Bab 23

4K 127 9
                                    

"Hana, please eat something." rayu Alisa sambil menyeka air mata Hana. Hana hanya diam dan terus menangis tanpa henti. Badannya kelihatan kurus dan tidak bermaya. Lingkaran gelap di bawah matanya juga kelihatan semakin jelas.

Telah seminggu arwah umi meninggalkan kami atau lebih tepat meninggalkan Hana. Hana masih lagi bersedih dan meratapi pemergian umi. Tiap malam dia akan menghidu bau baju umi dan memeluknya sehinggalah dia terlelap sambil ditemani air mata.

Bukan itu sahaja, Hana langsung tidak menjamah sebarang makanan apatah lagi minuman. Dia juga sering berkurung di dalam bilik.

Apabila melihat keadaan Hana seperti ini, aku menjadi risau. Aku risau jika dia jatuh sakit. Aku risau jika dia terpaksa dirawat di hospital. Aku risau jika aku terpaksa kelihangan dia pula kali ini. Aku belum bersedia hendak kehilangan dia. Aku mendekati Alisa lalu memberi isyarat meminta dia keluar dari bilik ini sementara aku memujuk Hana untuk makan sedikit. Alang-alang bolehlah aku belajar memujuk dia jadi bila kami dah kahwin senang sikit hehe.

Setelah Alisa memberi aku mangkuk yang diisi bubur ayam dan beredar dari bilik itu, aku melabuhkan punggung di sebelah Hana. Badannya disandarkan di kepala katil. Aku memandang wajahnya dengan lama.

"Sampai bila kau nak macam ni?" soal aku.

Hana hanya menangis. Tiada jawapan.

"Dah seminggu umi pergi. Tak elok kau terus menangis dan bersedih." Aku mengeluh. "Kalau arwah umi masih hidup aku yakin umi juga tak mahu kau sedih macam ni. Semua orang risau tentang kau. Mereka tak mahu kau jatuh sakit. Kau sanggup lihat kami semua bersedih di atas pemergian kau?"

Hana menggeleng kepala dengan perlahan.

"Hana, aku rindu nak lihat kau punya senyuman. Aku rindu nak dengar kau punya gelak tawa. Aku rindu diri kau yang lama. Ramai juga yang rindu. Kau tak rasa bersalah buat kami begini?"

Tangisannya semakin kuat. Ya Allah, tak bosan ke asyik menangis je?

"I-I'm sorry." kata Hana. Suaranya tidak beberapa kedengaran dan serak.

"Makan ya? Sikit pun tak apa." pujukku sambil ingin cuba untuk menyuapnya.

Tanpa membuang masa Hana membuka mulutnya yang kecil. Aku tersenyum bahagia melihat Hana menerima suapan daripada aku. Selepas memakan bubur, aku memberinya minum pula.

"Kan elok kalau macam ni. Ini tidak, asyik nangis je. Tak penat agaknya." omelku sambil membantu Hana membersihkan mulutnya. Oh sekejap, Hana memakai tudung jadi dia tidak membuka auratnya langsung. Dan ya, dia sangat selekeh sekarang ni.

"Terima kasih." ujar Hana sambil bermain dengan jemarinya.

"Tak ada hal lah." kata aku. "Dah okay?"

Hana mengangguk sedikit.

"Aku faham kau sedih sebab kehilangan umi, orang yang paling kau sayang dan percaya. Aku pun kehilangan orang yang aku sayang juga. Aku kehilangan seorang wanita yang bergelar umi, yang melahirkan aku, menjaga aku dan mendidik aku. Kau untung sebab kau dapat rasa kasih sayang daripada umi dari kecil sehingga kau besar dan mendidik kau menjadi seorang manusia yang sempurna. Cuba kau bayangkan kalau aku ni? Umi dan arwah ayah aku berpisah ketika aku berumur dua tahun. Aku dapat rasa kasih sayang umi sekejap je. Bila aku dah besar sikit barulah aku dapat jumpa umi. Itupun tanpa pengetahuan arwah nenek. Aku dapat rasa kasih sayang sepenuhnya dari umi bila aku dah besar panjang ni."

Hana terdiam ketika mendengar luahan hati aku. Aku tidak tahu mengapa aku menceritakan hal ini kepadanya. Aaahhh merepek!

"Saya sedih bukan kerana kehilangan umi je. Saya sedih kerana telah kehilangan banyak orang yang saya sayang. Kawan baik saya tinggalkan saya. Bekas suami saya pun tinggalkan saya. Umi pula telah pergi jauh. Kenapa mereka harus pergi?"

Cinta MawarWhere stories live. Discover now