BDN | 4

2.1K 203 56
                                    

media show bunga yang hud kasi kat Haira.

PAGI-pagi lagi Haira sudah bertolak ke rumah dua orang pekerja di bakeri ibunya. Hari ni pula, ibunya sudah discharge dan akan dibawa ke rumah Abang Hairi.

Abang Hairi yang meminta untuk menjaga Ibu memandangkan dia mempunyai banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Assignment lagi, bakeri dia lagi dan ujian final semester. Haira sudah serabut.

Sabar, Haira. Ni baru sedikit Allah nak uji kau, takkan kau nak merungut lagi? Sedangkan, banyak nikmat yang Allah kurniakan dekat kau. Jangan jadi hamba tak bersyukur, Haira. Sempat dia mengingatkan diri sendiri.

Tiba-tiba, satu panggilan masuk. Segera dia memakai earpod bluetooth dan menjawab panggilan.

Assalamualaikum, akak. Maaf ganggu pagi-pagi." Suara Aina menyapa di panggilan.

"Waalaikumussalam. Tak apa, Aina. Ada apa call?" jawab Haira dengan tenang.

"Aina dah dapat pekerja baru untuk akak. Kak Ara nak dia datang pukul berapa?" Aina menyoal di talian.

Jeda seketika.

“Suruh dia datang selepas Zuhur. Akak pun ada hal nak settle fasal kes bakeri sana."

Okay, akak. Aina faham."

“Okay. Bye. Jaga bakeri elok-elok." Haira terus mematikan panggilan tanpa menunggu balasan Aina Nadeera.

Lot 124, Taman Terpesona, Jalan Indah 4/3, 09876.

Haira yakin dengan rumah di hadapannya dan alamat di tangannya adalah sama. Rumah milik Zinnirah dan Sumayya. Mereka berdua ni ialah teman sekuliah. Jadi, mereka tinggal berdua.

“Assalamualaikum, Maya, Ira! Assalamualaikum." laung Haira bersemangat di luar.

Dia datang bukan nak menyerang atau mencari gaduh, dia datang untuk dengar penerangan.

“Waalaikumussalam. Kak Haira." Maya dengan wajah takutnya membuka pintu pagar buat Haira.

“Boleh akak masuk?" soal Haira sopan.

Maya mengangguk. Berani kerana benar, takut kerana salah.

“Mana Zinnirah?" soal Haira hairan apabila tiada kelibat Zinnirah di dalam rumah itu.

“Zinnirah balik rumah dia semalam, ayah dia sakit. Kejap Maya buatkan air," jawab Sumayya. Haira hanya mengangguk tanpa banyak soal.

Setakat ni, dia percayakan Sumayya. Zinnirah tu macam kurang sikit. Tak tahulah kenapa.

“Nah, airnya."

Haira mengangguk tanpa menyisip air itu terlebih dahulu.

“Maya tau apa yang jadi dekat bakeri?" Haira terus menyoal tanpa bengkang-bengkok.

Sumayya mengangguk.

“Maya nampak?"

Sumayya mengangguk lagi. Kenapa dia tak bersuara? Haira cuba sabarkan hati.

“Apa yang Maya nampak?" Haira bertanya dengan harapan Sumayya bersuara.

“Mereka ugut Maya. Mereka cakap jangan bagitahu pemilik bakeri ni. Tapi, Maya akan cerita dekat akak."

Haira menghela nafas lega.

“Ceritalah. Akak tak marah." Haira cuba memujuk Sumayya lagi.

“Macam ni, waktu tu pukul 3 petang. Maya dengan Ira tengah bekerja lagi dan masa tu tak ada pelanggan datang. Tiba-tiba, lelaki rambut merah dengan kuning datang. Mereka merompak bawak pistol sekali. Maya tak tahu nak buat apa, Maya takut sangat."

Bidadara Dalam Hati©Where stories live. Discover now