Bab 38

5.8K 96 2
                                    

Aku mengemas semula segala barang yang perlu di bawa semasa hendak bersalin nanti. Mengikut doktor, lagi berapa hari je lagi due date nak bersalin. Semakin rasa tak sabar pula hendak mendapat anak yang comel nanti.

Tiba-tiba satu perasaan yang sedih terbit di dalam diri ini.

Adakah Rayyan akan bersama dengan aku nanti?

Aku mengusap perutku dengan perlahan. "Kesian baby mama ni. Setiap kali mengandung mesti ada ujian. Baby pertama, papa dia tak sayang." ujarku. Air mataku terus mengalir. "Baby kedua..." saat itu aku terus terduduk di birai katil. "Mama tak tahu apa salah mama sampai papa pun dah tak suka mama lagi. Mama harap papa tak bencikan awak and boleh jaga awak bila mama dah tak ada nanti." sambungku lagi.

Ujian yang Allah berikan pada aku setiap kali mengandung sungguh berat. Tapi Alhamdulillah kali ini aku tidak kehilangan bayi, cuma kehilangan satu-satunya lelaki yang aku sayang dan tempat aku bergantung.

Aku segera bangun semula untuk menyambung kerja yang telah ditinggalkan tadi. Semasa aku membuka laci almari pakaian, aku terjumpa seutas rantai yang sangat aku kenal. Rantai yang telah ditinggalkan bersama aku ketika ibu bapa kandungku meninggalkan aku di hadapan rumah anak yatim.

Aku memerhatikan ukiran di rantai itu dengan teliti. Di hadapannya terdapat ukiran nama 'Hana' dan di belakang pula terdapat corak hati yang telah terbelah dua. Sehingga sekarang aku masih lagi tertanya siapa ibu bapa kandungku yang sebenar dan mengapa mereka meninggalkan aku seperti itu sahaja. Aku memakai semula rantai itu di leherku yang telah lama aku tidak pakai sejak menjadi isteri Rayyan.

Rantai itu terletak kemas di dadaku. Biarlah ketika aku memakai rantai ini bermakna aku membawa sekali ibu bapaku. Mereka akan tetap berada di hati ini walaupun aku tidak tahu siapa mereka yang sebenarnya.

**********
Setelah selesai menunaikan solat fardhu isyak, aku menunggu kepulangan Rayyan. Biarlah dia membenciku, asalkan aku tetap laksanakan tugas aku sebagai seorang isteri.

Aku memastikan semula pinggan dan cawan tersusun dengan cantik di atas meja makan. Entah mengapa hari ini aku terasa seperti ingin memasak sesuatu yang lazat dan kegemaran Rayyan. Mungkin kerana aku ingin memenangi hatinya semula.

Tepat jam 10 malam, Rayyan telah pun pulang ke rumah. Pakaiannya sangat tidak terurus. Rambutnya pula serabai.

"Lambatnya abang balik kerja," ujarku sambil cuba untuk mengambil beg di tangan Rayyan. Rayyan terus melabuhkan punggungnya di atas sofa kemudian mengurut kepalanya sendiri. "Abang pening ya? Saya urutkan.." di saat aku baru sahaja ingin mengurut kepala Rayyan, dia segera menepis tanganku.

"Jangan sentuh aku." kata Rayyan.

Sepatah perkataan yang terbit dari mulut Rayyan telah cukup membuatkan hati aku menjadi hancur. Rayyan tidak pernah berkasar dengan aku selepas kami berkahwin.

"Meh lah saya urutkan. Dulu pun saya selalu urutkan abang." Aku cuba lagi sekali. Kali ini Rayyan menepis tanganku dengan kasar.

"Aku kata jangan sentuh, janganlah! Susah sangat ke nak faham bahasa melayu?!" marah Rayyan sambil memandang aku dengan pandangan yang sangat tajam. Matanya merah menyala.

"Tapi--"

"Aku tak nak perempuan jijik dan hina macam kau ni sentuh aku lagi!" kata Rayyan lagi.

Kali ini hati aku benar-benar terluka. Rayyan tidak pernah sekasar ini terhadap aku. "Apa abang cakap ni?" soalku dengan suara yang sangat perlahan.

Rayyan mula berdiri lalu berkata, "Kau jangan fikir aku tak tahu apa yang kau dah buat dekat belakang aku. Entah-entah sebenarnya kau dengan Ariz dah buat benda yang jauh dari apa yang fikir semasa aku tiada di sini. Kan?!" mukanya benar-benar menunjukkan bahawa dia memang sedang marah.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now