Lagu Khas Buat Asiff Jiddan yang mungkin sedang terluka.
SEJAK dari pagi lagi Haira, Sumayya dan Zinnirah berkampung di HH Family Bakeri cawangan kedua yang masih dalam proses renovate dan decorate akibat insiden yang terjadi beberapa minggu lepas.
Hari ni sudah termasuk hari ketiga. Bermakna hari ni merupakan hari untuk menghias HH Family Bakery memandangkan barang-barang perabot dan sebagainya sudah tiba. Haira menepuk tangannya seketika. Teruja.
“Akak!" jerit satu suara di luar bakeri membuatkan Haira melihat ke arah luar.
Aina Nadeera.
Haira memeluk seketika gadis tersebut seakan lama tidak berjumpa. Maklumlah, Haira sibuk sejak kebelakangan ni.
“Lama tak jumpa!" sapa Aina dengan wajahnya yang gembira.
“Betul. Rindu!" katanya jujur. Haira memang sudah menganggap Aina Nadeera seperti adik kandungnya sendiri.
“So, Aina tolong akak eh? Don't worry, Aina kalau bab-bab dekor ni Aina nombor satu," balas Aina Nadeera dengan yakinnya.
Haira tertawa kecil.
“Sure! Let's start it."
“Abang, peti ais tu letak sini! Eh, bukan situ. Sini!" Riuh suara Sumayya mengarah pekerja kedai perabot itu.
“Abang yang pakai spec tu, eh bukan abang baju jersey. Abang tu ha sini letak meja tu kat sini." Suara Zinnirah pula nyaring mengarah lagi.
“Abang yang pakai baju hitam tu, ha Abang la! Ha, letak papan tanda tu atas sini. Ha, gempak!" Kecil suara Aina juga sibuk mengarah Abang baju hitam tersebut.
“Abang baju kuning! Pasang lampu elok-elok. Eh, jangan jatuh, bang. Saya ni tak kahwin lagi." Seloroh Haira apabila melihat tangga yang bergoyang dan lelaki tersebut hampir jatuh namun sempat Haira memegang tangga tersebut agar stabil semula. Fuh, gayat.
Fuh, kalau Abang baju kuning ni jatuh atas aku, tak ke jadi scene drama Korea nanti? Sempat Haira berbisik sendiri.
Kemudian, Haira memerhati keadaan sekeliling sehingga bersinar sinar matanya. Cantik! Tengoklah siapa yang design? Dia dan Aina kan.
***
HABIS saja waktu bekerja, terus Hud pergi ke pejabat milik Asiff Jiddan. Masalah belum selesai lagi.
“Oh mak kau!" Kuat Asiff melatah apabila Hud Jibril menerjah masuk ke dalam biliknya.
Asiff Jiddan mengurut dadanya perlahan. Terkejut betul.
Kuat Hud mentertawakan lelaki itu tanpa belas. Apabila melihat wajah cemberut milik Asiff, Hud berhenti ketawa.
“Kenapa kau terkejut sangat?" Bahu Asiff ditepuk.
“Aku tengah fokus, kau terjah. Sudden reaction, bro," balas Asiff menjeling ke arah Hud.
“Aku dah dapat dah maklumat lelaki tu." Hud terus mengangkat kepalanya tegak memandang ke arah Asiff.
Wah, laju! Hud membetulkan duduknya seketika.
“Okay. Teruskan."
“Dia prosecutor. Dia juga anak kepada seorang dentist yang sekarang ada dekat Italy. Rakan sekolah Haira semasa di Sekolah Menengah. Dia dibesarkan di Italy dan kembali ke Malaysia pada usia 16 tahun." Dengan penuh terperinci Asiff Jiddan menerangkan.
“Lagi?" Hud menongkat dagu memandang seraut wajah Asiff dengan teliti.
“Daripada aku punya pakar IT, mamat ni dia ada buat jenayah tau kat sana. Selepas dia ambik SPM kat sini, dia balik Italy. Selepas tu, dia dengan konco-konco dia ada buat sesuatu kat sana. Sesuatu tu aku tak pasti lagi apa dia. Nanti aku suruh Hadif tu korek lagi." Cerita Asiff Jiddan lagi dengan penuh perasaan.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Romansa﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...