"Saya nak masuk meminang awak, boleh?" Soalan yang keluar daripada mulut Ariq Zayyan membuatkan Haira terbatuk. Sengaja je batuk. Aina yang mendengar perbualan mereka terus rasa nak termuntah hijau. Someone please hulurkan baldi.
Haira membulatkan matanya. Chinchaaa?
"Gurau je," Ujar Ariq sambil tersengih. Haira pula hanya diam. Dia baru berputik rasa suka pada lelaki itu tak sampai dua hari, terus nak ajak kahwin? Haira pun taktahulah bagaimana rasa suka itu boleh mula berputik. Segalanya seperti tiba-tiba.
"Awak nak cakap apa sebenarnya?" Soal Haira meminta lelaki itu berterus-terang. Setia berdiri di sebelah Ariq. Tangan diseluk ke dalam poket apron.
"Hujung minggu ni, pejabat saya nak buat makan-makan sempena anniversary pejabat saya yang ke 10," Ariq mula membuka cerita.
Sedang asyik bercerita, Hud dan Ray yang masih disitu mendiamkan diri sambil memasang telinga mereka. Kena ambil tahu sebagai langkah persediaan itu yang pasang telinga tu.
"Jadi?" Soal Haira lagi.
"Jadi, saya nak bawak awak sekali memandangkan orang lain semua bawak pasangan masing-masing. Kesian saya seorang je single nanti." Balas lelaki itu dengan mata yang penuh pengharapan. Dia ingin menyentuh tangan Haira namun cepat-cepat Haira melarikan tangannya.
"Hmm, tengok dululah. Sebab hujung minggu ni saya ada kelas baking. Kalau boleh, saya mesej awak," Balasnya. Memang benar dia ada kelas baking yang Najla mengajaknya untuk ikut bersama.
Kata Najla, dia tak nak pun join sebenarnya tapi oleh kerana yang tukang mengajar itu segak, kacak orangnya apa lagi? Menggeletis la Najla ajak dia kelmarin. Haira pun ikutkan je la mana tau dapat tambah ilmu.
"Dengar tak?" Di satu sudut yang lain, Ray bertanya pada abangnya.
"Dengar," Hud mengangguk. No talk to me, i'm angry now.
"So, apa plan abang?" Soal Ray. Hud tertawa. Ray ni jarang-jarang je panggil dia abang. Bila nak sesuatu atau bila dia tengah marah auto sopan dan panggil abang Hud.
"Sini," Hud mendekatkan bibirnya ke telinga Ray. Rancangannya diceritakan dengan penuh teliti. Rancangan boek punya.
Kau tunggu je Ariq Zayyan. Nanti kau sedar langit tu tinggi ke rendah. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Getus hati Hud dengan senyuman sinis terukir di bibir merahnya. Mata helangnya memandang lelaki itu tajam.
Tika membayar di kaunter, barulah Hud teringat akan sesuatu. Pesanan Umi! Nasiblah dia ingat.
"Haira," Panggil Hud sambil menghulurkan wang kertas berjumlah sepuluh ringgit.
"Ya?" Haira mengembalikan wang kertas sebanyak dua ringgit beserta resit.
"Umi saya kirim salam. Abi sekali. Umi dengan Abi saya dah balik Selangor," Ujar Hud menyampaikan pesanan Puan Maryam.
"Waalaikumussalam. Ouhh la ye ke? Tak sempat nak jumpa lagi," Haira mencebikkan sedikit bibirnya. Rindu pulak dekat Puan Maryam yang kelakar tambah comel tu.
"Kalau awak sudi, saya boleh je bawak awak datang rumah Umi dengan Abi," Pelawa Hud lagi dengan senyuman manisnya.
"Eh, sudi sangat. Insya Allah. Saya okay je bila-bila," Balas Haira. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Dia pun dah lama tak merasai suasana kampung memandangkan kedua-dua nenek dan datuk belah Ibu dan Ayah telah lama meninggal dunia.
"Insya Allah. Nanti saya bawak awak. Saya balik dulu. Hati-hati. Assalamualaikum," Sempat Hud berpesan sambil melangkah pergi.
"Datang lagi. Waalaikumussalam," Balas Haira perlahan. Entah kenapa ada rasa berbelah bahagi dalam hatinya ketika matanya terpandang mata helang milik Hud Jibril. Aneh.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Roman d'amour﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...