Bab 9

3.6K 113 2
                                    

Aku membelek tubuh aku di hadapan cermin. Baju kurung kepunyaan Sarah terletak kemas di badan aku. Sudah lama aku tidak memakai baju tradisional melayu ini. Maklumlah, bila ke negara orang aku jadi lupa diri. Sangat.

Kedengaran pintu bilik aku diketuk. "Masuklah." kata aku sambil mengemaskan rambut.

"Babe, nah pakai selendang ni." kata Sarah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik aku. Kemudian dia menghulurkan selendang tersebut.

"Okay, thank you." aku mengambil selendang itu lalu meletakkan ia dengan kemas di kepala aku. Aku meraba beg kecil yang mengandungi segala alat solek aku, ingin mencari pin kecil.

"Ala tak perlu pin lah. Letak je macam tu. Semua orang dah tahu yang kau ni free hair kan? Tak payahlah fake sangat. Mentang-mentang nak jumpa dengan keluarga buah hati. Bukan main lagi kau ni, ek?" ujar Sarah sambil membetulkan posisi selendang di kepalaku ini.

Pedasnya. Lupa pula yang minah ni memang mulut laser. Aku hanya mendiamkan diri.

"Ha, macam ni kan cantik? Dah jom turun. Sebentar lagi Ariz sampai." Sarah terus menarik tangan aku, membawa aku turun ke ruang tamu. Ish minah ni. Kenapa macam tak betul je?

"Mawarrr! Cantiknya kau!" teriak Min dengan gembira sebaik sahaja aku tiba di ruang tamu. Kemudian gadis itu terus memeluk aku.

"Hahaha hari ni je yang aku cantik? Hari lain tak?" soal aku lalu meleraikan pelukan itu.

"Hari lain selalu cantik cuma hari ni nampak ayu sikit sebab setelah sekian lama aku tak nampak kau pakai baju kurung." ujar Min sambil tersengih.

"Ada-ada je dia ni."

"Mesti lah nak nampak ayu sebab nak jumpa bakal mertua. Betul tak? Kalau tidak, tak ada maknanya minah ni nak pakai baju ni." kata Sarah.

"Mm betul kata Sarah." kata aku.

"Tak baik kau kata macam tu. Ish, Sarah ni cemburu sebenarnya sebab kau dah 'officially' jadi girlfriend Ariz and kau nak jumpa dengan bakal mertua. Tu pasal dia kata begitu." kata Min ingin memujuk hati aku yang memang terkesan dengan ayat Sarah sebentar tadi. Tapi aku tahu dia hanya bergurau.

"Eh, hello tak ada maknanya aku nak cemburu! Setakat lelaki macam Ariz, berlambak dekat tepi jalan." kata Sarah pula, membela dirinya.

"Dah, tak payah gaduh. Aku tahu Sarah bergurau je tadi. Min ni semangat pula." ujar aku lalu tertawa kecil.

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta dari luar. Itu pasti Ariz.

"Dah datang dah prince charming cik Mawar kita ni." usik Min.

"Ish, merepek je dia ni. Ok lah, bye." aku terus memeluk Min dan kemudian Sarah pula. Entah mengapa, aku terasa lain bila memeluk Sarah. Pelukannya tidak semesra dahulu. Ah, biar je lah.

(Ariz)

Aku menunggu Mawar di luar rumahnya. Dari dalam kereta aku boleh melihat dia yang memakai baju kurung berwarna putih dan mempunyai corak bunga kecil berwarna merah jambu. Fuh, nampak ayu juga minah salih ni bila memakai baju kurung.

Tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Aku membuka mesej tersebut.

'Baby, jangan balik lambat ya? Missed you already xx'

Aduhai perempuan ini lagi. Siapa lagi kalau bukan Arisha? Dengan malas, aku membalas mesej tersebut.

'Alright. Sebelum 12 I dah sampai.'

Aku tergelak sendiri. Aduh, terasa seperti cinderella pula kena pulang ke rumah sebelum jam 12 malam. Sebelum menjemput Mawar, aku sempat menghantar Arisha ke rumah kawan baiknya dengan alasan aku ada urusan keluarga. Gila ke nak bawa perempuan seperti itu berjumpa dengan keluarga aku? Kalau seperti Mawar okay lagi. Nasib baik Arisha tidak banyak bertanya.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now