HAIRA mencelikkan matanya apabila terasa ada cahaya sinar matahari yang benar-benar terang memancar menyuluh wajahnya. Haira menyentuh dahinya. Dia pengsan ke? Aduh. Haira memegang kepalanya yang terasa berpinar-pinar. Pandangan mata pula berbalam-balam.
Haira benar-benar kaget akan perubahan diri pada Ariq Zayyan. Lelaki itu ada masalah jiwa atau panas baran saja? Ke ada penyakit dissociative identity disorder? Haira cuba bangun. Tak sempat kaki melangkah memasuki tandas, jembalang itu datang.
Datang dah bala, desis hati Haira.
"Ya Allah sayang! Abang... Abang minta maaf sangat. I'm really out of control yesterday," Ariq datang dengan muka bersalahnya bersama dua bungkusan dalam plastik merah. Makanan agaknya.
Haira sekadar menjeling lelaki itu tajam.
Ariq cuba memapah Haira, namun Haira menepis tangan lelaki itu.
"Jangan sentuh saya lagi," Haira menolak tangan lelaki itu sebelum menuju keluar memasuki biliknya meninggalkan Ariq terpinga-pinga.
Biarlah lelaki itu. Haira masih terluka. Ingat senang ke nak memaafkan dan melupakan? Mengambil masa yang lama. Mungkin dia boleh memaafkan tetapi tidak mungkin melupakan. Trauma akan ada. Melekat di fikiran. Utuh di jiwa.
"Sayang, makan?"
Kedengaran suara sumbang Ariq memanggilnya untuk makan. Haira menurut dek kerana perutnya yang sudah berkeroncong hebat. Kalau dibiarkan, mahunya gastrik nanti. Haira duduk di hadapan lelaki itu sebelum mula menyuapkan nasi goreng cina ke dalam mulutnya perlahan-lahan.
Masing-masing hanya senyap. Haira memang ingin melancarkan silent treatment kepada lelaki itu pun. Benci. Marah. Sedih. Menyesal. Semua ada. Melihat muka Ariq pun sudah menaikkan darahnya.
Usai saja habis makan, Ariq meminta Haira duduk di sebelahnya untuk menyapu ubat. Pada mulanya, memang Haira berkeras menentang habis-habisan namun Ariq Zayyan tetap Ariq Zayyan. Suka memaksa dan berdegil.
"Sayang menyesal?" soal Ariq secara tiba-tiba.
Haira angguk. Tak lagi bertapis. Tak lagi menjaga hati. Baginya, tak guna menjaga hati. Bukan Ariq ada hati pun.
"Abang minta maaf sangat sebab tak mampu menepati janji janji Abang pada hari akad nikah kita dulu," luah Ariq bernada sayu. Penuh hipokrit. Penuh munafik.
"Cukup." Tangan Ariq ditepis lalu Haira membawa diri masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci rapat serapat-rapatnya sebegitu juga dengan hatinya. Setitis air mata pun tidak jatuh, dia sudah lelah.
Hatinya terkunci. Sampai nanti dibuka oleh orang yang tepat.
Ariq di ruang tamu mengeluh. Ini semua salah dia. Dia yang memaksa dirinya untuk menyakiti Haira. Dan sekarang, jelas Haira terlalu bencikan dia. Jari jemari di bawa mengurut lembut kepala yang mula terasa pening. Ubat yang berada di dalam poket dikeluarkan. Ariq menuju ke dapur. Air masak diminum.
Telefon pintar dicapai. Laju dia mendail nombor seseorang.
"Tolong aku, dia datang lagi." sapa Ariq terlebih dahulu. Dia memulakan perbualan dengan lelaki yang sebaya dengannya itu.
Mencari penyelesaian yang tak akan bertemu kesudahan.
***
SEPERTI yang dijanjikan, mereka bertolak ke Pulau Pemanggil pada pukul lapan setengah malam dengan menaiki van milik The Mannequin Spy yang bersaiz besar gedabak mempunyai 12 tempat duduk cukup-cukup untuk mereka semua. Tapi, pada kali ini yang menyertai Ops Seville hanyalah lapan orang. Lagi empat orang tu memang tak boleh nak ambil cuti.
YOU ARE READING
Bidadara Dalam Hati©
Romance﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila s...