Bab 37

4.3K 94 8
                                    

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, bermacam-macam perkara bermain di fikiranku.

Sejarah silam hidupku kini bermain di fikiranku seperti tayangan video. Aku dapat melihat kembali bagaimana Ariz bertindak zalim ke atas diriku dan bayi yang berada di dalam kandungan ini. Segala kesakitan dan keperitan yang dirasai kini seolah-olah terasa sekali lagi.

Aku segera memegang perutku tatkala perasaan ngilu itu datang. Segala perbuatan Ariz semakin jelas dapat ku lihat. Cara dia menendang, cara dia memukul, dan cara dia langsung tidak rasa bersalah.

Selama berapa minggu aku menderita kerana kehilangan kandungan ku tapi dia? Langsung tidak mempunyai sifat perikemanusiaan malah sempat lagi berkahwin baru.

Aku tahu segala perbuatan jahat yang Ariz lakukan berpunca daripada Sarah. Tapi benda seperti ini tidak akan berlaku jika Ariz mempunyai akal fikiran yang elok. Benda seperti ini juga tidak akan berlaku sekiranya Ariz pandai menjaga hubungan dia dan Allah.

Aku tidak dapat bayangkan bagaimana jika kandunganku tidak keguguran. Mesti aku dah bahagia bersama anak ku. Melihat telatahnya yang comel pasti akan membuatkan hari ku bertambah ceria. Tapi aku yakin, setiap kejadian ada hikmahnya.

"Sayang? Are you okay?" soal Rayyan, menghentikan lamunan ku.

Aku memandang Rayyan sambil mengangkat keningku. "Yes?" kemudian barulah aku sedar kami telah tiba di hadapan rumah dan ada air mata yang mengalir di pipiku. Aku segera menyeka air mataku.

"Sayang tak happy dapat baby?" soal Rayyan dengan wajah yang sugul tetapi masih mengambil berat.

Terbeliak mata aku apabila mendengar Rayyan bertanya seperti itu. "Eh tak lah." kata aku sambil menggeleng kepala. "Saya happy sangat dapat baby ni, lebih-lebih lagi baby ni macam tanda ikatan cinta kita berdua." sambung aku lagi sambil cuba memberikan senyuman yang ikhlas.

"Abang fikir sayang tak happy." kata Rayyan lalu menyeka air mataku yang masih lagi bersisa. "Manalah tahu sayang nak habiskan masa berdua-duaan dengan abang lebih lama lagi."

Aku hanya tersenyum. Kalau ye pun nak habiskan masa berdua-duaan, tak mungkinlah aku sanggup menolak anugerah yang telah diberikan daripada Allah ni. Bukan senang nak dapat anak..

********************
"Anak. Siapa. Yang. Kau. Kandungkan." soal Ariz sambil cuba untuk menahan segala perasaan marah yang semakin berapi di dalam dirinya.

Aku terkejut dan bingung. Terkejut kerana Ariz mendapat tahu dan bingung bagaimana aku boleh berada di sini. Situasi ini seperti pernah terjadi kepada aku.

"Anak you. Siapa lagi?" balas aku. Aku mengerutkan dahiku. Ini anak Rayyan! Mengapa aku kata ini anak Ariz?

"Liar!" jerit Ariz. Tanpa memberi peluang kepada aku untuk bertanya dan menjelaskan segalanya, Ariz memukul aku dengan kuat sekali lagi. Aku tidak mampu menahan diri Ariz daripada bertindak seperti ini. Aku hanya mampu menjerit meminta simpati dan belas kasihan. Segala kesakitan itu terasa sangat 'real'.

Ariz bagai dirasuk oleh syaitan. Aku hanya menjerit dan terus menjerit. Dia menendang perutku dengan kuat seolah-olah perut ini ialah sebiji bola. Aku semakin sukar hendak bernafas. Aku tidak mampu melindungi kandungan ini. Ariz begitu kuat.

Aku dapat merasakan ada cecair di kainku. Perutku pula semakin lama semakin senak. Penglihatan pula semakin kabur. Perkara ini tidak mungkin terjadi sekali lagi.

"Sayang... bangun sayang... sayang!" suara Rayyan sayup-sayup kedengaran di telingaku. Adakah ini semua mimpi?

Di hadapan ku Ariz masih lagi mencederakan aku dengan segala kudratnya. Aku pula hanya terbaring. Salah, kali ini aku melihat diri aku terbaring.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now