BDN | 59

1.3K 92 39
                                    

comelnya media >3

HUJUNG minggu kembali menyapa hari. Hujung minggu yang bermaksud masa untuk mengemas rumah, buat wayang dalam rumah, tengok k-drama dengan suami terchenta dan banyak lagi. Oh, termasuklah tengok Hud memasak di dapur.

Daripada pukul lapan pagi tadi sehinggalah sembilan pagi, Hud masih bertukang di dapur. Sikit pun dia tak bagi Haira jejak dapur.

“Sedap tak, sayang? Maaflah kalau tak sedap. Kita mana reti masak," kata Hud sambil meletakkan sepinggan nasi goreng telur mata di hadapan Haira.

Telur mata dah cantik. Mari kita rasa nasi goreng. Haira memasukkan sesudu nasi ke dalam mulut sebelum mengunyahnya perlahan. Hud hanya memerhatikan tindak-tanduknya dengan mata yang tajam.

“Hmm," Haira masih mengunyah. Baginya, tak adalah teruk sangat. Masin sikit je. Kira boleh go lagi.

“Macam mana, sayang?" soal Hud lagi. Kalau apa-apa jadi, tangan dah ready nak call ambulans.

Not bad, Hud. Boleh go lagi, boleh diperbaiki. Ada potensi memasak," Haira memberi komen yang jujur dengan senyuman paling manis.

“Ye ke sayang ni? Seriuslah? Bagi Hud rasa jap," Hud mencapai sudu Haira. Eh, sukahati je.

“Urgh," Hud terus membuat muka apabila menelan nasi goreng buatannya.

“Masinnya sayang! Tak payah makan lah. Nanti kena darah tinggi," kata Hud lagi sambil menelan nasi goreng tersebut dengan perit.

Macam mana Haira boleh makan ni Ya Allah?

“Tak adalah masin sangat, Hud. Tak payah buang, kesian dia. Membazir. Biar Haira makan. Hud kemas dapur sana. Bersepahnya," Haira menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Mulalah Hud memandangnya dengan wajah terharu. Aduhai, suami. Penat dia kemas semalam, hari ni bersepah balik.

Sorry, sayang," Hud buat muka comel. Haira berpaling dan hanya tunduk makan nasi goreng. Tak nak pandang sebab nanti Haira akan berlembut hati.

“Haha!" Hud ketawa di hujung dapur apabila terpandangkan wajah Haira yang merah menyala menahan malu. Dah berbulan kahwin pun masih malu. Comel isteri dia. Kemudian, Haira datang menolongnya membersihkan dapur.

“Lepas ni, Hud tak payah memasak untuk Ara la. Fasal denda tu lupakan je. Masak sehari ni pun okay," ujar Haira ketika mencuci pinggan. Matanya kejap-kejap mengerling ke arah Hud yang mengelap meja.

“Kenapa? Sebab Hud masak tak sedap ke? Sebab Hud sepahkan dapur ke? Sayang marah ke?" Hud bertanya dengan nada lirih. Hud memuncungkan bibirnya.

“Tak, bukan sebab tu. Sebab Ara kesian kat Hud, penat-penat masak, nak kena kemas dapur semua lagi. Bukan sebab tak sedap. Ara tak kisah sedap ke tak," balas Haira pula. Dia mengeringkan tangan dan menatap wajah Hud.

Alamak, buat muka sedih dah.

“Habis tu Ara tak penat? Masakkan hari-hari untuk Hud," balas Hud pula macam tak nak kalah.

Porah! Isu masak-memasak pun jadi hal ye Encik Tuan Hud Jibril.

“Mana ada penat. Dah tanggungjawab Ara sebagai isteri kan. Tak susah pun," jelas Haira lagi sambil meneguk air sejuk.

“Yalah, yalah," Hud Jibril akhirnya mengalah sebelum mencapai cawan Haira lalu diminum air sejuk isterinya. Haira buat muka redha sebelum berlalu ke ruang tamu.

Hud pula mencapai buku Teme Abdullah iaitu Kapal Terakhir Di Dunia lalu dengan selambanya berbaring di riba Haira.

“Sayang ni, tak habis-habis tengok muka si Mihun ni. Dia lagi handsome ke daripada Hud? Hm?" ujar Hud merujuk kepada Lee Min Ho sambil jarinya gatal bermain dengan dagu Haira.

Bidadara Dalam Hati©Where stories live. Discover now