PUAN Maryam masih merenung anak bujangnya yang tampan itu dengan renungan yang sangat misteri. Hud juga dengan berani melawan anak mata Puan Maryam.
“Okay, Umi kalah!" jerit Hud apabila melihat mata Puan Maryam berkelip. Sakan dia bergelak tawa sendiri sebelum menyedari renungan tajam daripada Puan Maryam.
Puan Maryam menampar bahu anak lelakinya itu dengan perlahan. Sedas!
“Umi serius ni. Umi nak menantu, Hud." pinta Puan Maryam lagi.
Hud menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah buntu.
“Hud muda lagi, Umi. Baru 24 tahun. Hud masih mentah lagi nak didik anak dara orang sampai syurga, Umi. Hud tak nak sia-siakan anak orang la, Umi. Umi faham kan?" Luah Hud dengan lembut. Dia mengusap tangan tua milik Puan Maryam.
“Memang la Hud muda lagi. Tapi, umi ni? Umi dah umur 58 tahun. Umi faham, tapi boleh belajar kan? Abi ada untuk ajar Hud ilmu munakahat." Bahas Puan Maryam pula tak mahu mengalah.
“Umi nak menantu macam mana?" Sengaja Hud bertanyakan soalan itu. Segera Puan Maryam tersenyum segaris.
“Cukuplah dia sempurna pada mata Hud. Menyejukkan mata Umi memandang. Mampu jadi ibu dan isteri yang solehah, umi terima je." Puan Maryam mengusap pula tangan kekar milik Hud.
Dahulu, tangan ini kecil dan halus saja. Kini, tangan ini sudah cukup teguh. Sehingga sudah mampu menjadi imam. Puan Maryam sentiasa mendoakan yang terbaik buat kedua anaknya.
“Insya Allah. Umi doakan Hud." Hud mengangguk kepalanya.
“Umi sentiasa doakan anak-anak Umi. Umi nak tanya ni. Hud ada suka sesiapa ke? Kalau ada, bagitahu cepat. Umi dengan Abi masuk meminang dia cepat." Puan Maryam tersenyum suka. Bukannya dia tidak mendengar perbualan Hud dan Ray tadi.
Haira rupanya pencuri hati anak lelakinya. Mungkin suatu hari nanti mereka bakal bertemu.
“Hud ada suka perempuan ni. Hud cuma pernah jumpa dia dua kali je." Cerita Hud ringkas. Malas nak ungkit memori terindah 15 tahun lalu. Nanti kena usik dengan Umi!
“Baru dua kali terus jatuh suka?" soal Puan Maryam. Hairan. Takkan secepat itu anaknya jatuh suka? Mesti ada alasan lain.
“Mata dia cantik, Umi," balas Hud sesekali melirik ke arah Encik Jabal. Kang Abi dengar, mahu kena cubit.
"Hud, jaga mata. Wanita ni sangat bahaya. Jangan sampai jatuh fitnah. Kalau suka, kenalkan dia pada Umi dengan Abi. Biar nampak gelojoh, asalkan tak bertambah dosa." Pesan Puan Maryam sebelum bangun.
“Yam, awak ni pun. Janganlah paksa anak tu. Biar Hud betul-betul faham tanggungjawab dia dulu. Hud, kalau nak belajar. Ni Abi ada." Encik Jabal pula menyampuk.
“Yalah, bang," balas Puan Maryam. Malas mahu berdebat dengan suaminya.
Hud hanya mengangguk sambil tertawa kecil.
“Baik, Abi." Hud turut mengikut langkah Puan Maryam. Masa untuk memasak!
***
“IBU nak uruskan bakeri kedua kita. Jadi, Haira tak payah susahkan diri nak uruskan dua-dua bakeri kita." Ujar Puan Hashimah saat Haira melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Ibunya.
“Ibu, tak susah pun lah. Kita kan ada pekerja," hujah Haira lagi. Nak menang!
“Jauh tu Alor Gajah dengan Bandaraya Melaka. 40 minit. Belum campur jalan sesak lagi." Puan Hashimah sudah membuat kira-kira.
“Ibu dah sihat betul ke? Ibu duduk je kat rumah, rehat." Cadang Haira sambil mengurut lengan Ibunya perlahan-lahan.
“Ibu bosanlah, Ara." Rungut Ibunya perlahan membuatkan Haira tertawa kecil.
"Alololo, Ibu ni. Mainlah dengan cucu Ibu. Lagipun, Haidan ada boleh tolong Haira masa dia free," ujarku merujuk kepada anak-anak Abang Hairi yang sedang bermain. Bising jugak tapi tak apalah. Haha.
