Bab 35

4.3K 108 0
                                    

*Beberapa bulan kemudian*

(MAWAR)

Tok! Tok! Tok!

Aku menutup telingaku. Air mataku laju mengalir di pipi. Aku cuba sedaya upaya untuk menahan tangisanku namun tidak berhasil. Perasaan takut kini mula menguasai diriku.

Tok! Tok! Tok!

Lagi sekali kedengaran pintu bilikku diketuk dari arah luar. "Buka pintu ni Mawar.. Aku tahu kau dekat dalam!!" kata lelaki itu. "Kau dah tak boleh lari lagi." sambungnya lalu ketawa dengan kuat. Suaranya seperti orang yang sedang mabuk.

Aku membelek satu per satu sayur sayuran yang terdapat di pasar mini Giant. Ummm semuanya kelihatan segar.

Pada hari ini Rayyan tidak akan pulang ke rumah kerana sibuk dengan urusan kerja. Jadi hanya akulah yang akan berada di rumah tu.

Sedang aku membelek-belek sayur tersebut aku merasakan seperti setiap gerak geriku diperhatikan oleh seseorang. Tapi apabila toleh ke belakang tiada siapa pula yang memerhatikan. Mungkin ini semua hanyalah perasaan kot. Setelah selesai membeli sedikit barang dapur aku segera pulang ke rumah. Ketika memandu juga aku merasakan seperti ada yang mengekori ku. Kenapa dengan hari ni? Perasaan hari ni bukan-bukan je!

Aku melangkah keluar dari perut keretaku. Hari sudah malam. Entah mengapa malam ni juga aku terasa seperti hendak membeli barang dapur. Saat aku baru sahaja ingin menutup pagar rumahku, langkahku terhenti. Mukaku juga menjadi pucat. Tiada suara yang mampu aku keluarkan apabila melihat lelaki yang kelihatan tidak terurus berdiri di hadapan pagar rumahku sambil tersenyum menyeringai.

"Hi." katanya.

Perlahan-lahan aku mula mengorak langkah menuju ke pintu rumah apabila teringat insiden aku diculik oleh lelaki tidak guna ini.

"Nak pergi mana tu?" soalnya dengan nada suara yang menyeramkan.

Air mata mula bertakung di tubir mataku. Jari-jemariku yang kini sedang menggigil tidak dapat membantu aku untuk membuka pintu dengan lebih pantas.

"Janganlah lari sayang..."

Suaranya seperti semakin dekat dengan aku. Aku segera memboloskan diri ke dalam rumah ketika pintu sudah pun dibuka. Namun belum sempat aku menutup pintu, lelaki itu telah pun menahan.

"Jahatnya you nak tinggalkan I duduk seorang di luar." katanya lalu tertawa kecil. Dia segera masuk ke dalam rumahku lalu mengunci pintu.

"Apa lagi yang kau nak? Berambus dari sini!" ujarku sambil perlahan-lahan mengorak langkah ke belakang.

"Aku nak kau."

Waktu itu pandangan matanya terus berubah lalu dia menerkam ku. Dengan rakusnya dia membuka tudungku lalu mencampakkannya ke tepi.

"Tolong!!!!!! Lepaskan aku!! Tolong!!!" jeritku. Air mata kini laju mengalir di pipi. Aku cuba melepaskan diri daripada lelaki itu namun tidak berhasil kerana kudratku sebagai seorang wanita tidak sekuat dia. Aku tahu apa yang dia mahukan. Dan aku tak mungkin biarkan perkara itu terjadi.

"Diam!!! Kau fikir ada orang nak selamatkan kau? Hah?" soal lelaki itu lalu tertawa seperti orang kerasukan syaitan. Dia menarik rambutku dengan sekuat hati hingga membuatkan aku terasa seperti kulit kepalaku hampir tercabut.

Aku segera meraba di atas meja mencari apa-apa alat yang boleh memukul kepalanya. Apabila telah yakin aku mencapai pasu bunga, aku segera menghentak pasu bunga itu ke kepalanya sehingga menyebabkan pasu bunga itu berkecai. Perbuatan kejam lelaki itu terhenti oleh kerana dia sedang menahan kesakitan di kepalanya. Aku dapat melihat beberapa titisan darah yang mengalir dari kepala lelaki itu. Aku mengambil kesempatan ini untuk berlari. Namun belum sempat aku berlari jauh, lelaki itu memegang kaki kiriku. Aku menggunakan kaki kananku untuk menendang mukanya.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now