"KAU dah gila ke, Ariq Zayyan?" Soal Safia kuat. Bergema seluruh rumah miliknya dengan suara nyaringnya. Safia memegang kepalanya. Dia rimas dengan lelaki ni. Tak habis-habis merayu daripada tadi. Semak tau tak! Ingat kerja dia sekadar nak layan lelaki ni saja ke?
"Ya, memang aku dah gila! Kau kena tolong aku, please." See? Dia merayu lagi. Tch!
"Kau ni. Faham tak yang Haira tu tak pandang kau. Kau sedar tak? Hal cinta mana boleh dipaksa, Ariq. Kau kena faham tu." Bebel Safia lagi. Dia sudah penat dengan lelaki ni. Tak habis-habis mengacau hidup dia sebab nak dapatkan Haira.
Haira, Haira, Haira! Dah obses sangat agaknya. Nampak muka dia je mesti nak sebut nama Haira. Tak, dia tak cemburu. Untuk apa? Dia dah ada pasangan lebih matang, bekerjaya daripada Ariq Zayyan.
"Fine! Aku ni memang tak layak kan nak dapat kasih sayang sesiapa? Tuhan pun tak sayangkan aku. Tak ada siapa sayangkan aku. Ayah aku, Ibu aku, semua duduk jauh dari aku. Apa aku ni tak layak bahagia ke Safia?" Soal Ariq lagi dengan nada lirih. Perit kian terasa di dalam jiwanya.
Safia buat endah tak endah. Datang dah meroyan mamat ni. Ya Allah, apalah dosa dia kena hadap orang mental macam ni?
"Lantak kau la." Ujar Safia perlahan. Kang mengamuk pulak lelaki ni.
"Aku tak dapat Haira, tak ada siapa layak dapat Haira!" Jerit Ariq lagi.
Safia menutup telinganya. Bingit betullah jantan ni, alahai. Mabuk ketum ke apa?
"Yang kau pergi buat cara kotor tu kenapa? Tak boleh bersabar sikit ke? Kan aku dah cakap, mula mula memang la dia nampak bencikan kau, kau ambil hati dia sikit lagi, dia cair la." Bidas Safia lagi. Rasanya dah kering air liur dia bercakap benda yang sama dengan mamat tak faham bahasa ni. Penatlah nak layan.
"Sampai bila? Sampai bila aku kena tunggu? Dah bertahun-tahun aku cuba. Sikit pun dia tak pandang aku. Jadi, ni balasan dia!" Ariq masih lagi berbicara dengan nada yang semakin meninggi.
Sumpah Safia rasa nak hantar dia pergi Hospital Tanjung Rambutan sekarang ni. Safia mencapai ubat tidur di dalam begnya. Lalu, dia perlahan-lahan mencucukkan jarum membiarkan cecair itu mengalir di dalam tubuh Ariq apabila Ariq perlahan-lahan menutup matanya.
Esok sedarlah tu.
Mujurlah dia seorang doktor, senanglah nak buat kerja. Selesai masalah! Diam pun! Safia keluar daripada rumahnya lalu menuju ke rumah ibu bapanya. Dia belum gila lagi nak tinggal serumah dengan lelaki psiko tu. Kang mati kena cekik! Naya!
***
SEPERTI yang dijanjikan, Haira menunggu kedatangan Ariq Zayyan di ruang tamu. Katanya, lelaki itu akan tiba tepat pukul dua petang. Okay, bawa bersabar dulu sekarang baru pukul satu empat puluh lima minit.
"Haidan! Nak pergi mana?" Soal Haira kepada adiknya yang segak memakai kemeja putih, seluar slack. Ni nak pergi mengorat anak siapa pulak ni?
"Akak lupa ke? Haidan nak pergi kelas la. Akak demam ke?" Haidan tertawa kecil lalu telapak tangannya melekap pada dahi kakaknya. Tak panas pun, suam pun tak.
Haira menepuk dahi. Ya Allah, dia lupa yang adiknya dah pun masuk universiti. Haira bangun lalu menepuk bahu adiknya. Dah besar panjang adik kesayangan dia.
"Haah, lupa pulak. Banyak benda sangat akak fikir. Belajar rajin-rajin tau. Banggakan Ibu, Ayah." Pesan Haira lagi.
Haidan menganggukkan kepalanya. Sejak zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah dan kini ke universiti, pesanan kakak dia masih sama. Kak Haira saling tak tumpah macam Ibu. Puan Hashimah tak ada dalam rumah ni pun, terasa seperti ada kerana Kak Haira. Haidan tak boleh bayangkan kakak dia bergelar isteri nanti, pasti dia rasa berat nak lepaskan kakak dia kepada lelaki yang dicintai Kak Haira.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Romans﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...