"Umi! Apa plan Umi ni?" Soal Hud dalam nada terkejut sambil memicit dahinya. Kadang-kadang, pening juga dengan perangai Puan Maryam yakni Uminya, nasib sayang.
Ya Allah, apa pula rancangan Umi ni? Janganlah nak buat benda luar jangkaan. Mahunya Umi pergi pinang Haira macam mana? Malu nanti. Getus hati kecilnya tak senang duduk.
"Alah, Umi gurau je. Tak adalah. Umi takkan pergi pinang dia terus. Umi nak alamat bakeri dia je." Balasan Puan Maryam membuatkan Hud menghela nafas lega. Fuh!
Tak lari gunung dikejar. Lambat-laun, jika Haira yang tertulis buatnya, pasti dia akan memiliki jua gadis itu. Insya Allah.
"Aduh, Umi ni. Hud masuk bilik dulu. Nak mandi." Balas Hud sambil menepuk dahinya.
"Ha, Yalah." Fokus Puan Maryam kembali ke kaca televisyen.
***
Sedang Haira sibuk membuat kira-kira tentang kos kek dan bahan-bahan serta segala lagi tentang kos baik pulih, kos dekorasi bakeri, dia disapa oleh satu suara garau. Aduh, sekali lagi datang bala! Astaghfirullah, tak baik!
Agak-agak lelaki ni nampak tak Haira menyorok daripada dia di pusat membeli belah tu? Semoga lelaki ni tak nampak. Kang obvious pulak dia tak suka lelaki ni.
"Hai, Haira!" Sapa lelaki itu dengan senyuman mesra seperti selalu. Senyuman yang membawa seribu satu makna.
"Hai." Haira membalas dengan janggal. Bukan apa, jarak mereka terlalu dekat. Boleh jauh sikit tak? Ke nak rasa tendangan dia?
"Boleh jauh sikit tak? Saya tak selesa." Balas Haira dengan nada tegas. Tak ada masa lah dia nak berlembut dengan lelaki seperti Ariq Zayyan ni.
"Ops, maaf." Lelaki itu dengan selamba melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Haira. Entah siapa yang suruh? Tak malu betul lelaki ni.
"Tak kerja ke? Bukan pendakwa raya selalu sibuk ke? Naik turun mahkamah." Soal Haira. Ada rasa ingin menghalau dalam bicaranya. Nak halau pun tak boleh. Pelanggan kan? Kena hormat jugak nak tak nak.
"Tengah waktu rehat. So, saya datang sini nak minum kejap." Jawab lelaki itu masih tidak terkesan dengan gaya acuh tak acuh daripada Haira. Muka tembok ke macam mana?
"Ouh." Haira membalas. Tak ada modal nak bersuara. Kata nak minum air, kenapa masih kat sini? Tak nampak ke yang Haira tak ada masa nak layan dia.
"Saya nak oder air kejap." Lelaki itu bangun lalu meminta diri ke kaunter.
Haira pun tak tahulah kenapa dia tak suka dengan lelaki ini. Dengan Hud Jibril, lelaki yang baru dikenali itu boleh pun dia berbual dengan cara yang baik. Tapi, dengan Ariq Zayyan ni memang tak ngam. Mungkin sebab lelaki itu seperti cuba mengambil hati dia?
Prinsip Haira, dia tak suka didekati lelaki-lelaki yang cuba-cuba mempunyai hubungan istimewa dengan dia. Dia lebih suka, dia sendiri akan tertarik dengan lelaki tu. Tapi, kalau dah jodoh tu lari sampai seribu batu pun tak boleh elak. Faham tak? Ha, macam tu la.
"Sabtu ni awak free tak?" Soal Ariq. Dia kembali dengan sebuah bekas air berisi kopi di hadapan Haira.
Haira mengangkat wajah. Nak jawapan jujur ke tak?
"Free." Balas Haira sepatah. Matanya memandang ke arah sekeliling. Macam biasa, ada lima ke enam pelanggan sibuk bersembang dengan pasangan dan rakan masing-masing.
"Saya nak bawak awak keluar boleh? Jangan risau saya bawak adik saya sekali." Ajak Ariq Zayyan lagi. Kali ini sudah kali ke tiga namun lelaki ini masih tidak mengenal erti putus asa.
"Kenapa nak bawak saya sekali? Berdua je dengan adik awak tak boleh?" Soal Haira. Masih dalam nada sarkastik.
Dia dah ada adik sebagai peneman, kenapa mesti nak bawak Haira sekali? Ada apa?
