Bab 31

4.3K 113 0
                                    

"I don't know what should I do.." kata aku lalu mengeluh.

"Seriously?! Okay then what's your answer? Ya Allah Hana, finally! I am so happy for you my dear. I know he's a good man." ujar Alisa dengan nada yang teruja sekali di hujung talian.

"I didn't give him any answer yet." kata aku.

"What??!! Why?" soal Alisa dengan nada yang terkejut. Rasanya kalau orang lain pun mungkin akan terkejut juga.

Aku menarik nafas dengan sedalam-dalamnya. "I don't think that I love him. No wait, I did love him but I have my own goals yang I nak achieve. Plus, I'm still scared. What if Rayyan macam Ariz? What if semua ni just berpura-pura? You tahu kan yang Ariz and Rayyan are bestfriend?"

Alisa mengeluh di hujung talian. "Ya Allah, Hana.. Rayyan is totally different from Ariz. You ni banyak sangat negative thoughts in your mind. Ariz is just a guy from your past but Rayyan.. he is your future! You know you love him so what are you waiting for? Rayyan nak jaga you but he don't know how so dia propose you jadi wife dia sebab dia nak jaga dalam cara yang halal."

Aku hanya mendengar setiap kata-kata Alisa sambil tersenyum. Semenjak berkenalan dengan orang Malaysia, penggunaan bahasa Melayunya semakin mantap. Katanya jika ingin menambat hati bakal suami haruslah pandai bertutur dengan menggunakan bahasa ibunda lelaki tersebut. Cuma slang mat salihnya masih lagi ada.

"Are you listening?" soal Alisa apabila aku tidak memberikan sebarang respon.

"Sorry terleka." kata aku sambil memerhatikan wajahku di cermin. Kata orang selalunya orang yang bakal berkahwin ni seri mukanya naik. Tak seri pun?

"Haih. It's up to you lah nak buat keputusan apa pun sebab if I bagi ceramah banyak but you still dengan you punya risau pasal Ariz pun nanti semuanya tak jadi apa juga. So think wisely okay, hunny? Whatever it is, I still support you and got your back all the time."

"Thankyou Alisa. I really don't what to do if I tak ada you sekarang ni. Mesti macam buntu gila"

"It's okay lah. We're sister kan? Hehe."

Aku tersenyum sekali lagi. Sekiranya aku tidak mempunyai rakan seperti Alisa pada waktu ini, aku pasti tidak dapat buat keputusan dengan betul. Mujurlah Alisa masih lagi setia bersama walaupun kadangkala aku terlupa tentang dia.

********************
Bunyi paluan kompang membuatkan jantungku berdebar-debar. Bagaimana kalau ini keputusan yang salah? Patutkah aku lari sekarang juga? Atau berpura-pura pengsan supaya majlis ini dibatalkan?

Tapi semuanya telah terlambat kerana aku telahpun sah menjadi isteri kepada Rayyan beberapa minit yang lalu. Masih lagi terngiang-ngiang di telingaku ayat yang dilafazkan oleh Rayyan di hadapan tok kadi.

"Aku terima nikahnya Mawar Hana binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak RM 800 tunai."

Bagaikan mimpi. Tetapi mimpi yang ngeri atau bahagia?

Aku memerhatikan Rayyan yang sedang sibuk melayan tetamu yang hadir di majlis kami. Senyumannya lebar ke telinga apabila berbicara dengan tetamu. Sesekali dia akan mengerling ke arahku yang sedang melayan tetamu juga lalu memberi senyuman yang begitu indah sekali. Jelas terpaku di wajah Rayyan bahawa dia sangat gembira pada hari ini. Agaknya, apa yang akan terjadi sekiranya aku tidak menerima lamaran Rayyan? Adakah dia akan tersenyum gembira seperti pada hari ini?

"Hey!" sergah Alisa yang entah muncul dari mana.

"Ya Allah.. luckily I didn't get heart attack." kata aku yang baru sahaja terperanjat dengan sergahannya.

Alisa hanya tertawa kecil menayangkan barisan giginya yang tersusun kemas. Pada hari ini dia kelihatan sangat lawa mengenakan baju kurung berwarna putih yang mempunya sedikit corak bunga ros. "I was calling you like 5 times but you didn't hear me because you were busy checking on your husband."

Cinta MawarWhere stories live. Discover now