Bab 15

4.1K 122 5
                                    

Aku terjaga ketika terdengar ada suara yang sedang menjerit di ruang tamu. Ia seolah-olah sedang mengamuk. Aku bergegas ke hadapan untuk melihat siapakah itu. Seperti yang aku jangka, orang itu ialah Ariz. Mukanya merah padam menandakan dia sedang marah.

"Ariz, you-" belum sempat aku menghabiskan ayat, aku menerima tamparan yang cukup kuat daripada Ariz. Aku terkedu. Apa salah aku? Apa yang telah aku lakukan kali ini?

Aku melihat wajah Ariz. Nafasnya tidak teratur. "Kenapa? Apa salah I kali ini?" soal aku dengan mata yang berkaca.

"Apa salah kau?! Kau masih boleh tanya pada aku?!" soal Ariz kembali lalu tertawa dengan berpura-pura. "Anak. Siapa. Yang. Kau. Kandungkan." soal Ariz sambil cuba untuk menahan segala perasaan marah yang semakin berapi di dalam dirinya.

Aku terkejut. Daripada mana Ariz tahu? "Anak you. Siapa lagi?" balas aku.

"Liar!" jerit Ariz. Tanpa memberi peluang kepada aku untuk bertanya dan menjelaskan segalanya, Ariz memukul aku dengan kuat sekali lagi. Aku tidak mampu menahan diri Ariz daripada bertindak seperti ini. Aku hanya mampu menjerit meminta simpati.

Ariz bagai dirasuk oleh syaitan. Aku hanya menjerit dan terus menjerit. Ariz menendang perutku dengan kuat seolah-olah perut ini ialah sebiji bola. Aku semakin sukar hendak bernafas. Aku tidak mampu melindungi kandungan ini. Ariz begitu kuat.

Aku dapat merasakan ada cecair di kainku. Perutku pula semakin lama semakin senak. Penglihatan pula semakin kabur. Kemudian aku tidak ingat apa yang terjadi, hanya suara seorang wanita yang didengari. Alisa.

"What are you doing?!!"

**

Aku membuka mata secara perlahan-lahan. Penglihatan mataku masih lagi samar-samar. Kedengaran ada beberapa suara yang sedang membaca ayat-ayat suci al-quran. Di manakah aku berada sekarang ini? Mengapakah mereka membaca ayat suci tersebut? Suasana di sini terasa asing bagiku. Ini bukan bilik aku. Aku tidak boleh bergerak seperti biasa. Entah mengapa seluruh tubuhku terasa amat sakit!

"Mawar, Alhamdulillah anak ibu dah sedar!" kata Puan Sri Suzana yang telah selesai membaca al-quran bersama Alisa. Dia terus duduk di sisiku sambil menggenggam erat tanganku manakala Alisa segera memanggil doktor. "Anak ibu sayang dah sedar ya? Syukurlah." Puan Sri Suzana lalu mencium dahiku. Aku hanya mengerutkan dahiku. Pelik dengan semua ini. Barulah aku sedar, aku berada di hospital.

Tidak lama kemudian, doktor pun tiba lalu melihat bagaimana dengan keadaan ku. Alhamdulillah segalanya baik dan aku hanya perlu banyak berehat. Setelah doktor beredar, bertubi-tubi soalan yang diajukan kepadaku daripada Puan Sri Suzana. Ingin aku menjawab namun suaraku terasa susah hendak keluar. Tekak pula terasa kering walaupun telah dibasahi dengan air mineral sebentar tadi.

"Mawar, ibu minta maaf. Ibu tak sangka perkahwinan kamu teruk sampai begini jadinya. Ibu sangka Ariz telah berubah, rupanya tidak. Ibu minta maaf, Mawar!" ujar Puan Sri Suzana sambil menggenggam erat tanganku lagi. Ada air jernih yang mula bertakung di tubir matanya. "Jika ibu tidak memaksa Mawar mengahwini Ariz, pasti semua ini tidak akan berlaku. Mawar pasti hidup bahagia. Mawar telah menderita kerana ibu. Maafkan ibu, sayang." Air mata laju membasahi pipi Puan Sri Suzana. Mataku terus memandang wajah Alisa, meminta penjelasan, adakah dia telah menceritakan segala perbuatan Ariz padaku. Dia hanya mengangguk dan berbisik, "I have to. Sorry."

"Ibu, tak apa. Bukan salah ibu, tetapi Mawar kerana tidak dapat menjadi isteri yang terbaik buat Ariz. Jangan nangis lagi ya? Nanti bila Mawar dah sihat dan keluar dari sini, Mawar janji akan menjadi menantu dan isteri yang terbaik." kataku dengan perlahan. Masihkah ada peluang untuk aku bersama Ariz jika keadaannya begini? Puan Sri Suzana hanya mengukirkan sebuah senyuman lalu mengucup pipiku.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now