Bab 16

4.1K 113 0
                                    

Aku merenung kereta Audi yang diparkir di hadapan kediaman ibu bapa mertuaku. Mataku dipejam rapat memikirkan perkara yang akan berlaku sebentar lagi. "Ya Allah, jika inilah pengakhiran buat segala-galanya.. aku redha." doaku. Aku masih menyayangi Ariz. Aku juga sayang akan persahabatan aku dengan Sarah. Jika tiada apa yang mampu aku lakukan untuk membahagiakan Sarah, aku berharap dengan memberi Ariz kepadanya sudah cukup untuk buat dia bahagia.

Bodoh! Ariz tu suami kau! Kau sepatutnya berjuang habis-habisan dapatkan dia semula! Tak mungkin kau kalah dengan perempuan macam Sarah?

"Tapi mereka telah pun berkahwin.. tanpa pengetahuan aku, tanpa pengetahuan semua orang. Dah terlambat untuk segalanya." kataku, membalas kata-kata hati.

Kau sayangkan dia.. kau masih sayang dia. Apa salahnya berjuang untuk hak kau? Ariz dah abaikan kau selama ini sebab dia termakan dengan pembohongan Sarah! Kau—

"Ariz tak sayangkan aku! Ariz tak akan sayang aku! Berhenti menghasut aku!" aku menangis sepuas hati. Aku tidak peduli bagaimana dengan rupa aku sekarang ini. Sakit di dalam hati ini harus diluahkan. Aku mahu luahkan segala rasa dan kesakitan yang dirasa setelah sekian lama dipendam. Tapi kepada siapa?

Aku telah kehilangan dua orang sahabat yang paling aku sayang. Dua orang sahabat yang aku percaya. Walau seteruk mana perangai mereka suatu ketika dahulu, aku tetap tidak boleh membenci mereka seperti mereka membenci aku sekarang. Merekalah yang ada di sisi aku ketika aku masih lagi kecil, ketika aku sakit, ketika aku sihat, ketika aku sedih dan ketika aku bahagia. Merekalah segala-galanya bagi aku. Kami sering bersama tidak kira di mana kami berada. Tapi mengapa sekarang semuanya berubah? Mahu saja aku berlari ke arah Min dan Sarah.. memeluk mereka dengan erat dan tak akan sia-siakan peluang yang aku ada.

Jika dapat di undurkan masa, aku akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi yang terhodoh di dunia ini supaya Sarah dapat merasa dirinya cantik, aku akan cuba menjauhkan diriku dengan umi supaya kasih sayang umi tumpah sepenuhnya terhadap Sarah, aku akan cuba mengelak dari bertemu dengan Ariz dan aku akan mengelak dari segala-galanya agar Sarah menjadi lebih hebat daripada aku. Aku juga akan menghabiskan masa bersama Min agar dia tidak berasa keseorangan.

Aku akan lakukan apa sahaja agar aku dapat bersama mereka semula.

Setelah puas berfikir dan menangis, aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku perlu kuat. Tak, aku perlu berlagak seperti aku kuat supaya aku dapat tempuh semua dugaan ini dengan tenang walaupun aku sudah separuh mati di dalam diri.

Aku keluar dari perut kereta dan mengorak langkah masuk ke dalam kediaman itu. Tidak putus-putus doaku di dalam hati agar diberikan kekuatan yang secukupnya.

Sebaik sahaja kakiku menjejak di ruang tamu, semua mata tertumpu ke arahku. Puan Sri Suzana segera mendekatiku. Tangannya lembut membelai wajahku. Riak wajahnya menunjukkan betapa risaunya dia terhadap keadaan ku sekarang ini. "Mawar pergi mana, sayang? Mawar menangis ke? Kenapa mata Mawar sembab ni?" bertubi-tubi soalan yang diajukan kepadaku. Aku hanya menunduk dan menggelengkan kepala. Puan Sri Suzana menarik tanganku lalu dibawa menuju ke sofa. Aku melabuhkan punggungku di atas sofa yang empuk itu.

"Apa yang Ariz hendak beritahu kami memandangkan Mawar telah pun tiba di rumah ni?" soal Tan Sri Abdullah Isaac memecah kesunyian di ruang tamu. Nampaknya mereka memang menanti kehadiranku..

"Ariz nak—" Ariz tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila dipotong oleh Puan Sri Suzana. "Minta maaf pada Mawar? Minta maaf kerana kamu telah sedar yang kamu telah bunuh anak kamu sendiri? Ha baguslah kerana dah sedar. Ingatkan sampai mati nak hidup macam tak bersalah.."

"Benda tu bukan anak Ariz! Anak orang lain!" marah Ariz. Aku hanya menundukkan kepala. Tidak berani menentang matanya dan mata sesiapa. Hancur hatiku tatkala mendengar Ariz menggelarkan bayi di dalam kandunganku ialah "benda".

Cinta MawarWhere stories live. Discover now