang menjadi mimpi ngeriku, Rayyan tidak lagi membenarkan aku pergi dan pulang dari kerja bersendirian. Bermakna dia akan menghantar dan menjemputku. Wah, terasa seperti ada driver pula. Driver yang tidak berbayar. Kata kak Hartini, Rayyan sudah seperti suami aku pula. Huh, tak ada maknanya!

Cinta MawarWhere stories live. Discover now