BDN | 58

1.3K 107 11
                                    

DISEBABKAN Hud yang suka-suki ponteng kerja, dibawanya Haira ke Pusat Sunnatul Mukminin. Sengaja Hud mengambil cuti hari ni,jenuh jugak dia nak mohon cuti dekat Big Boss aka Tuan Jabal tu. Lagipun, dia dan Haira sudah lama tak dating bersama.

Lama dah dia berhajat nak bawa Haira ke sini, tetapi masing-masing sibuk pulak. Haira sibuk di bakeri, Hud sibuk di kilang. Masa untuk mereka suami isteri pun kurang. Rindu jugak Hud dekat Haira walaupun tinggal sebumbung. Acewah! Ini kalau isteri tercinta tahu, mahunya kena usik. Takpe, dah biasa.

“Kita nak buat apa dekat sini, bang?" soal Haira sambil menggenggam erat tangan Hud.

Berita baik, Haira sudah memanggil dirinya Abang. Auch! Sebenarnya, Puan Hashimah yang suruh. Jadi, hanya sehari tu je Haira menggelar Hud, Abang. Selepas tu, terus dia menyuruh Haira memanggil dirinya Abang.

“Nak naik kuda. Suka tak?" soal Hud dengan teruja sambil mereka berdua masuk ke dalam kandang kuda.

Haira membulatkan mata. Oh My Allah! Lebih kepada cuak sebenarnya.

“Naik kuda?!" suara Haira naik sedikit.

“Ya sayang. Kenapa? Tak pernah naik ke? Jangan risau, suamimu yang tercinta ni ada. Selamat jiwa dan raga," Hud mendabik dadanya membuatkan tawa Haira pecah.

“Pernah sekali je. Waktu zaman kecil-kecil dulu. Abang naiklah. Ara takutlah," jawab Haira sambil mengikuti Hud yang membawa keluar seekor kuda berwarna putih. Handsome kuda ni.

“No, no, no. Hari ni Abang ajar Ara naik. Cepat naik," arah Hud sambil menyediakan tangga buat Haira.

Haira buat muka sedih.

“Apa kita kita naik dua? Kuda ni kan besar, panjang, lebar jomlah naik dua. Pleaseeee?" Haira mengelipkan matanya ke arah Hud sambil membuat muka comel. Cairlah wahai suamiku, cairlah.

No means no, sayang. Nanti sampai bila-bila Ara takkan pandai," Hud memeluk tubuhnya tak mahu termakan dengan wajah comel milik isterinya.

Tak boleh manjakan Haira. Nanti sampai bila pun Haira tak pandai naik kuda. Macam mana nak ajar anak-anak nanti? Hehe.

Yes means yes, Abang. Ara takutlah. Kalau jatuh macam mana?" Haira cuba memohon simpati pada Hud. Dia benar-benar tak berani naik kuda ni.

Ibuuuuuu!

“Jangan fikir negatif sayang oi. Polo baik. Dia jinak la sayang. Cepat naik sebelum Abang angkat Ara naik," Hud sudah mula mengugut. Haira menjeling suaminya tajam.

“Okaylah, kalau Ara muntah Abang tanggung," Haira sempat memberi amaran sebelum mula memanjat tangga. Topi yang dipakaikan oleh Hud tadi diperkemaskan.

Dan, kuda yang bernama Polo itu terus berjalan tapi menurut Haira, Polo ni bukan berjalan tapi berlari weh! Laju nak mampus. Pergh! Ni baru kuda betina, belum yang jantan lagi. Haira tahan diri daripada menjerit, kang si Polo ni campak je dia tepi jalan.

Sempat Haira memandang ke arah Hud yang tersenyum manis sambil melambai ke arahnya di tepi padang. Argh, rasa nak penyet-penyet Hud lepas tu buat nasi ayam penyet, nasib suami!

“Macam mana, sayang? Seronok?" soal Hud sambil melepaskan topi yang dipakai Haira daripada kepalanya.

Haira mengembungkan pipi. Berfikir sekejap.

“Bolehlah, tapi rasa pening sikit. Lama gila kut tak naik. Scary betul," balas Haira sambil mengusap kepala milik Polo. Pegang dia beranilah.

“Lama-lama biasalah tu," ujar Hud lagi. Haira hanya mengangguk sambil meneguk air.

Bidadara Dalam Hati©Where stories live. Discover now