Bab 17

3.8K 109 7
                                    

Tanpa memperdulikan lelaki yang sedang melihat wajahku, aku terus berlari masuk ke dalam bilik utama rumah itu. Manik-manik jernih mula berjuraian di pipi tatkala melihat wanita tua yang keuzuran terlantar di atas katil. Inilah dia wanita yang di cari selama ini. "Umi.." kata aku separuh bisik. Umi memandang wajahku. Riak wajah umi menunjukkan betapa terperanjat dia melihat aku di sini. Matanya mula berkaca.

"Mawar?"

Aku terus ke sisinya dan menangis melepaskan rindu yang telah lama bersarang di dalam hati. Tangan tua umi dibiarkan di bibirku. Lama. Umi mengusap kepalaku menggunakan tangan yang tidak dipegang oleh aku. "Maafkan Mawar, umi. Mawar dah abaikan umi sejak Mawar pulang dari luar negara. Mawar berdosa. Mawar tak jaga umi." kataku dengan tersedu-sedan.

"Umi dah lama maafkan anak umi." sepatah ayat yang muncul dari bibir umi telah membuat separuh masalah di bahu ini hilang. Aku berasa lega. Aku menatap wajah umi sementara umi tidak henti-henti membelai kepalaku. Ada air mata yang mengalir di pipi umi menandakan umi juga merindui aku. "Mawar ke mana selama ini? Umi rindu nak meluangkan masa bersama puteri umi yang cantik ni.." soal umi.

Sayu hatiku tatkala mendengar kata-kata umi. "Mawar tak pergi ke mana, umi. Mawar pun rindu dengan umi." Aku mengerling ke arah pintu bilik. Jelas kelihatan lelaki tadi sedang bersandar di pintu itu sambil wajahnya menunjukkan seribu tanda tanya yang sedang bermain di fikiran. Pasti bingung dengan apa yang sedang berlaku. Dia berdehem lalu berkata, " Hari dah malam ni. Eloklah cik pulang sekarang."

Tak berhati perut langsung! Berilah peluang kepada aku hendak melepaskan rindu pada umi. Terasa sekejap sahaja waktu berlalu. Aku memandang wajah umi dan menghadiahkan sekuntum senyuman yang manis. "Mawar pulang dulu ya? Esok Mawar janji akan melawat umi." Ya Allah, tidak habis lagi rinduku pada wanita ini.

"Umi ikut ya? Umi mahu tidur bersama Mawar. Boleh ya?" soal umi. Baru sahaja umi hendak bangun, aku menghalang.

"Eh tak boleh umi!"

"Kenapa? Mawar dah tak sudi tidur bersama umi?" soal umi. Wajahnya jelas kelihatan betapa sedihnya dia dengan penolakanku.

"Bukan begitu. Sebenarnya Mawar tidak ada tempat tinggal lagi. Mawar baru sahaja tiba di sini. Jadi, sebentar lagi Mawar mahu mencari hotel yang terdekat. Umi jangan salah faham ya? Mawar minta maaf sangat-sangat!" ujarku sambil memegang kedua belah tangan umi.

Riak wajah umi berubah apabila mendengar kata-kataku. Bukan tenang tetapi risau. "Mawar tidak ada tempat tinggal lagi?" soal umi. Aku menganggukkan kepala. "Astaghfirullahaladzim.. kenapa tak beritahu?"

"Kalau beritahu macam minta simpati je" jawabku dengan selamba.

"Malam ini Mawar tidur di sini ja. Tidur dengan umi. Tak elok tidur seorang diri di hotel tu."

"Tapi—" belum sempat aku menghabiskan ayat, lelaki tadi terus mencelah. "Tak eloklah umi jika dia bermalam di sini. Dia kan perempuan. Bukan muhrim. Nanti apa pula jiran kita kata." Dia terus mendekati umi.

Lelaki ini memang dilahirkan tidak ada perasaan agaknya!

"Biarlah apa jiran nak kata. Umi tak sanggup biarkan puteri umi tidur di hotel. Tambahan pula rindu umi pada Mawar belum terubat lagi. Boleh ya, Rayyan?" soal umi sambil melihat wajah lelaki yang bernama Rayyan itu.

"Umi... haih baiklah. Dia boleh bermalam di sini." kata Rayyan yang mengalah akhirnya.

Hatiku melonjak dengan gembira. Dapat juga tidur bersama umi! Yey! Senyuman di bibir ini tidak dapat lagi disembunyikan.

**
Aku menepuk-nepuk bantal sebelum melabuhkan kepalaku di atasnya. Badanku diiringkan ke kiri supaya aku menghadap umi. Umi juga sedang menghadap aku. Tangannya dibiarkan memelukku.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now