Bab 11

3.8K 106 0
                                    

(Ariz)

Aku menghempaskan tubuhku di atas katil yang sangat empuk. Letih juga walaupun tidak buat sebarang kerja. Jika Mawar berada di sebelah sudah lama aku menyuruh dia mengurut badan aku. Tetapi Cik Puan Ibu telah menculik dia daripada aku.

Aku mengambil telefon bimbit aku lalu melihat jika ada pesanan atau panggilan daripada sesiapa. Ya, memang ada. Panggilan dan pesanan terbanyak adalah daripada Arisha.

'Where are you?'
'I rindu baby I.'
'Sayang kenapa tak angkat call?'
'I dengar you dah kahwin?!! Betul ke?!'
'Baby jawablah! Semua orang sedang bercakap pasal you. I nak tau kebenaran.'
'Ariz! Tell me the truth! I lihat you punya temu bual!'

Aku mendengus. Bagaimana perempuan gila seperti ini boleh muncul dalam hidup aku? Dengan malas jari jemari aku menari di atas skrin telefon membalas mesej daripada Arisha. 'Bertenang ok? I'll explain everything. But not today. You still my one and only. Trust me.'

Seminggu sebelum perkahwinan ini berlangsung, aku telah menghantar Arisha ke luar negara supaya dia tidak tahu tentang perkahwinan ini dengan alasan aku amat sibuk dan berkemungkinan tiada masa untuk dia. Pada mulanya dia menolak dan berkata bahawa dia bisa hidup sendiri tanpa aku di sisi. Tetapi dengan desakan aku dan janji akan beri apa sahaja yang dia mahu, dia terima dan bersetuju hendak ke luar negara. Yang masih menjadi tanda tanya di fikiran aku ialah bagaimana Arisha tahu tentang perkara ini? Sempat pula dia melayari internet dan mencari artikal tentang aku? Bukankah dia sentiasa sibuk dengan dunia fesyen dan glamornya?

Aku menepuk dahi aku dengan kuat apabila tersedar tentang suatu benda. Aku lupa. Lupa bahawa minah ini terlampau obses dengan aku sehingga dia sanggup mencari artikel tentang aku di google dan bertanya rakan-rakannya apa yang aku sedang lakukan. Aku pasti dan yakin bahawa geng-geng kepohnya yang menyampaikan berita ini.

Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku melihat di paparan skrin. Panggilan daripada Arisha. Aku terus menjawab panggilan itu. Aku yakin dia akan menjerit.

"Ariz what the hell were you doing?!!" pekik Arisha di hujung talian.

Told you.

"What? You ni jangan menjerit please? I belum bersedia nak pekak lagi." jawab aku dengan riaksi muka yang sangat bosan.

"I nak you explain sekarang!"

"I dah kata nanti kan? Tak sabar ni kenapa?"

"Kalau I kata sekarang tu sekarang lah! You ni susah sangat nak faham bahasa kenapa?" marah Arisha. Aku yakin hidungnya sedang kembang kempis.

"Nanti sayang. I penat ni. Nanti okay?" pujuk aku sambil membuat suara selembut yang boleh.

"Kenapa? I nak sekarang!! Kenapa you kahwin dengan dia? Apa kurangnya I? I lagi cantik ok because I am the most beautiful model in Malaysia. Hello, agency di luar negara pun call I sebab nak I jadi model untuk mereka pula. Dia tu? Setakat kutip daripada rumah anak yatim buat apa? Muka kampung. Plastik. Konon muka seperti minah salih tapi hakikatnya? Makeup semata-mata. I pun boleh makeup macam tu. Malah lebih lawa daripada dia."

Aku mengurut dahi aku sementara menunggu Arisha selesai membebel. "Kenapa marah sangat ni?" soal aku.

"Yes, I dah tahu sebab apa."

"Apa?"

"Mesti layanan dia di atas katil sebelum ni lebih hebat daripada I kan? Itu yang you suka tu. You kutip dia daripada club mana? Dasar perempuan murahan. She's such a—"

Belum sempat Arisha menghabiskan kata-katanya, aku memotong. "Arisha! You jaga sikit mulut celupar you tu. Dia bukan seperti apa yang you sangkakan. Dia lebih baik daripada you. You ni? Semua lelaki you layan. Semua lelaki you tibai buat sedap di atas katil. Walaupun dah tua beruban pun you tak kisah kan? Asal dapat duit. Sekarang ni siapa yang murah?"

Cinta MawarWhere stories live. Discover now