Bab 26

4.2K 133 7
                                    

Sedari tadi aku tidak senang duduk. Hati aku berasa tidak tenang apabila Hana tidak menjawab panggilan yang telah beribu kali aku buat. Tidak adalah sampai beribu sebenarnya tapi boleh tahan banyak jugalah.

Kadangkala aku tidak faham dengan kaum hawa. Aku tidak faham mengapa mereka sering mengambil serius tentang perkara yang kecil kemudian menjadikan ia seperti masalah yang besar. Ugh. Tapi salah aku juga kerana berkata begitu. Ala,bukannya aku sengaja. Aku sedang stress.

Sekali lagi aku mendail nombor telefon Hana. Aku berharap dia akan menjawab panggilan kali ini.

Aku menunggu panggilan tersebut diangkat dengan penuh kesabaran. Demi Hana, aku sanggup jika masuk voicemail.

Tut.. tut..

"Assa--"

"Apa lagi yang awak nak? Tak puas hati lagi nak sakitkan hati saya?"

Belum sempat aku memberi salam, Hana telah memarahi aku.

"Aku tak sempat beri salam pun. Banyak kali aku telefon kau tapi kau tak jawab. Penat tahu?" omel aku sambil bercekak pinggang seolah-olah Hana sedang berada di hadapan aku pada waktu ini.

"Motif awak call saya sebab nak marah je? Bye Rayyan." kata Hana dengan ringkas.

"Hana wait!! Jangan letak dulu!" kata aku sebelum talian diputuskan. Aku harus memujuknya. Bukan senang nak pujuk perempuan.

"Apa lagi yang awak nak?! Ha nak marah saya lagi? Kali ini sebab apa pula? Sebab saya mahu putuskan talian? Ughhh." marah Hana. Suaranya kedengaran sangat comel walaupun dia berada dalam keadaan marah. Fuh kalau muka ni mesti lagi comel. "Tak tak tak. Kali ini aku tak akan marah. Aku janji."

"Okay then awak mahu apa?"

"Aku nak jumpa kau. Boleh?"

"Awak ni dah gila ke?! Dah malam macam ni nak jumpa anak dara orang. Ah, tak mahu!"

"Kita jumpa di tempat yang terbuka dan ramai orang. Please Hana? I need to tell you something."

"Do I care? Nope. So, good bye my dear Rayyan."

Maka dengan itu tamatlah perbualan kami yang sangat ringkas dan padat. Hana memutuskan talian sebelum aku sempat berkata apa-apa. Cis budak ini!

Aku tidak faham mengapa dia tidak mahu berjumpa dengan aku. Ok fine, maybe dia merajuk. Tapi tak mungkin sehingga tidak mahu berjumpa?

Aku mahu berjumpa di tempat yang terbuka dan ramai orang. Bukan berdua kerana aku tahu perempuan seperti Hana bukan jenis yang suka berdua dengan lelaki bukan muhrim. Kerana apabila kita berdua pasti akan ada yang ketiga. Dan yang ketiga itu akan berusaha menghasut yang berdua tadi untuk melakukan maksiat. Aku sebagai lelaki, faham sangat dengan perangai kaum sendiri yang akan mengambil kesempatan jika ada peluang. Dan kaum hawa yang imannya lemah pasti akan jatuh ke pangkuan lelaki tersebut dan dengan relanya berikan semua kemahuan lelaki itu.

Ugh, Hana.

Aku harus memujuknya agar hubungan kami kembali seperti dahulu. Baru beberapa jam tidak berbual dan berjumpa, aku sudah mula rindu padanya. Agaknya bagaimanalah jika kami sudah berkahwin nanti? Bagaimana jika aku harus pergi bekerja dan meninggalkan Hana seorang diri di rumah? Hm aku berharap aku tidak akan berpatah balik hanya kerana tidak sanggup berjauhan. Ah Rayyan! Apa yang aku merepek?

Aku dan Hana tidak mempunya sebarang hubungan yang istimewa. Bak kata orang putih, "love-hate relationship". Itulah hubungan aku dan Hana.

Excuse yourself Rayyan. Kau jangan berangan sangat. Hana tak anggap apa-apa pun. Love hate relationship konon. Puih! Kau jangan sesekali bermimpi yang Hana akan suka kau juga.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now