BDN | 40

1.2K 108 12
                                    

media credit to : mustaqim.jiwa

KERETA dipandu olehnya sederhana laju. Dia ingin tiba ke lokasi sepantas yang mungkin. Kang bawak laju-laju tak pasal kena saman pulak. Terbang duit! Tiba-tiba, telefon pintarnya sekali lagi berbunyi. Dia segera mengangkat panggilan. Earbud miliknya segera disumbat ke dalam telinga. Kang kena saman pulak main phone sambil bawak kereta.

Eh, memang topik Hud harini pasal saman je ke? Tak ada modal agaknya. Entahlah, nak.

“Ya, Hadif?" Hud menyapa pemanggil terlebih dahulu. Hadif, PA Asiff Jiddan dan hacker syarikat The Mannequin Spy.

Disebabkan Hadif ni buat kerja secara double, payment dia pun memang double jugak.

“Hud, kau kena datang sini. Tukar lokasi. Martin ada kat sini. Lebih-lebih kita sembang sini. Aku tunggu kau. Cepat sikit," Tanpa apa-apa, terus Hadif meletakkan panggilan. Kelam-kabut sangat nampaknya ni.

Engku Hadif bin Engku Hassan, anak bekas ketua detektif memang macam tu orangnya. Kalau tak kenal, memang akan cop dia mamat paling sombong dalam muka bumi. Sekali dah kenal, santai je geng. Pada awal perkenalan mereka, memang Hud tak bertegur pun dengan Hadif ni sebab melalui air mukanya yang dingin tu rasa macam dikelilingi aura negatif.

Sekarang? Helok je lepak sekali dekat Sunnatul Mukminin memandangkan Hadif gemar meluangkan masa bermain sukan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Beberapa ketika kemudian, Hud sampai di pejabat Asiff. Oh, Asiff masih bercuti dan buat masa ini memang Hud akan handle apa-apa meeting. Hud juga merupakan pemegang saham ketiga terbesar di syarikat ini jadi memang dia la yang akan menggantikan Asiff jikalau ada apa-apa kebarangkalian.

“Ha sampai pun. Dari kilang ke, Hud?" Dia terus disapa oleh Hadif dengan raut wajah yang biasa.

“Haah. Apa dah jadi? Siapa yang kena culik? Aku dengar tak jelas tadi," Hud menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Aisyah." jawab Martin sepatah. Mukanya usah ditanya. Muka penat gila.

Siapa je tak penat, risau kalau buah hati kena culik?

“Dah cari ke, Martin? Last Aisyah dekat mana? Dengan siapa?" Hud mula mengutarakan soalan satu persatu.

Kemudian, mulalah ahli-ahli spy seorang demi seorang yang cuti dan mengambil emergency leave masuk ke dalam bilik mesyuarat. Paling awal, Tengku Nadeef ha. Mesti datang awal sebab nak mengelat la tu. Ingat Hud tak tahu ke taktik Nadeef? Tengku Nadeef sepatutnya duduk di ofis papa dia sekarang ni, tapi melencong ke sini pulak.

“Aisyah kat rumah ayah dia. Seorang je. Sebab Ayah Aisyah pergi Spain." jawab Martin sekali lagi.

Hud menepuk dahi. Patutlah.

Bodyguard?"

“Ikut ayah dia pergi sana sekali," jawab Martin dengan riak wajah gusar.

“Cerdik sangat kenapa, tak tahu ke anak dalam bahaya? Tinggal je lah bodyguard tu kat rumah. Masalah betul," sinis nada John Damien memaki dengan suara yang perlahan. Ambik kau!

Iqbal Harriz di sebelah menolak bahu lelaki itu menyuruhnya bertenang.

“Benda dah nak jadi, John," bisik Iqbal perlahan. Bahu lelaki itu ditepuk.

Team Beta, aku nak korang semua pergi rumah Aisyah sebab ahli korang semua cukup. Korang cari apa-apa benda mencurigakan dekat sana. Boleh tak boleh?" tegas suara Hud mengarah kesemua ahli Beta.

“Boleh!" Semangat suara kumpulan Beta.

“Ahli yang lain kalau nak stay, boleh. Kalau tak nak stay pun boleh." Hud bersuara lagi.

Bidadara Dalam Hati©Where stories live. Discover now