Bab 8

3.5K 109 2
                                    

(Ariz)

Aku menghempaskan tubuhku di atas katil. Fuh, penat juga seharian ni. Tiba-tiba telefon ku berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Oh, ibu rupanya.

"Hello, bu." kata aku sebaik sahaja aku menjawab panggilan itu.

"Hello. Ariz berada di mana?" soal ibu.

"Rumah. Kenapa? Nak Ariz datang rumah ibu ke?"

"Oh, tak ada apa-apalah. Ibu cuma nak pesan, esok pastikan Mawar datang ya? Kalau taaakk..."

"Iya iya Ariz akan pastikan dia datang."

"Macam ni lah anak ibu :) okeylah sayang, rehat puas-puas ya? Bye. Love you."

"Okay,bye."

Call cuma nak kata itu je? Alahai Puan Suzana kita ni. Tiba-tiba telefon aku berbunyi lagi. Dengan malas aku terus angkat tanpa melihat siapa pemanggil itu.

"Hello."

"Hello, baby." jawab seorang wanita dengan lenggok suara yang sangat manja.

Baby? Aku terus melihat skrin telefon aku. Siapa pula yang mengada sangat ni?

Oh shit. Mata aku terbeliak ketika melihat nama si pemanggil.

Arisha.

Kenapa perempuan ni tiba-tiba call aku?

"Hm, nak apa?" soal aku.

"Alaaa you ni, kenapa marah je ni? Tak suka ke princess you ni call?"

"Suka, sayang. Terlebih suka dah ni. Maklumlah orang dah lama tak call kan?"

"Ish I bukannya apa, just busy sikit je. I nak beritahu yang I dah on the way nak ke rumah ni."

"Apa?!" aku terkejut. Arisha dah balik ke? "Y-you dah ada di Malaysia? Bukankah you sedang sibuk dengan urusan di luar negara?" soal aku.

"Hehehe surprise! I dah balik dah. I rindu you sangat so I suruh abang I take over tempat I." kata Arisha dengan nada yang teruja. Dia teruja, aku merana.

"Okay, I tunggu you sampai. Bye, sayang." aku terus memutuskan talian. Shit. Jika Arisha telah kembali ke sini maknanya memang tidak dapat lagi aku hendak merasa layanan mesra daripada semua perempuan. Haih.

Arisha Sofea. Siapa saja yang tidak kenal minah ni? Seorang model yang seksi dengan bentuk badan yang menggiurkan. Rambutnya paras sehingga bahu menunjukkan lehernya yang jenjang.

Macam mana aku boleh kenal dia ni? Huh, biasalah orang kaya seperti aku sudah semestinya akan mempunyai ramai kenalan yang bekerja sebagai model atau artis. Aku jumpa Arisha ketika aku sedang menemani ayah aku bermain golf bersama sahabatnya. Arisha ni perempuan simpanan sahabat ayah aku. Bukan main lagi time tu minah ni duk main mata menggatal dengan aku. Beberapa hari kemudian, bak kata orang, jodoh kuat, entah macam mana aku terserempak dengan dia lalu kami bertukar nombor telefon, menjadi kawan dan lama-kelamaan Arisha menjadi teman wanita aku yang ke 10 barangkali. Dia tinggalkan sahabat ayah aku.

Arisha ni hanyalah perempuan biasa yang aku gunakan untuk melepaskan nafsu yang seperti binatang. Sama je macam perempuan lain yang sering berkunjung ke rumah aku. Yang membezakan mereka ni semua, Arisha kadangkala tinggal sebumbung dengan aku manakala yang lain hanya menemani aku untuk satu malam sahaja. Arisha tidak pernah tahu status dia di hati aku. Dia fikir hanya dia lah perempuan yang aku cintai. Hanya dia lah girlfriend aku. Oh please. Aku tak akan sesekali mengaku semua itu. Gila perempuan murah dan mata duitan seperti dia hendak mendapat tempat istimewa di hati aku? Tak akan.

Macam mana pula dengan Mawar? Adakah dia sama seperti perempuan yang lain? Tak. Dia tak sama. Dia berbeza. Suka main tarik tali dengan aku. Kadangkala aku keliru dengan dia ni. Mula-mula nampak macam dah termasuk dalam perangkap aku. Tapi sebenarnya tak.

Tak apa, masih lagi ada masa. Aku akan buat dia masuk ke dalam perangkap aku dan buktikan sebenarnya dia sama sahaja seperti perempuan lain yang mengejar harta aku, bukan cinta aku. Semua perempuan sama ja. Tak ada yang setia. Tak ada yang ikhlas.

"Babyyy" Arisha terus memeluk tubuh aku dengan erat. Bau wangian yang dipakai olehnya sangat kuat. Naik pening kepala aku. "Hey" jawab aku sambil membalas pelukannya.

"Rindu I tak? Lihatlah I dah makin cantik kan?" soal Arisha lalu membuat pusingan kecil di hadapan aku.

"Rindu sangat. You pergi terlalu lama. Haih." kata aku dengan nada yang berpura-pura penuh dengan kasih sayang.

"Haha I dah agak dah yang you akan cakap macam tu."

Ya Allah, kalau lah perempuan ni sedar yang aku langsung tak maksudkan apa yang aku kata tu.

"Now, I nak langsaikan hutang rindu you tu. Boleh?" Arisha terus meramas butang baju aku dengan pandangan yang 'manja' dan 'menggoda'.

"Maksud?" soal aku, berpura-pura tidak mengerti apa yang ingin disampaikan.

Arisha memegang tangan aku lalu menarik aku menuju ke bilik aku. "You tahu kan apa maksud I? Mengada." Dia tertawa kecil lalu menjeling aku dengan manja.

Seribu kali kau buat macam tu, aku tak akan pernah sekali pun jatuh hati dekat kau. Heh.


(Mawar)

Aku melihat di sekelilingku. Aku berada di dalam sebuah kereta. Kereta yang sama seperti mimpiku yang lepas. Aku menoleh ke kiri. Ya, lelaki yang tidak dikenali itu masih lagi ada sedang memandu. Suaranya masih lagi tidak jelas dan wajahnya juga masih lagi samar-samar.

Apa yang sedang terjadi? Siapa lelaki ini?

Tiba-tiba cahaya yang sama muncul lagi. Aku merasakan rempuhan yang sangat kuat di belah kanan. Kaca-kaca dari cermin terpacak di tubuhku. Dan kali ini, kaki aku tersepit. Aku cuba sedaya upaya melepaskan diri, tetap juga tidak berjaya. Apa yang harus aku lakukan? Kepala semakin pening dan penglihatan aku juga makin lama semakin kabur sehinggalah aku tidak nampak apa-apa langsung. Semuanya gelap.

Aku terjaga daripada tidurku. Banyak peluh yang mengalir. Aku melihat jam di meja kecil yang terletak di sebelah katil aku. Baru pukul 3 pagi. Awalnya.

Aku teringat mimpi tadi. Allah, masuk ini sudah beberapa kali aku bermimpi benda yang sama. Mengapa? Malah segala kesakitan dan kejadian yang dialami di dalam mimpi seperti benar-benar terjadi. Aduhai peningnya kepala.

Aku cuba untuk lelapkan mata tetapi tidak berjaya. Apa sebenarnya nasib aku ni?

Sudahlah Mawar, ingat sedikit esok hendak berjumpa dengan bakal keluarga baru kau ihiks, pesan aku pada diri sendiri.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now