BDN | 26

1K 111 117
                                    

HAMPIR satu jam perjalanan mereka mencari gudang tersebut. Dah berpeluh-peluh melekit satu badan dengan kena angkat senapang m16 lagi. Beratnya pula mencecah 3.9 Kg. Angkat pula dah berjam-jam. Mula-mula, Fateh yang bawak selepas tu dia bagi pada Hilman dan Hud la mangsa yang terakhir tu. Rasa nak patah balik je sekarang ni.

Akhirnya, langkah mereka terhenti di hadapan sebuah gudang lama yang sudah dipenuhi akar dan daun-daun gugur. Akhirnya! Jumpa jugak. Masing-masing menghela nafas lega.

Sedang ahli-ahli lain mengintip di sebalik tingkap, Hud mengambil langkah untuk menendang pintu usang tersebut. Satu, dua tiga! Basmalah dibaca sebelum menendang pintu tersebut. Akibatnya dia hampir ditumbuk oleh seorang lelaki berbadan gempal namun sempat Hud mengelak dengan penuh gaya.

"Healer, main door right now," Bisik Hud menyampaikan pesan pada Hilman melalui earpiece miliknya.

"Hati-hati. Aku datang sekarang," Balas Hilman. Ada nada risau dalam bicaranya.

Lelaki itu cuba menyerangnya lagi namun Hud menendang lutut mengena patella lelaki itu dan menumbuk kuat pada bahagian perutnya menyebabkan lelaki itu tumbang bersujud pada tanah. Hud tersenyum sinis. Lembik! Tak lama kemudian, muncul lagi dua orang lelaki pula dari arah belakang. Tangan mereka ditepis Hud lalu dikilas dengan mudah. Ni ke pembunuhnya? Bapak lembik!

"Hoi!" Jerit satu suara memecah kesunyian. Bergema gudang itu gamat dengan suara asing tersebut. Lagi lima orang lelaki pula muncul dari arah entah mana datangnya. Namun, kesemuanya terduduk akibat ditembak dengan senapang. Datang dah Healer!

"Wau! Hero-hero Malaysia datang," Suara yang sangat dikenali keluar daripada sebuah bilik sambil menepuk-nepuk tangan. Lelaki itu bertopeng hitam, berambut panjang melepasi bahu. Ala-ala Conan Gray.

Lelaki itu membuka topengnya sekaligus membongkar identitinya. Masing-masing terperanjat dan siap sedia dengan senjata dan seni mempertahankan diri. Fateh pula sudah membuka kuda-kuda. Maklumlah, juara silat berturut-turut. Bangga sikit.

Zukhruf! Pengkhianat ni rupanya. Dia melemparkan senyuman sinis. Asiff maju ke hadapan, berdiri tegak di depan lelaki itu dengan muka gerunnya. Kecut perut ahli lain melihat wajah garang milik Asiff. Tu dia, Uzzam kita mai dah.

"Kau nak tangkap aku ke?" Soalan kurang cerdik keluar daripada mulut busuk Zukhruf. Heh. Nampak sangat gosok gigi tak guna Colgate Extra White.

"Kau rasa?" Asiff mengangkat kening. Sejujurnya, badan Asiff jauh lebih sado dan tinggi daripada Zukhruf tu. Zukhruf tu entah-entah otot pun tak ada, sekali tendang melayang biceps.

"Kau lepaskan je la aku sekarang kalau kau nak Dara hidup lagi," Balas Zukhruf sempat tersenyum. Senyuman mengejek. Muka dah la tak hensem. Sempat Hud menyumpah di dalam hati.

Dengar saja nama Dara meniti di bibir, terus Asiff mengetap rahangnya kuat. Dalam hatinya tak habis menyumpah seranah jantan tak guna itu. Ahli yang lain maju ke hadapan, setia di belakang Asiff. Bersiap-sedia dengan kekuatan masing-masing.

"Shak, bawak betina tu ke sini," Zukhruf menghubungi seseorang menyebabkan seorang lelaki entah muncul dari mana menyeret tubuh seorang wanita yang sangat dikenali Asiff.

Luluh hati Asiff Jiddan tika ini. Hampir melayang nyawanya melihat Dara diperlakukan sebegitu rupa. Nampaknya, Dara diseksa oleh mereka. Hud mengetap rahangnya lagi kuat. Dia menumbuk kuat rahang milik Zukhruf. Lelaki itu jatuh namun dia bangkit dengan mudah. Asiff mula mengepal penumbuk.

Hud maju ke depan dan mengacu pistol pada kepala Zukhruf. Tindakan berani mati.

"Lepaskan perempuan tu dan aku lepaskan kau," Balas Hud. Dia tahu jiwa Asiff sedang rapuh tika ini. Dia tahu Asiff tak mampu melawan lagi. Dia kenal benar dengan perangai lelaki itu. Asiff sudah ibarat abang buatnya.

Bidadara Dalam Hati©Where stories live. Discover now