Bab 33

4.1K 101 2
                                    

A/N: bab ni akan difokuskan dkt part Ariz dan Sarah so enjoy! xx

Hana begitu teruja sekali apabila aku memberitahunya bahawa kami akan membuat kejutan kepada mummy dan daddy. Sepanjang di kapal terbang, dia tidak henti-henti menceritakan kisah hidupnya ketika di UK.

Semua yang diceritakan sudah tentu aku tahu. Akulah yang selalu berada di sisinya ketika di UK. Selain Alisa.

Jika tidak kerana perempuan gila itu, pasti aku dan Hana sudah hidup bahagia bersama dan Hana juga tidak perlu melalui waktu sukar bersama bekas suaminya.

Bekas suami....

Baru aku teringat. Hana tidak pernah menceritakan tentang bekas suaminya. Sedikit pun tak. Ke mana agaknya bekas suaminya telah pergi?

**********
(ARIZ)

"AHHHH!!!!"

Aku menumbuk dinding berkali-kali. Biarlah jika tanganku cedera sekali pun aku tidak kisah kerana sakit di hati lebih teruk lagi berbanding di tangan.

"Sial!! Kenapa dia boleh bahagia? KENAPAA??!!!"

Aku tidak boleh terima kenyataan Mawar dan Rayyan telah berkahwin. Mawar milik aku! Selama-lamanya milik aku!! Tiada siapa yang boleh memiliki Mawar kecuali aku. Ariz Isaac bin Abdullah Isaac. Walaupun sahabat baik aku juga tidak boleh memiliki Mawar Hana!

"Ni semua salah kau!" kata aku sambil menunding jari ke arah Arisha yang sedang duduk di birai katil sambil menyilangkan kakinya. "Kalau kau pandai buat kerja, benda ni tak akan terjadi! Mawar tak mungin kahwin dengan jantan tu!!"

"Oh sekarang you nak salahkan I?" soal Arisha lalu berdiri dan mengorak langkah ke arah ku. "I dah buat apa yang I mampu. You suruh I goda Rayyan di pejabat dia, I buat. Dia yang tak tergoda dengan I nak buat macam mana? Salah I juga ke?" ujar Arisha lalu menyilangkan tangan di dadanya membuatkan bentuk buah dadanya lebih jelas kelihatan kerana pakaiannya sangat tidak cukup kain pada waktu ini.

"Kau tu yang bodoh! Tak pandai goda lelaki dengan betul! Suruh goda bekas lelaki kau pun tak boleh." kata aku dengan marah.

"Tapi....." Arisha mula mendekatkan lagi dirinya dengan aku. Jari jemarinya kini menari di lenganku. "kenapa kalau I goda you... you tergoda ek?" soalnya lalu mula mendekatkan wajahnya di leherku.

Sebab aku jenis tak tolak rezeki. Namun ayat itu hanya tersekat di kerongkong ku kerana aku sedang sibuk menikmati kepuasan yang sedang diberikan daripada Arisha.

"Sebab iman lelaki tu lebih kuat daripada kau."

Aku segera menoleh ke arah suara tersebut. Potong line lah! Arisha yang sedang melakukan kerjanya juga terpaksa berhenti seketika lalu melihat wanita yang sedang berdiri di pintu bilikku sambil memegang tongkat. "You still simpan perempuan ni?" soal Arisha lalu memandang wanita itu dengan pandangan yang tidak puas hati.

"Kau nak apa lagi? Aku kata duduk dalam bilik kan?" soal aku kepada wanita itu. Pakaiannya yang lusuh dan buruk itu telah dipakai untuk beberapa hari. Wajahnya pula telah menjadi cacat, tidak secantik dulu. Kepalanya pula di tutup dengan kain batik. Dia benar-benar kelihatan seperti seorang nenek tua.

"Aku ada hak nak pergi ke mana sahaja yang aku mahu." balasnya balik.

Aku melihat Arisha mendekati wanita itu. Bibirnya menyeringai melihat wanita di hadapannya. "Baju buruk. Busuk pula tu." kata Arisha sambil memegang baju wanita itu dengan jijik sekali. "Ni apa ni? Tak ada tudung ke sampai pakai kain batik buruk ni?" soal Arisha. "Eeee ya Allah apa ni?" Arisha memegang wajah wanita itu dengan kasar. "Buruknya! Macam mana kau boleh jadi buruk sangat ni? Ini muka atau tiang jamban?" soal Arisha lalu ketawa dengan kuat. "Eh perempuan!" Arisha menampar wajah wanita itu dengan kuat sekali. "Sedarlah sikit Ariz tak perlukan lagi kau di sini! Ariz hanya perlukan aku. Sebab apa? Sebab sekarang I'm better than you. Kau ni ibarat sampah tepi longkang. So please get out from this house." ujar Arisha lalu kembali semula kepada aku.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now