Bab 25

4.3K 118 6
                                    

Aku membetulkan posisi tudungku sebelum melangkah keluar dari ruangan solat itu. Agak lama juga aku bertapa di dalam sehingga terlupa tentang Rayyan yang akan datang menjemputku dalam masa 10 minit lagi-- atau sebenarnya 20 minit yang lepas.

Rayyan pasti akan membebel tidak henti kerana aku sangat lewat dan tidak menepati masa.

Ah! Tidak mungkin dia akan tiba tepat 10 minit. Paling kurang pun baru sekarang dia muncul. Biasalah, janji melayu.

Atau dia sebenarnya memang seorang yang menepati masa.

Kerana--- sebaik sahaja aku tiba di bahagian hadapan kedai ini, aku dapat melihat dengan jelas susuk tubuhnya yang tinggi dan sasa. Aduhai. Tangannya bersilang di dada. Matanya pula tajam memandang aku. Dahinya berkerut seribu.

Bagus Mawar bagus. Ini menempah maut namanya.

Aku mendekati Rayyan dengan perlahan lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis yang boleh ku ukirkan pada waktu ini. "Hai. Sudah lama sampai?" soalku.

"Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula." jawab Rayyan dengan sinis. Amboi, berperibahasa pula dia ni. "Apesal lambat? Lama tahu tak aku tunggu kau?"

"Maaflah. Saya sedang solat tadi sebab tu saya terlambat. Lagipun saya tak ada janji yang saya akan keluar tepat 10 minit awak tu." jawab aku dengan bersahaja.

"Senang je kau balas? Aku telefon kau tak jawab. Hantar whatsapp pun tak balas. Kau fikir aku ni apa? Aku tunggu kau lama tapi ini yang kau balas pada aku? Penat tahu tak? Aku seperti orang bodoh tunggu benda yang memang tak akan datang. Kau seronok buat macam ni pada aku? Seronok?! Aku---"

"Awak ni kenapa? Saya dah kata yang saya solat sebab tu saya lambat. Kalau dah namanya pun solat mestilah saya tak boleh jawab panggilan daripada sesiapa pun. Saya tak ada janji nak pergi lunch bersama, keluar bersama atau apa-apa jelah! Awak yang perasan lebih! Sekarang ni awak mahu salahkan saya pula?" Marah aku pula. Entah mengapa tetapi ayat Rayyan seperti ingin menyampaikan maksud lain. Huh, lambat berapa minit tetapi marahnya seperti aku tidak muncul langsung.

Rayyan mencengkam rambutnya. Wajahnya bertukar menjadi warna merah. Mungkin dia sedang menahan marahnya.

"Hana, I'm so sorry. Aku tak ada niat nak---"

"Lebih baik awak diam," Aku memotong ayat Rayyan. "saya tak mahu dengar suara awak, tak mahu jumpa awak dan tak mahu lihat wajah awak lagi! Berambus dari sini sekarang!" Aku segera menolak tubuh Rayyan yang lebih besar daripada aku dengan segala kudrat yang ada.

"Hana, dengar---"

"Pergilaaahhhhh!!!" Dengan itu, aku segera menutup dan mengunci pintu kedai kak Hartini. Huh, biarlah tidak ada pelanggan yang datang kerana pintu berkunci asalkan mamat tak guna seperti Rayyan tiada dalam kedai ini. Boleh layu semua bunga di sini jika Rayyan berlama-lamaan di dalam ini.

Aku berasa sangat geram dan marah pada Rayyan. Hanya kerana aku terlambat dan tidak menepati masa je mahu marah aku seperti aku tidak muncul langsung. Sekurang-kurangnya cubalah faham sedikit keadaan aku sebagai seorang wanita ni. Mahu aja aku menendang kakinya dan menggunakan semula skill silat aku zaman dulu.

Lebih menyakitkan hati apabila dia memarahi aku seperti seorang kekasih yang ditinggalkan oleh buah hatinya begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan.

Ya Allah, kuatkan lah hati aku ni.

"Kenapa tadi tu? Bukan main lagi akak dengar dari belakang sana suara kamu dan Rayyan. Mana Rayyan?" soal Kak Hartini yang muncul dari bahagian stor.

Aku membuka semula pintu setelah memastikan Rayyan sudah tiada di kawasan yang berdekatan. "Tak ada apalah kak. Gaduh kecil je. Dia dah balik dah." jawab aku sambil membelek-belek beberapa bunga di kedai ini. Manalah tahu kot-kot ada yang terlayu kerana kehadiran Rayyan sebentar tadi.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now