HAIRA menatap lama wajah suaminya, Ariq Zayyan. Perasaan berang dalam hati ketika itu hanya mampu dipendam. Dia tidak dapat meluahkan rasa marahnya pada lelaki itu.
Seakan ada sesuatu yang menghalang dia daripada memarahi lelaki itu. Apa yang dia dapat lakukan ialah hanya tunduk pada kata-kata lelaki itu walhal dirinya sendiri tak rela.
"Sekarang kau dah pandai nak melawan cakap aku?" Soal Ariq. Matanya tajam merenung Haira. Seakan-akan mahu membunuh wanita bertubuh genit itu. Syaitan mana yang merasuknya pun tak tahulah?
"Tak, awak." Jawab Haira perlahan. Dia tak mahu menuturkan perkataan tersebut, namun lidahnya laju menggulung kata. Seperti disumpah.
"Kau kena ingat, Haira. Kau tu kotor, jijik. Mana ada lelaki yang nak dekat kau kecuali aku. Aku saja yang sanggup kahwin dengan kau, padahal kau tu dah tak suci!" Provok Ariq lagi.
Kata-katanya telah menghancurkan hati Haira. Tapi, dia tak selemah tu.
Tangan Haira laju menampar kuat pipi Ariq. Hampir terteleng kepala Ariq dengan tindakan Haira.
Puas hati Haira. Sakit yang dia pendam selama ni seolah-olah hilang sebentar.
"Kau tampar aku?" Ariq memegang pipinya.
Haira mengangkat wajah menentang mata tajam milik Ariq Zayyan. Lelaki yang perangainya kalah Iblis laknatullah.
"Sini kau!"
Rambut Haira dicekak kuat lalu tubuh Haira yang genit itu dihempas pada dinding. Sakit. Hanya Allah yang tahu. Hati Haira merintih pilu dan bibirnya tak henti-henti mengucapkan kalimah-kalimah Allah.
Ya Allah, bantulah aku. Ya Allah ampunkan aku sesungguhnya Engkau Maha Mendengar.
"Siapa yang ajar kau untuk kurang ajar dengan aku? Kau ingat sikit, kau tu isteri aku! Kau kena taat pada aku. Jaga sikit perangai kau." Jerkah Ariq. Terasa bingit sekali telinga Haira. Kalau ada jiran di rumah sebelah, pasti mereka mendengar.
"Sedangkan kau tak hormat aku, buat apa aku nak hormat kau." Jawab Haira kuat. Dia seperti memperoleh kekuatan.
Ariq mencengkam pipi Haira. Laju pipi Haira pula menjadi sasaran tamparannya. Perit. Ya Allah, sakit.
"Kau menjawab lagi?"
Ariq mencabut tali pinggangnya. Lalu, memukul tubuh Haira dengan tali pinggangnya pula. Teruk Haira dibelasah pada hari itu dengan alasan yang langsung tidak diketahuinya.
Sepanjang perkahwinan mereka yang dijanjikan bahagia oleh Ariq, Haira hanya menjadi tempat melepaskan amarah dan nafsu syaitan milik Ariq Zayyan.
Haira menyesal. Demi Allah, Haira telah menzalimi diri sendiri dan pasti dia dari kalangan mereka yang rugi.
Ampunkan Haira, Ya Allah. Haira salah. Luah hati Haira. Dia tak mampu bergantung pada sesiapa, kecuali dengan Penciptanya. Dia sebaik-baik tempat kembali.
psst , this is cuma PROLOG dan PROLOG BUKAN sambungan BAB 1 okay, jangan salah faham. anyway, jangan takut dengan prolog okie!
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Storie d'amore﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...