Bab 5

5.7K 150 5
                                    

Selesai sahaja perbincangan kami, aku mengemas kesemua kertas yang telah berantakan di atas meja. Kemudian kami keluar dari butik dan menuju ke restoran yang berhampiran. Ariz mengajak aku meneman dia makan tengahari. Pada mulanya, aku menolak konon sibuk kerana ini merupakan hari pertama aku bekerja di sini. Jadi ada banyak benda yang hendak diuruskan. Tetapi lelaki itu boleh pula buat muka sedih. Alahai, terpaksalah ikut juga.

     "You nak makan apa? I belanja." soal Ariz sambil membelek buku menu makanan di restoran ini.

     "Eh tak apalah, I boleh bayar sendiri." aku menolak dengan lembut. Gila ke? Baru kenal hari ini, ada hati nak kikis duit si Ariz ni. "Tak apa, I ni jarang belanja orang tau? Lebih baik you pilih cepat." kata Ariz. Nak tak nak, terpaksa jugalah aku terima tawaran dia nak belanja dan pilih beberapa makanan yang aku berkenan.

     Semasa sedang menjamu selera, Ariz bertanya, "Tadi you kata you baru seminggu duduk Malaysia kan? Sebelum ini di mana?"

     "Sebelum ni I duduk di England." jawab aku dengan ringkas kerana sibuk menikmati rezeki di hadapan mata. Lauk dia, peeehhhh sedap gila! Almaklumlah, aku ni dah berapa tahun tak merasa makanan orang melayu.

     "Study? Atau orang sana?"

     "Umur 19 baru I pergi sana sebab sambung belajar. Lepas dah habis belajar niat nak balik sini terus tapi tak jadi sebab keluarga angkat di sana suruh stay untuk beberapa tahun sampai umur I 26 tahun. Sebab itulah terlambat balik ke Malaysia. Hehe."

     "Keluarga angkat? Memang sejak azali ada keluarga angkat yang stay sana ke?"

     "Tak lah. Semasa I belajar kat sana, I ada seorang kawan baik non-muslim. Nama dia Alice. I tak ada kawan melayu sangat di sana sebab itu I rapat dengan dia. Kitaorang memang macam belangkas. So setiap kali cuti semester je I balik rumah dia sebab Malaysia jauh sangat. Start dari tu, family dia anggap I macam anak sendiri."

     "You tak rasa awkward ke? Yelah, you ni Islam dan diaorang agama lain. Duduk satu rumah pula tu selama beberapa tahun. Macam mana time you nak sambut hari raya? Puasa bulan ramadhan? And macam mana time diaorang sambut krismas?"

   Alahai lelaki ni, banyak tanya pula. Aku nak menikmati rezeki ni pun susah. "Mula-mula memanglah rasa janggal. Rasa tak selesa. Kadang nak solat pun susah. Tapi alhamdulillah, diaorang satu keluarga hormat agama kita. Bila puasa, diaorang memang jarang makan depan I. Kalau soal arak, daging khinzir and benda-benda haram ni diaorang memang tak sentuh lagi bila I ada. Time raya, diorang pun sambut sekali! Seronok gila. Time krismas, I just duduk dalam bilik atau keluar pergi mana-mana. Tapi diaorang tak sambut meriah sangat." cerita aku dengan semangatnya. Oh rindunya pada mereka!!

     "Diaorang tak ada niat nak masuk Islam ke?"

    "Entah, tak pernah tanya pula."

   Selepas penat bercerita dan menjamu selera, kami keluar daripada restoran itu. "Thanks sebab teman I makan." ujar Ariz dengan senyumannya yang sungguh menawan.

     "Patutnya I yang kata terima kasih sebab belanja." balas aku lalu tertawa kecil.

     "Haha, okay. See you again, bye pretty;)" ucap Ariz lalu mengeyitkan sebelah matanya.

     "Um, okay bye." jawab aku lalu terus berlari masuk ke dalam butik. Wah wah wah cair dah hati ni! Wah, aku lupa bagaimana cara untuk bernafas dengan sempurna. Nafas aku menjadi tidak betul.

     "Oi, kau okay tak?" tegur Sarah yang baru sahaja selesai menguruskan seorang pelanggan.

     Aku hanya menggelengkan kepala. Tak mampu untuk bersuara barangkali.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now