"Saya cuma nak belanja awak makan. Selepas tu, nak belikan hadiah untuk ibu saya sempena hari jadi ibu saya." Jawapan tak berasas daripada lelaki itu membuatkan Haira mengerutkan kening.
"Adik awak dah ada kan? Kenapa saya nak ada kat situ sekali? Tak payah susah-susah belanja saya makan." Tolak Haira lagi.
Eh, tau tak hari Sabtu tu dia nak tengok drama Korea. Dah lama tak dia tak menonton drama yang baru ditayangkan. Jadi, boleh tak jangan kacau. Ish! Sibuk betullah.
"Alah, adik saya tu dia tak pandai pilih hadiah. Saya janji, sekali ni saja awak keluar dengan saya." Ariq masih tidak berputus asa. Melihat wajahnya yang merayu itu benar-benar buatkan hati Haira Jannah mendidih.
"Fine! Kali ni je, tak ada second time." Balas Haira. Lalu, dia bangun sambil mengemas meja. Komputer riba di simpan dalam beg galas dan Haira bangun menuju ke bilik rehat untuk menunaikan waktu solat asar.
***
SEDANG Hud sibuk memerhati bakeri milik Haira melalui telefon pintarnya, pintu biliknya dirempuh oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Ray Jiyyad. Adiknya seorang tu je yang berani rempuh. Pekerja yang lain semua takut untuk berhadapan dengan Hud yang bila-bila masa saja boleh bertukar menjadi bengis. Dengan mata helang dia, fuh kecut perut!
Ha lagi satu, bagaimana dia boleh mengawasi bakeri Haira? Mestilah sebab adiknya yang meletakkan kamera CCTV kecil di bakeri Haira. Ingat lagi tak?
"Assalamualaikum, bang!" Sapa Ray Jiyyad mesra dengan senyuman manis terukir di bibir. Senyum-senyum ni mesti sebab dapat dekan.
Biasalah, adik dia bijak. Mewarisi gen bijak daripada dia jugak. Ahaks!
"Waalaikumussalam. Ada apa?" Soal Hud. Kening diangkat. Sudah menjadi tabiat dan kebiasaan yang tak boleh dielakkan bila mengajukan soalan.
"Habislah, bang!" Tiba-tiba, wajahnya bertukar cemas. Lah, dah kenapa budak ni?
Ray Jiyyad mundar-mandir di hadapan abangnya sambil mengusutkan kepalanya. Ah sudah. Dah mula dah overacting budak ni.
"Kenapa? Cakaplah. Pening aku tengok kau duk ulang-alik depan aku ni. Bawak bertenang boleh tak?" Mula naik seoktaf nada Hud. Naik sikit je. Masih dalam kawalan.
Barulah Ray melabuhkan punggung di atas sofa mahal di bilik abangnya. Bukan bilik tidur tetapi bilik di syarikat la. Dia sedang bekerja sekarang.
"Kak Haira setuju nak keluar dengan mamat tu!" Bersungguh-sungguh Ray memberitahunya dengan riak wajah tak berpuas hati.
"What?!" Kuat pula suara Hud Jibril membalas. Kemudian, dia menekup mulutnya. Terlepas pulak! Ingat nak jerit dalam hati je tadi.
"Ya, bang. Macam mana ni? Apa kita nak buat? Macam mana kalau lelaki tu cuba nak jalankan rancangan dia? Nanti dia dapat Haira, kau dapat apa je?" Kelam kabut pula Ray menjawab.
"Aku takkan biarkan dia buat apa-apa kat Haira. Ish! Kita dua ikut la Haira dengan Ariq keluar. Walau apa pun yang jadi, Haira tak boleh dengan lelaki tu. Aku yakin sangat yang dia bukan pendakwa raya biasa." Penuh yakin sekali Hud membidas. Tegas sekali nada dia.
"Aku pun syak something fishy la dengan si prosecutor tu. Apa dia nak dengan Haira?" Soal Ray lagi. Tanya la banyak kali pun, masih belum ada jawapan lagi. Rahsia belum terbongkar.
"Aku ada jumpa satu bukti yang menampakkan Ariq Zayyan tu bukan sekadar prosecutor." Jawab Hud pula. Senyuman sinis kembali terukir. Lain macam gayanya.
"Apa dia?"
Sexy smirk.
TBC
08032021aci tak kalau buat first konflik awal sikit. gue tak sabar. ehek ehek . gamsahamnida for reading. sila sedekah vote sikit ehek.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Romance﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...