Bab 20

4.3K 156 3
                                    

(MAWAR)

"Mawar pulang dulu ya, kak?" soalku setelah selesai mengemas kedai bunga itu.

"Baiklah. Jangan lupa datang seperti biasa ya pada hari esok." pesan Kak Hartini, pemilik kedai bunga tersebut. Aku hanya mengangguk lalu mencium tangannya. Selepas mengambil beg tangan aku terus beredar dari situ.

Selepas menaiki kereta dan menghidupkan enjin, telefonku berbunyi. Aku melihat nama yang tertera di skrin telefon. Eh? Tak pernah mamat ni telefon aku.

"Assalamualaikum." sapa Rayyan setelah aku menjawab panggilannya.

"Wa'alaikumussalam. Ada apa awak call saya?" soalku sambil memandu menuju ke rumah.

"Aku nak beritahu malam ni kau tidur seorang di rumah. Umi tidur di rumah Mak Mah dan aku akan tidur di hotel atau rumah kawan aku." ujar Rayyan di hujung talian.

"Laahh, kenapa awak yang kena tidur di luar? Tak apa biar sa-"

"Kau nak jabatan agama islam datang serbu rumah kita? Lepastu jiran-jiran sibuk bercanang cerita pasal kita. Kau nak?" kata Rayyan dengan nada suaranya yang sentiasa keras tidak kira walau di mana jua dia berada. "Kau nak kahwin dengan aku?"

"Apa?!" soalku tatkala terdengar pertanyaan terakhir Rayyan. Kahwin? Eh mungkin aku ada masalah pendengaran.

"Kau nak jabatan agama islam tu paksa kita berdua kahwin? Nak?" soal Rayyan sekali lagi.

"Eh tak nak." jawab aku.

"Nanti jangan lupa kunci pintu dan semua tingkap. Kalau pencuri masuk susah pula barang berharga aku hilang. Makan malam kau aku dah sediakan awal-awal sebab aku tahu kau memang gagal bab memasak ni. Kau hanya perlu panaskan semula. Okey?" pesan Rayyan.

"Baik, bos!" kata aku dengan nada yang menyampah. Rayyan terus mematikan talian. Geram sungguh dengan Rayyan! Patutkah dia lebih risau terhadap barang berharga dia berbanding aku? Jika aku diculik atau dirogol siapa mahu tanggung? Dia? Oh semestinya tidak! Kedua, sampainya hati kata aku tidak pandai memasak. Aku pandai cuma malas. Dulu ketika aku bersama Ariz, elok je lelaki tu masih lagi hidup. Dia yang tidak pandai menilai masakan aku.

Tiba sahaja di rumah, aku segera mengunci pintu dan tingkap. Selesai menukar pakaian tidur dan menunaikan solat isyak aku menonton televisyen di ruang tamu. Niat hendak makan malam terpaksa dibatalkan kerana orang kata empat jam sebelum tidur tidak elok makan nanti gemuk. Aku bercadang hendak tidur di sofa ruang tamu pada malam ini dan biarkan televisyen terpasang sepanjang malam sehingga ke esok pagi. Mana tahu jika ada pencuri yang hendak memecah masuk terbantut niat mereka kerana menyangkakan penghuni di rumah ini masih belum tidur. Tambahan pula aku ni penakut. Sebelum masuk ke dalam rumah tadi aku berdoa agar makhluk Allah yang lain tidak mengganggu ketenteraman aku.

Ketika aku baru sahaja hendak terlelap, aku terdengar ada bunyi yang datang dari arah dapur. Aku beranggapan bahawa itu hanyalah imaginasi aku. Tiba-tiba kedengaran bunyi pinggan mangkuk berlanggaran pula. Dadaku berombak dengan kencang. Janganlah buat hal ketika hanya aku seorang yang berada di rumah.

Aku menggagahkan diri untuk melihat apa yang sedang berlaku di dapur. Mulutku terkumat kamit membaca segala doa yang terlintas di fikiran. Apabila tiba di dapur, tiada apa-apa pula. Aku memberanikan diri melihat di setiap celah perabot di dapur dan kabinet yang terlekat di dinding dengan harapan aku tidak akan terjumpa kepala hant- astaghfirullahalazim! Apa yang aku merepek? Sah iman memang tidak cukup di dalam diri.

Setelah memastikan tiada apa di dapur, aku ingin kembali semula ke ruang tamu. Ketika aku baru sahaja hendak memusingkan badan, tiba-tiba...

"Hana."

Cinta MawarWhere stories live. Discover now