Ibu ni dia duduk rumah sendiri dalam 3 hari je tau. Selepas tu, Ibu sambung balik duduk rumah Abang Hairi teman Kak Hafia terus. Jadi, Rumah Ibu hanya menempatkan dia seorang saja. Haidan pun sibuk, kalau dia cuti, baru adiknya pulang ke rumah.
“Yalah. Esok bawak Ibu pergi bakeri tau. Lama tak tengok. Renovate semua tu dah siap ke?" soal Ibu pula. Okay, yang ni Haira benarkan.
“Dah! Semua dah settle." Jari Haira membentuk perkataan okay.
“Alhamdulilah. Okay la, Ibu nak berkebun kejap. Kamu pergi tolong Kak Hafia memasak kat dapur tu." Haira cuma mengangguk. Puan Hashimah bangun lalu meminta diri.
Berkebun? Ibu nak berkebun? Tengah hari ni, tak panas ke? Tak apalah, asalkan Ibu bahagia.
Haira mencuit pinggang Kak Hafia perlahan-lahan tanpa membuat sebarang bunyi menyebabkan wanita itu melatah kuat.
“Oh oppa gangnam style!" Latah Kak Hafia kuat.
Haira ketawa terbahak-bahak di belakang wanita itu dan hanya membuat muka tak bersalah ketika wanita itu memandangnya dengan tajam.
“Nak kena ni!" Kak Hafia menggeletek badan Hairan. Dia diserang bertubi-tubi. Haira ketawa menahan rasa geli.
"Cukup akak! Ara surrender." Haira terbaring di atas lantai.
“Padan muka! Usik akak lagi. Mujur tak kena ketuk dengan senduk ni," balas Kak Hafia sambil menunjukkan ke arah senduk yang digunakan untuk mengacau kuah kari.
“Hahahhaha. Ampun, kak. Nak Ara tolong apa-apa ke? Tengah rajin ni." Pelawa Haira sambil tangannya sudah lincah memotong sayur.
“Tak apa. Tak ambil hati pun. Ha, potong je sayur tu. Nak buat sup sayur kegemaran budak dua ketul kat depan tu," jawab Kak Hafia panjang.
“Wah, bagus eh suka makan sayur?"
“Mula-mula kena paksa tu dengan ayah dorang. Selepas tu, barulah dua ketul tu mula suka dengan sayur." Cerita Kak Hafia ringkas.
Alah, macam dia la. Ibu paksa makan sayur, baru dia makan. Padahal, sedap je rasa. Gaya tak nak tu macam ada racun je kat sayur tu. Haha.
***
NADA dering daripada telefon pintar milik Hud menjerit-jerit minta diangkat. Hud meminta diri daripada Puan Maryam dan Encik Jabal untuk mengangkat panggilan itu ketika mereka sedang bersenang-lenang di ruang tamu.
Panggilan daripada Asiff Jiddan.
Kadang, panggilan daripada lelaki itu memagut rasa risau akan bahaya yang mungkin menyerang kumpulan mereka. Begitu juga dengan panggilan daripada adiknya, Ray jika adiknya itu memaklumkan apa-apa tentang Haira.
“Assalamualaikum." Sapa Hud dengan sopan sambil cuba menenangkan hatinya yang agak risau dan berdebar-debar.
“Waalaikumussalam. Sorry kacau cuti kau," balas Asiff Jiddan di talian.
“Sookay. Kenapa? Ada masalah ke?" tanya Hud tanpa berdolak-dalih.
“Aku dapat news baru daripada pakar IT kita. Someone sent code yang pelik dekat email syarikat kita," balas Asiff dengan nada sinis. Tanda lelaki itu sedang menahan amarah.
“Dapat translate belum kod tu? Team Charlie ada seorang yang pro bab ni. Nama identiti dia Knight," maklum Hud.
Memang diantara tiga kumpulan syarikat mereka hanya dikenali dengan nama identiti masing-masing. Kalau tahu nama sebenar pun sebab rapat. Mungkin untuk keselamatan.
Asiff Jiddan penat ditipu. Mungkin lelaki itu tidak mahu di khianati lagi.
“Ouh, ya ke? Nanti aku roger dia. Thanks Hud. Bagitau semua ahli kita untuk jaga diri masing-masing. Musuh kita bukan seorang dua tapi ramai." Pesan Asiff Jiddan lagi dengan nada tegas.
“Baik, bos! No biggie." Hud terus meletakkan panggilan.
Tbc
2032021ha, lets take a nap. sori chap ni pendek n bosan.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Romantik﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...